FOLLOW ME

July 19, 2017

Keseronokkan 2 Dalam 1 Di Petaling Jaya !


Hai, Assalamualaikum & Salam Sejahtera geng !
Today sis nak kongsi input yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda jika datang ke PJ ! hah ? jauh ke PJ tu? Jauh tak jauh jugalah dari Nilai nak ke PJ makan JAM juga. hahah Dah jadi warga Nilai ni memang jarang turun naik KL... So mari kita intai intai apa yang ada sambil sambil bekerja sambil sambil travel ! 2 in one pakej katanya ! ok jom... !! Keseronokkan 2 Dalam 1 Di Petaling Jaya.
Sambil menyelam minum air. Yeah! Pernah dengar kan peribahasa tu. Hihi. So, setiap kali I kena outstation, setiap kali tulah I akan anggap ianya satu holiday. Yahoooo! Mana tidaknya, syok ooo dapat kerja  kat keluar, rasa macam lebih aktif pula. Lebih-lebih lagi, semua bil adalah free. Company yang tanggung. Hihi. Disebabkan ada kerja kat sekitar Petaling Jaya, I try laa booking accommodation yang berdekatan. Member ada bagi cadangan suruh stay kat Crystal Crown Hotel dan dengan rakusnya I cubalah survey dan booking online. Kenapa booking online? Aishhh, zaman dah canggih wei. Gunakanlah kemudahan yang ada ni dengan sebaiknya okay. Tambah lagi, I juga boleh find best rates on Crystal Crown Hotel online dengan mudah sekali. Not wasting my time.
Penginapan yang terletak di Petaling Jaya, Kuala Lumpur ni menyediakan sebanyak 300 bilik yang direka dengan citarasa yang menarik dari bilik Superior hinggalah ke bilik Junior Suites. Lobby hotel ni agak menarik juga dan agak besar. Tersedia juga ruangan tambahan yang ekslusif untuk keselesaan para pengunjung. Selain tu, bagi I lokasinya juga sangat strategik di mana hanya 4km saja untuk sampai ke bandar dan tambah lagi berdekatan pula dengan pengangkutan awam seperti lapangan kapal terbang, stesen bas serta stesen kereta api. Memang sangat mudah dan cepat kalau korang nak bergerak ke mana-mana tempat tarikan. Nak ber shopping pon dekat, korang tak perlu pergi jauh-jauh sebab tempat penginapan ni berdekatan dengan Amcorp Mall, UMMC dan KB Mall.
Selain itu, hotel ni juga menawarkan service yang cukup sempurna dan bagi I sesuailah dengan bintang yang mereka miliki iaitu 4 bintang. Service yang disediakan di sini memang tak lain tak bukan untuk memberikan keselesaan dan keseronokan kepada para pengunjung seperti service room 24 jam, free WI-FI di setiap bilik, pengawal keselamatan 24 jam dan lain-lain lagi. Ada juga kemudahan lain yang disediakan di sini contohnya korang boleh bersauna. Tapi aktiviti sauna kat sini hanya lelaki saja yang boleh. Tak sure kenapa. Haha. Terdapat juga gym, pusat urut, spa kecantikan dan yang paling semua orang suka adalah swimming pool.
Masuk saja ke bilik hotel, I terus lompat atas katil. Waaa, bestnya dapat baring wei. Biliknya memang luas dan katil pun empuk. Ni betul-betul boleh lena diulit mimpi ni. Hihi. Terdapat dua ruang dalam bilik ni iaitu satu ruang untuk katil dan satu ruang lagi macam mini hall untuk lepak bersantai. Amenities in room juga I sangat berpuas hati seperti ada bar mini, air botol percuma, hair dryer, peti sejuk dan paling menarik ada meja tulis, siap L shape lagi, rasa macam kat office pula. Selain ada kemudahan TV untuk hiburan, di setiap bilik juga turut disediakan WI-FI percuma. Bolehlah layan movie puas-puas sebab WI-FI mereka memang laju dan mudah jugalah kalau korang nak buat kerja dengan internet.
Tambah lagi, toiletries yang disediakan pun meriah you. Semua ada dan memang complete dari sabun hinggalah ke ubat gigi. Bathroom dia pun luas, siap ada bath tub lagi untuk berendam. Memang I ambil peluanglah untuk berendam sepuas-puasnya dalam buih-buih sabun tu. If korang rasa macam malas nak berendam boleh mandi shower saja. Selain itu, disebabkan pakej mereka termasuk dengan pakej breakfast, tak perlulah I susah-susah nak cari makanan time pagi-pagi. Breakfast kat sini disediakan secara buffet. So, makanlah sebanyak mana yang korang suka. I rasa sikit-sikit setiap jenis makanan. Mana yang kena dengan tekak, I repeat lagi. Hihi. Hotel ni juga ada menyediakan kemudahan restoran yang mana korang boleh memanjakan tekak korang dengan masakan Eropah dan tempatan di Restoran Cina, Restoran Jepun dan Coffee House. So far, semua kemudahan yang disediakan kat sini memang memikat hati I. Nak rasai keseronokkan macam apa yang I rasa? Jom la book sekarang. Pasti korang akan rasa berpuas hati. Yeay!
Macam mana? Harap artikel ringkas ini membantu kalian ya ! Jangan susah susah hati dan sesat sesat! semuanya mudah.. !! :) 

Ok sedikit gambar yang membantu manalah tahu kalau TERNAMPAK bangunan ni, bolehlah singah tidur !! 





Siapa kata tengah KL kita tidak boleh tidur dan SHORT HOLIDAY?



0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design