NUFFNANG

FOLLOW ME

Cepatnya besaq !

Monday, June 13, 2016 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum, 

Anak ohh Anak..
Cepatnya besar, Si abang dah Tingkatan Satu tahun ni, adik dah 6 tahun. Tahun depan si adik darjah 2 dah. Cepatnya masa berlalu. Dulu kan, ingat anak aku sorang tu ja la si Hafiz, sampai dia 6 tahun sorang sorang, Tapi tu la kan, apa yang ALLAH susun untuk kita, itu yang terbaik, ALLAH maha tahu apa yang terbaik buat kita. Serius. Ok ni sikit kisahnya, 

Masa adanya Hafiz, hidup kami suami isteri tidaklah mewah, tak senang, cukup cukup makan, kerja kat KL rumah di Bandar Bukit Mahkota Bangi, Ulang alik kadang naik skuter kadang kadang naik kereta Iswara (Hadiah perkahwinan sambung bayar dari adik ipar) Gaji cukup cukup je, tu pun kadang kadang lagi 5 hari nak gaji, pinjam duit mak, nak isi minyak atau kadang kadang nak beli susu Hafiz. Benar ! itu semua cerita yang benar ! Aku tak malu nak beritahu pinjam duit mak, dah la mak yang jaga anak aku, si Hafiz tu, mak always cakap tak kisah, xpe.. Aku bayar kat mak kadang ada kadang takder.. Makan pun kadang kadang kat rumah mak. Alhamdullillah, mak memahami. Maklumlah baru kawin, ada anak pulak tu diuji anak sakit keluar masuk Hospital selama 4 bulan. Ulang alik Bangi, Putrajaya, KL, kau bayangkanlah kosnya, dengan bulan puasa lagi...

Allah dah kata ..tiap tiap anakada rezekinya yang tersendiri, Alhamdullillah lahirnya Hafiz, dua tahun lepas merasai susah senang kehidupan, aku dan suami naik pangkat serentak. Dedua naik kanan, maknanya gaji kami naik sekali ganda. Syukur ! Allah sahaja yang tahu kegembiraan kami . Naik pangkat, kami tukar kereta baru pertama kami, MYVi. Dalam diam suami aku beli rumah di Kota Seriemas, haha ! aku tatau apa apa.. mean dia beli rumah sebelum naik pangkat, aku tak pernah nak amik tau gaji dia berapa yang ada.. No wonder la dia betul betul rancang perbelanjaan kami seisi keluarga, sebelum naik pangkat, nak makan luar boleh kata sebulan sekali shj. itupun KFC / Mcd. Pernah bawa Hafiz jalan kat Tesco, dia nak KFC set, aku dan suami memang takde cash in hand. Dalam bank pun clear, hahah sebab lagi2 hari nak gaji. ( faham kan? ) .. husb bagi RM10, dapatla beli Chicky meal. Budak- Budak kan, dia nak toys je bukan nak makan sangat pun, taknak kecewakan dia, belikan lah jugak.. Lucky, aku ada anak yang tak goleng goleng atas jalan bila tak dapat, tapi kita as mak bapak yang rasa frust tak dapat nak bagi apa anak nak. 

Tahun 2007 naik pangkat, pindah rumah baru. 3 tahun duduk rumah baru, tetibe one day, period tak datang, memang nak naik angin je.. cek UPT hoiiiiiii +ve ! Berlari aku turun tangga. beritahu encik suami. haha serius tak percaya ! Alhamdullillah.. Nikmat rezeki yang ALLAH bagi... Adiknya lahir, rezeki lebih tukar kereta Alza pulak, yelah , kami ni bowlers, kesana sini dengan beg bowling, dengan barang baby Fariz lagi, stroller lagi tak muat Myvi, kesian tengok abang dia duduk tersepit dengan barang. Allah susun cantik dah rezeki masing masing, tak perlu kita pertikai sangat Kenapa Kenapa Kenapa...

Allah belum bagi apa yang kita nak
Tapi ALLAH bagi apa yang kita perlukan. 

Bila kita down, kita fikir sejenak, apa NIKMAT yang dah kita dapat selama ni. 
Banyakkan syukur.