FOLLOW ME

June 27, 2016

Berfikir di Luar Kotak

Assalamualaikum.

Semalam di Facebook, aku ada update 'Berfikir di Luar Kotakl'
So, hari ini, aku nak ulas dengan agak panjang lebar sikit lah ye..

Ada ramai yang mengeluh, aku takde kerja, susah nak cari duit, susah nak makan, nak sara anak bini.. So amik keputusan mencuri. Itu bukan penyelesaiannya, itu kau cari pasal sendiri. Bila ditangkap curi sardin, curi susu, ramai yang rasa kesian, kesian, sebab tak mampu, mencuri bukan satu USAHA yang baik, tapi USAHA yang tak baik, apa yang kau fikir dengan mencuri makanan nak isi perut anak bini kau? hello?

Fikir di luar kotak
Takde kerja?
Interview semua x dapat
Tips : Kreatif , Rajin, Usaha , Tawakal , Fokus

Susah cari kerja?
Ada peluang bagi orang yang nampak peluang
Pandai menjahit?
Pandai membaking?
Pandai memasak?
Pandai memgemas?
Rajin buat kerja rumah?
Ada motor?
Ada kereta?
Ada lesen?
Penting sekali. ADA AKAL?
Sekarang ni, tukang mesin rumput, runner, tokei2 kuih & makanan, tukang hantar makanan Sudah dimasak, tukang belikan dan hantarkan.keperluan rumah barang kering dan basah semua promo usaha dan diri via Maya.

Aku sendiri adalah orang yang sangat suka dengan servis antaranya, beli barang keperluan rumah, belikan barang basah, kadang kadang aku perlukan runner, delivery barang aku ( sebab aku nak URGENT benda tu sampai dekat owner..) Aku juga orangnya yang kadang bila tiba mood aku malas, aku order makanan, dan kalau time aku diserang demam ke sakit kepala ke, aku nak sangat order delivery makanan terus ke pintu pagar rumah aku. Steps : ORDER - Tunggu - BAYAR - makan.
Ramai je rata rata manusia yang kutemui tidak.kerja dalam penghawa dingin. Kerja mereka pegang handphone, terima order kerja via Maya. - RAMAI k. Sangat Ramai, sekarang ni, Telefon ini IBARAT nyawa anda, kenapa tak guna untuk tambah pendapatan? 

Percaya tak? Ada orang...
Ambil.upah membasuh & membersihkan ayam shj DRI.rumah. (orang hantar & orang ambil. Kerja dia Cuci) - Ada ! Ada seorang peniaga ayam panggang (Roasted) mencari tukang cuci ayam. Dia akan hantar ke rumah yang nak ambil job cuci ni, dan lepas beberapa jam dia akan datang ambil dan dibayar. Hanya orang yang RAJIN nak buat ni, sesambil takde buat apa kat rumah tu, y not kan? Bukan kau kena buat kat kedai, buat kat rumah kau. Kos kau  hanya AIR paip hehe

Ambil upah melipat & menggosok Baju - Ada, ada ramai golongan Ibu Bekerja yang malas part ni, ada duit ;ebih sikit yang hado hado tu antar kat DOBI jer siap IRON, yang nan hado tapi malas nih, ada orang buat usaha ni, kau letak la sehelai RM1, 30 lai, RM 30. Bape lama je nak IRON pun? Lipat baju pun sama, aku ni la salah satu spesis malas lipat baju ( kalau dah segunung, hehe ! tapi so far aku tak terlintas lagi nak bagi orang lipat segala soting kering tu ahahha ! hoi, tak kelakar ;p)

Ambil upah mengemas rumah per hour - Ni pun ada aku tengok, weekdays dia kerja, sesambil tu dia Up iklan, siapa nak upah dia kemas rumah dalam 2 jam RM30. Semua dia kemas, dari dapur ke rang tamu dan tandas ( bilik tidur je tak ). See... bukan susah pun nak kemas weh.... Janji kau buat la bebetul, jangan niat mencilok lak ! Dari nak cari rezeki halal, jadi sebaliknya. 

Ambil upah tempahan Baju - Kau pandai menjahit? Dulu KRT belajar jahit kan? Kalau masih tumpul skil, g la kursus barang seminggu dua, then amikla upah Jahit baju ke tudung ke kain ke.. member FB aku ada skil menjahit ni, dia buat jahitan tangan untuk baju kurung kids her brand, boleh jual sampai 150.00 sepasang, buat duit dengan hobi. Seronok² dapat duit. haih

Ambil upah jaga Anak orang. (Jangan kau dera pulak) - Ni ramai yang buat, tapi ada yang tak buat bersungguh, zaman sekarang ni 1 budak kurang kurang pun 250. Kau jaga bebaik, bagi makan segala, hujung bulan dapat 250 tu kalau kau jaga sorang.... Cuma jangan melampau la nak jaga ramai ramai pastu kau tak terbela, tu tamak. 
Ambil upah memotong kaki seluar dan jahitkan butang/ lencana sekolah - Ha ! ni aku jumpa geng India (lelaki) dekat Warta Bangi, dia dapat shoplot yang sangat kecil, macam depan kaki lima kelas sekolah, ada la 3 tapak.. hah atapi dia boleh letak 2 mesin jahit, 1 table kaunter comel, kerja mereka ambil upah potong kaki seluar, adjust baju kain terkecik terbesor, siap boleh adjust langsir ! haha ! Tu kalau nak usaha, aku haritu, try servis depa ni, memang laju, nak potong kaki seluar jeans Hafiz, Only RM8 dalam masa kurang 5 minit ( dengan pelanggan yang ramai) gila komited ! 

Ambil upah as runner (janji kau ada lesen) - Banyak aku tengok kat FB, orang buat servis RUNNER ni, siap ada runner yang tolong belikan makanan je pun, minyak masak, sayur haha ! upah dah la ikut IKHLAS, kau rasa? berbaloi tak? Dari kau ada motor wreng wreng wreng g merempit dapat apa? Habiskan minyak pastu minta bapak isi minyak? Cantik muka kau. 

Buat Servis delivery 'prankk' surprised - ni da jumpa a few people yang buat servis ni, kalau minat semua boleh buat, nak murah kau sendiri buat hamper, kau sendiri buat cake, kau sendiri decorate bunga. Hantar + Caj delivery, ramai woiiiiiii nak guna servis PRANK ni ! serius

Buat Servis delivery food - Ni pun aku dah jumpa, Kalau kat Nilai ni ada Superboy, Kuntum, Pernah aku dengar juga Mantin Delight, Lestary kitchen, Mangkuk Tingkat etc. Kau nak buat atau taknak buat. 

Buat Servis delivery barang keperluan rumah - Ni aku dah test 2 kali, servis beli barang rumah dan barang dapur. Fresh lagi ikan ikannya, cuma kalau boleh add on sayur memang PERFECT match ! Cumanya kau kena g pasar la kan? ehhe

Ada jadi agent sopeng IKEA - Ni pun ada, my fren jadi agent, dia amik order, dan dia pi IKEA belikan. 

UBER.
Pandu.kereta sewa. - Ni pun most popular now, lagi lagi, kau duduk dikalangan student yang rata ratanya mmg cari servis begini. Kenapa tak ambil peluang?

Minat mengandam? Amik.upah sebagai jurumekap. - Salah seorang my fren yang sukses dalam bidang ni, my cousin juga ada butik pengantin dah, hanya bermula dengan minat mengandam ni. Siapa la sangka kan?

Ada buat dropahip pelbagai benda - Aku juga salah seorang daripadanya 

Pandai design? - Pandai buat design,kreatif, boleh ambil upah untuk reka logo, reka design tshirt etc, like my BFF. ada brand sendiri tshirt / jersey. Janji MINAT oi

Pandai.menulis? Tulis yang bermanfaat @blog. Jadi penulis. Upah sen sen je sape nak.bagi? - Ni ramai Blogger get income dari penulisan. 

Pandai baking, masak lauk? - Ni kawan aku ada yagn boleh beli kereta hasil kerja eh buat katering, kalau dah minat masak, penat tolak tepi janji customer puas hati.

Ada yang sewakan motor
Ada yang sewakan basikal
Ada yang sewakan kereta
Ada yang sewakan Baju

Buat benda kau minat.
Jangan aspek.kau kaya tanpa usaha.
Kadang kadang hidup ni bukan nak.kaya sangat. Asalkan tak terbeban dengan HUTANG dan kau happy dengan apa kau buat. ! Sesekali kau kena tengok kesusahan orang. Baru kau reti BERyukur dengan apa kau ada.
Kerja dalam Aircond pun masih mengeluh.
Kau kerja ke kau cuti GAJI jalan.
Bayangkan kau kerja gaji hari.
Tak.kerja tak niaga takde gaji
Heh. 😂😂😂😂
Cumanya kalau niaga tu BUAT LA bebetul
Khenn... 😈😈
Dunia Maya ni, kalau kau guna betol2 TERLALU banyak manfaatnya. Boleh jadi JUTAWAN senyap asalkan kau USAHA. Tak caya Cuba kau CUBA. KEHKEHKEH.

Actually banyak benda kita boleh buat, sesekali kita kena KERAH otak untuk BERFIKIR

😍
Dari kita merempan kat fb. . 😂😃
Asik cari salah orang heh ! 😂😂😅😆

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design