FOLLOW ME

June 10, 2016

Trend Kopi Pasta

Assalamualaikum,

Selamat pagi ! haiiiiiiiiii... ceria kan? haha hari hari pun sepatutnya kena ceria, janganlah berduka lara. Tak elok untuk kesihatan, yang dalam hati tu simpan baik baik, tak perlu tunjuk kat orang sekiranya tidak perlu. * Faham kan? :p 

TREND KOPI PASTA (Read : COPY PASTE)
Terutama dalam group Whatapps / Telegram 

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR 

Sejujurnya, jika kita benar benar nak menyampaikan, ucapan selamat hari lahir pada sahabat kita, sebaik baiknya taipkanlah Selamat Hari Lahir, ucapan panjang panjang berjela tapi KOPI PASTA ianya tidak membawa makna apa apa, kawan kau akan balas Thanks,.. bayangkan sederettttt ucapan sama. Ada tu yang Typo juga turut dikopi pasta. Kalau aku, aku cerita tentang diri aku, kalau aku berderet² ucapan kopi pasta, aku terima, aku ucap thanks juga cumanya benda tu tak sampai di hati, tak terekod di kepala dan minda. Mula situ habis situ. 

UCAPAN TAKZIAH / TAHNIAH

Sama juga kes ini, ada tu yang mengopi pasta sampaikan salah penama, salah sakitnya, salah infonya, ini semua perihal kopi pasta. Apa ya perasaan individu yang mohon doa? Letakkan diri kita sama dalam situasi itu. Sekadar menaip "Takziah" takkan kita malas? Menyampaikan ucapan takziah tidak perlu 100 patah perkataan.

MENGAMINKAN DOA

Kita ni mohon pada ALLAH. Kita ni mahukan sesuatu daripada ALLAH. Apakah yang benar benar kita kopi pasta tu sesuatu yang tulus mulus jujur dari hati? Betul ke kita ni nakk benda yang kita minta? Sungguh² ke kita ni berdoa? Jika mengaminkan doa juga mengopi pasta semalam semalam punya sesi amin doa? Sedangkan doa harian di edit isinya hari hari. Sungguh sungguh ka kita ni meminta merintih pada ALLAH? Fikirkan.

Maaf, ini hanya pendapat peribadi aku. Bukan menyerang individu. Aku terfikir sejenak, jika benda simple dalam hidup kita seperti menulis tak sampai 50 patah perkataan pun kita  MALAS, bagaimana nanti nak hadap benda lebih besar? Ucapan hari lahir di Facebook, kau susah payah pergi wall dia just untuk taip "HB" - Wish HAPPY BIRTHDAY pun sudah melambangkan betapa berusahanya kau. Jangan nanti ada pula yang shorformkan TAZ (Takziah) Dunia semakin maju dan kita semakin malas. 

Wallahualam - 





2 comments:

Aretikz said...

Betul, betul, betul

Kopi pasta ni lagi haru bila bahan orang.. konfom kopi memanjang tuk kenakan kawan..

Tapi tula, memang dalam group semua hati keras.. layan saja.. hehe

Ajulaa said...

hihhiih itulah, kadang kadang LEMASs..... sikit sikit sudaaaaaaa :p

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design