FOLLOW ME

June 9, 2016

SABAR itu Separuh Daripada Iman & Dugaan , Cabaran Sebahagian daripada REZEKI

SHARING 
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN
Tak ramai yang anggap SABAR itu sebahagian REZEKI
Maklumlah bila sebut pasal REZEKI, kepala kita setting (kalau tak duit, harta, anak, makanan & kerja) 
Jarang orang kaitkan dugaan dan cabaran itu sebagai satu cabang REZEKI.
Contoh beratur panjang, nak beli kuih, sampai turn kuih abis, akan terpacul keluar dari mulut "Alaaaa, tak de rezeki"
Ada, Ada rezeki, cuma tak lihat dengan mata hati.
Situasi penulis, tumpang berteduh di stall kuih makcik dalam hujan, borak² penulis ajak berbual :
penulis : Hujan² camni cepat lapar, jap lagi mesti abis kuih ni ramai beli
makcik : Tidak juga, anak ni orang pertama beli. ( kuih banyak lagi) Hujan² camni kadang tak laku kuih, kalau tak habis nak sedekah masjid. Agaknya REZEKI makcik hari ni hanyalah BERSABAR & BERDOA sahajalah.
Denk ! Macam kena tonyoh kepala penulis ( REZEKI SABAR, FIRST TIME DENGAR)
Kadang kita tak sedar, deal 5 customer, 2 reject, 3 on, Lupa juga nak bersyukur kan? Siap boleh kepala tu pikir apa silap deal yang 2 lagi customer reject. huhu
So lepas ini, jika kita berhadapan masalah, TUNE Kepala Otak itu, ini juga REZEKI.
REZEKI apa?
REZEKI untuk kita BERDOA
REZEKI untuk kita BERSYUKUR
REZEKI untuk kita BACA AL-QURAN
REZEKI untuk kita bangun malam TAHAJUD
REMEMBER ALLAH's PLAN IS ALWAYS THE BEST 
Alhamdullillah
Alhamdullillah
Alhamdullillah
CREDIT BLOGGER GREEN APPLE Kak D'

Ini post aku dekat FB lepas aku singgah membaca di Blog Kak D' Green Apple. Penulisan beliau betul memberi inspirasi. Yes. Kadang kadang aku lupa nak bersyukur atas banyak nikmat yang ALLAH dah beri, baru diberi sedikit UJIAN aku dah menggila. Ampunkan aku Ya ALLAH.

Diberi limpahan kasih sayang dari kawan kawan juga REZEKI ALLAH yang kita tak nampak melalui mata kasar. Baru ditemukan dengan orang salah dah melenting macam orang takde iman. Aku cuba setting, ALLAH temukan aku dengan orang yang salah adalah untuk beri aku satu pengajaran baru dalam kehidupan. Mula mula hati ini ada rasa down gila babeng punya, lama lama aku redha. Benar, selagi kita takda rasa redha kita akan terus terus berdendam dan ku rasa aman ke jiwa raga?

Hilang 10 ribu dalam masa beberapa bulan, mula mula sumpah seranah maki hamun, ajak orang sama naikkan amarah sama sama angin, apa kau dapat? Puas hati lepas maki? dapat balik ke 10ribu kau tu? Sampai rumah stress, pk kalaulah aku tak invest 10 ribu tu, ada lagi duit tu, Rasa sesal menyesal semua . Selepas beberapa bulan, aku redha, Aku setting kepala otak aku, Jika ianya rezeki aku, Insha'ALLAH, ALLAH ganti balik 10 ribu aku dengan perkara lain di masa yang lain. Hati tenang.

Kalau kita nak meratap atas UJIAN dan Dugaan yang ALLAH bagi, tak adil sama sekali, sebab kita ni seringkali ALPA dengan NIKMAT yang ALLAH bagi. Ada pahit ada manis itulah KEHIDUPAN. :)

REDHA
REDHA
REDHA
REDHA 
REDHA

Thanks Kak D' Penulisan yang benar benar memberi ketenangan hati sekaligus menilai diri ini. 

Insha'ALLAH

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design