FOLLOW ME

June 17, 2016

Balik Kampung : Mertua & Rumah Parents Sendiri.


Bismillah, 
Macam menarik tajuk ini, tapi bukan untuk dibincangkan sebab aku tak reti kupas hidup orang lain, semua aku cerita based on hidup sendiri. haha !

First raya selepas kahwin, aku raya rumah mak aku. hahah ! Yelah, anak sulung kot tinggal family, luckly husbeng faham ;p Raya la kat umah mak aku, then Raya ke-3 balik Johor. Rasanya itu tahun pertama dan terakhir aku balik Johor beraya sebab bapa mertua aku meninggal setahun selepas itu, dan MIL aku pindah duduk KL then now Kajang. Merasa jugaklah hadap jem segala tu kan ..

Bila kat rumah mak aku, macam biasalah sebab rumah sendiri kan, takde la susah payah sangat sebab mak aku jenis tak suka orang kacau dia buat kerja. :p Dia suka buat sorang sorang, kalau kau nak tolong, kau kena tolong kemas dan basuh pinggan periuk segala yang dia dah siap masak tu. haha ! Dan aku memang pakar mengemas dan basuh pinggan, memang licinnnn sinki mak aku aku kemaskan :p Sampai dia nak cari balik mana pisau mak neh, tak jumpa haha.. Laki aku plak, jenis suka bersendiri, kadang dia duk ruang tamu, duduk kat buaian depan, sorang sorang takpun dia tengok bapak aku tanam pokok. Takde kene bebel pun ape.. kalau da bosan sangat nuh tergolek kat ruang tamu tido kahkahkah... 

Bila balik umah FIL & MIL pulak, sama jer kekdahnya, MIL jenis tak bising jenis tak banyak cakap, Kau nak tolong, tolong lah, taknak takpe, pi layan laki kau. hahahSo isu diatas takde kena kat aku, Syukur Alhamdullillah. Tapi sebaik baiknya la kita ringan ringankan tulang bila balik umah Mertua kan..


Jangan ikut aku. :p

1 comments:

Aretikz said...

Haha.. nasib aku bukan macam tu.. cuma.. kuar bilik jak lah.. tengok tv. jaga budak.. sbb maknya konfom asyik ke dapur..

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design