FOLLOW ME

June 14, 2016

FRENSHIP is: PART 1


Aku setuju juga bab ni, sebab aku, dengan kawan kawan yang memang kawan, bukan jenis makan kawan ni, aku memang jenis tak berkira bab duit, aku ada duit aku tak berkira, aku ajak depa makan, aku kalau order delivery aku order extra, sekali dengan yang diet pun TERpaksa makan. haha kesian. 
Tapi aku tak nafi, ada juga 'kawan' jenis yang ambil kesempatan atas kebaikan seorang kawan. Memang aku tak nafi. Ambil kesempatan atas sifat naif kawan kau, atas kebaikan kawan kau. Sungguh taktahu nak describe kau ni jenis kawan yang macam mana gamaknya. 
Bila kawan aku susah nak balik kg takde duit, aku bantu
Kawan aku takde duit nak beli tiket bas aku bantu
Kawan aku takde duit nak bayar teksi aku bantu
kawan aku takde duit nak rolling biz aku bantu
Handphone kawan aku jahanam, aku gantikan. 
Jam takde aku bagi
entah.. aku suka sempurna dan aku tak suka kawan aku kelihatan tidak sempurna, aku pernah rasa STRESS sebab telepon rosak, dengan Biz nak respon itu ini... aku faham. Jadi aku taknak kawan aku tu rasa TAHAP STRESS yang aku rasa. 
Apa lagi aku bantu aku pun dah tak ingat dan aku tak mahu nak ingat
Kalau dia ingat. Ingatlah
Kalau tak ingat apa kita boleh buat kan?
Jadilah orang yang tidak mahu mengenang tiap kebaikan yang pernah kita buat. 
Bila kita kenang kita akan mula ungkit.
Aku buat aku tolong masa kau susah
Masa aku susah kau ada? Mana kau? Apa kau buat?
Itu yang aku tak nak berlaku pada aku.

( ni aku kongsi je tau..)


1 comments:

Aretikz said...

Kawan ni.. yang jenis ambil kesempatan.. kena juga tegur.. sebab kawan kan.. kalau dia tak nak kawan sebab kena tegur benda yang betul.. xleh kawan mcm tu.. haha. kejam sungguh ayatku ini..

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design