FOLLOW ME

April 11, 2016

Contest : Lama x buat ! Kreatif tak Anak Anak JSBB ?


Bismillah, 

Hari ni rasa nak start buat contest untuk Geng JSBB jer ! Tak geng tak boleh join yer ! Sebab hadiah yang nak bagi ni ada kaitan dengan Geng JEY ESS BIE BIE jer. Ahakzzzzzz

Ok skang mummy nak u guys ! Tulis sekurang kurangnya 100 patah perkataan yang ada isi tentang 

1. Diri sendiri
2. Family
3. Impian
4. Zaman Kejatuhan
5. Kebangkitan
6.Bagaimana terdetik nak DEGIL juga join JSBB?

Senang je kan? Tak susah. 
kihkihkih

- Meika Mummy Crazy -

Bermula 11.30 closed esok 11.30 pagi jugak !

20 comments:

Anonymous said...

andai mummy jadi contest, biar den jd hadiahnya

-testing je ni.. hehe

Azizul Shahida said...

Sasha, 31 tahun ank kedua dr 4org adik beradik. Asal dr Johor bahru dan da menetap di Kuala Lumpur. Punya seorang ank 14bulan, Anggun Raudhah namanya �� Suami bekerja as fulltime Photographer ��

Impian?? Sume org ade impian. Impian sha just nk ubah cara hdup yg lebih selesa. Tnpa sebarang masalah yg dtg. Tapi kite manusia biasa, xlari dari malasah. Tapi impian yg slalu berangan, nak ade sebuah kedai yg berkonsepkan craft local Malaysia.

Zaman kejatuhan?? Bile berumur 15 tahun, waktu hilang punca hak penjagaan. Ibubapa yg ade masalah keluarga. Hdup sendiri dan cari duit sendiri waktu tue. Smpai kan yuran sekolah terpaksa cari sendiri. ��

Kebangkitan sepenuhnya selepas berkhawin dgan suami. Die punca tulang belakang n support sha buat ape yg sha minat. ��

Terjebak dengan JSBB ni hasil termakan kata2 Yana & Fariq ������
Kata2 yg bg semangat utk terjebak dlam JSBB smpi lah laa ni �� Sabar Memanti ��

Sekian ��

Ajulaa said...

Anny : hahah ape komen gitew hahahahhaha

Sha : wow interesting :) part sedih independent lady. Welldone

Anonymous said...

Nama den iz. Umur kalau ikutkan amat bergetah lagi, 31 tahun 7 bulan. Sudah mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan. Bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri dah isteri sebagai DSA di klinik pergigian kerajaan. Kami asal Terengganu dan tinggal pon di Terengganu. Impian ingin ada sebuah kedai emas di samping beberapa buah rumah sewa dan rumah sendiri. Zaman kejatuhan? Tak dapat den nk ceritakan disini kerana amat peribadi. Sorry mummy. HUHUHU. Kebangkitan semula setelah ditemukan dengan arwah ayah angkat den, beliau banyak memberi nasihat, pandangan, serta amat mengambil berat seperti ibu bapa den sendiri. Terdetik untuk join JSBB ni sebab ikut rasa hati dan percaya kat Mummy je.

Sekian. Terima kasih.

Anonymous said...

Ku gelaran diriku sebagai Weena..alhamdulillah 37 tahun aku telah bernafas di bumi Allah ini. Syukur pada nikmat yang ku kecapi. Anak bongsu drpd 2 beradik. Ya keluarga kecil ku. Ibuku adalah ibu tunggal. Aku merupakan tempat ibuku bergantung sepenuhnya memandangkan kakakku tidak bekerja dan hanya mengharapkan pendapatan suaminya yang tidak menentu sebagai pekerja kampung.

Mempunyai hanya seorang suami..haha bila masa pula perempuan boleh kawin 4. Dikurniakan seorang putera & 2 orang puteri sebagai pelengkap & penyeri hidup kami. Aku amat bersyukur di ketemukan jodoh dengan seorang yang amat pengasih, penyayang malah begitu sempurna di mataku sebagai seorang suami & ayah kepada zuriat ku. Dia imam ku.

Aku bukanlah malaikat. Sebagai manusia biasa mempunyai impian setinggi gunung adalah Normal ku rasa. Ingin membahagiakan ibuku, keluarga ku, kakakku & mertuaku adalah impian ku selama ini. Walau dengan pendapatan ku sekarang yang tidak semewah mana namun aku cukup bangga dapat membahagi rezeki kecilku bersama ibuku setiap bulan tanpa curang.

Di dorong impian & sedikit nafsu duniawi yang ingin mengecapi pendapatan berlipat kali ganda, aku pernah tewas dek kejahilan manusia-manusia yang suka mengaut keuntungan dengan penipuan ke atas keringat orang lain. Namun aku redha dengan ketentuanNya.

Alhamdulillah kini aku lebih berhati-hati memilih kawan. Aku semakin matang dalam menentukan jalan mana yang harus aku pilih. Aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kata-kata ini terbukti benar bila mana aku diketemukan dengan seorang insan berhati mulia dan memilih aku hanya melalui nalurinya untuk dibawa masuk menjadi salah seorang ahli keluarga JSBB. Namun naluriku juga kuat mengatakan bahawa insan ini benar-benar jujur ingin membantu dan sehingga kini keyakinan ku terhadapnya masih setinggi gunung. Terima kasih Azura.

Richesminds Barakah said...

Assalamualaikum. Hai uols. Fuhh, first time komen dalam entry ni dan mana-mana blog yang lain. First of all, ahli Jey Ess Bie Bie sahaja yang boleh komen kan. Hehe. So here i am, Fariq atau dikenali sebagai Mr PA JSBB. Oh yaa, nama pernah diUPkan dalam blog ni. Terharu den.*sangat =D

Anonymous said...

Sungguh Menawan Indahnya Hari,
Melihat Rendang Pohon Cemara,
Idzwan Othman Panggilan Diberi,
Memohon Izin Membuka Bicara.

Assalammualaikum. Terima kasih buat Azura kerana memberikan peluang mencoretkan serba sedikit tentang diri ini. Saya bukanlah penulis malah jauh sekali berminat untuk jadi seorang penulis tetapi atas keinginan meluahkan isi hati yang terpendam sekian lama tanpa pernah diceritakan pada sesiapa.
Saya berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Bekerja sebagai penjawat awam di Taiping, Perak hampir 10 tahun. Telah pun mendirikan rumahtangga bersama kekasih hati Normila dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Sedari kecil saya tak punya impian yang kukuh. Semasa melanjutkan pelajaran, impian yang tersemat, mahukan jawatan besar, bergaji lumayan, berumah besar. Tapi atas ujian Allah, saya tidak diberikan impian-impian tu sekaligus, sebaliknya saya dimulakan dengan kerjaya yang berjawatan kecil, bergaji kecil dan berumah sederhana. Alhamdulillah saya didorong dengan kesedaran hidup sebagai ‘orang kecil’. Duduk didalam suasana biasa tetapi dengan kemahiran yang luar biasa. Mengapa luar biasa? Kerana saya mahu jadi orang yang luar biasa bagus! luar biasa hebat!
Tidak pasti samada perlu dikatakan zaman kejatuhan atau tidak tetapi zaman memulakan kerja di Taiping adalah zaman saya berada dalam keadaan kosong. Datang ke Taiping dengan 2 beg tanpa penginapan, tanpa kenderaan. Dalam dompet adalah wang sara hidup pemberian Bonda tersayang. Menumpang rumah orang, tak pasti berapa rumah saya tumpang tidur dan mandi. Ada juga pengalaman dihalau keluar. Perit jerih tak terlafaz dek kata-kata. Saya perlu kuat, saya tekad tak mahu sikit pun minta bantuan mak abah. Bukan saya ego tapi saya hendak belajar berdikari.
Hidup saya berubah perlahan-lahan apabila saya mula mendirikan rumah tangga. ‘Rezeki’ meskipun tidak datang bergolek tetapi ia tetap hadir dalam keadaan yang tidak diduga. MLM, Kad Kahwin, ambil tempahan rekabentuk sambutan Hari Merdeka di RnR Bukit Gantang, melukis potret, buat video majlis perkahwinan, semua saya redah dengan kemahiran dan masa yang saya ada. Tidak lupa juga saya ada belajar ilmu perubatan, walaupun tidak terlalu aktif tapi boleh saya aplikasikan dalam kehidupan seharian, untuk keluarga, untuk rakan-rakan. Jangan pelik juga jika saya katakan, saya juga ada belajar pastri dari sahabat-sahabat saya. Walaupun tidak terlalu mahir, bolehlah juga ambil tempahan “Chocolate Moist” sekali sekala. Lepaslah juga duit beli beras.
Naz Nazzura atau Wan Azura, nama ni pencetus pada legasi JSBB. Aura positif empunya nama ini terlalu kuat menarik saya untuk menyertai JSBB kumpulan Pertama. Poket yang tengah kontang ketika itu, saya usahakan juga untuk turut serta. Kelam kabut siapkan tempahan potret semata-mata tidak mahu terlepas peluang merubah hidup ini.
Apa yang saya sematkan dalam hati ini, kejayaan JSBB ini nanti diharapkan dapat saya salurkan pada pembangunan Rumah Anak Yatim yang telah saya pilih di Taiping ni. Selain menyelesaikan kewajipan penting yakni hutang piutang, bantu mak abah, tunaikan haji dan sebagainya. Ada juga terniat hendak membina bangunan Tadika Perpaduan di kejiranan saya. Allahuakbar! Moga segala yang diniatkan dihati ini akan termakbul juga tidak lama lagi.
Terima Kasih Mummy Zura.

Richesminds Barakah said...

Okay. Nama penuh den Fariq Asrhaf Bin Omar. Satu nama yang unik bagi den sebab ejaan ASRHAF tu lain dari yang lain. 12 tahun hidup, den menulis nama dibuku tulis sekolah, borang dan etc dengan ejaan ASHRAF. Sehinggalah waktu nak dekat UPSR, nak kena isi borang exam ke ape tah (tak ingat) cikgu tegur salah eja nama. Terkejut den, tengok surat beranak baru tau yang ejaan nama den yang sebetulnya ialah ASRHAF. KahKahKah. Masa tu den nak nyebut pun tak pandai macam mana bunyinya, sebab selama 12 tahun kan tulis salah. So memula ingatkan bunyi ASR-HAF, bila balik tanya Abah dia cakap nurse silap tulis. Pastu Abah pun tak reti nak bunyikan tapi last2 dia cakap bunyi AS-RHAF. Haha. Citer pasal nama pun dah panjang. Umur den 23 tahun 9 bulan 19 hari, 23 Jun ni genaplah 24 tahun. Berkahwin pada usia 20 tahun dengan tarikh keramat (22/12/12) dengan Nur Liyana Yaacob semasa sedang menuntut di Tahun 2, UTeM. Dikurniakan seorang puteri, Nur Iman Sufiyya pada (22/10/13) genap 10 bulan pada tarikh kami bernikah. Haha, pandai dia pilih tarikh. Asal dari Benut, Pontian, Johor sebuah tempat yang penuh dengan sawit dan Nanas. hehe

Haa citer bab family pun macam panjang je, tapi den cuba ringkaskan. Hehe. Sekarang den ada 3 Family tak termasuk 2 Family angkat den kat Melaka. hahaha. Kenapa 3? Yelah sebab satu family den sendiri (sebab dah kahwinkan), family kandung dan jugak family mertua. Family den dah citer dah kat atas tu, sekadar family kecil 3 beranak, seorang isteri yang SUPERAWESOME dan anak yang banyak akal. hehe. Den anak kedua dari 8 adik beradik. 5 adik beradik kandung dan 3 adik beradik tiri. Yup, den datang dari family berpoligami. Mak dan abah den lahir pada bulan yang sama iaitu Mei, tahun je lain2. Abah 1966 dan emak 1971. Abang sulung den beza umur 9 bulan lebih tua sahaja dengan den. hehe, so dulu kecik2 orang ingat kami kembar sebab sama saiz. Family mertua pulak, den jadi yang bongsu sebab bini den anak bongsu. Wife orang penang tapi bukan anak mamii tapi katanya ada kacuk lah masa moyang2 dulu. wallahualam.

Richesminds Barakah said...

Wowow, part ni paling best. IMPIAN. Banyak weh, cuma just cerita yang utama jer. Impian ni boleh berubah-ubah ikut keadaan semasa. Impian sekarang cuma nak BEBAS HUTANG je. Boleh beli apa nak beli, makan apa nak makan, belanja family p umrah etc etc dan paling penting hutang bekas pelanggan emas den. Haa ni nanti cerita masa kat Zaman Kejatuhan. hehe. Impian lain ialah nak tunaikan impian parent den. Iyelah, kan best kita tanya parents, "Mak, Abah! Apa impian mak dengan abah eh?" Dan sekelip mata je kita boleh tunaikan. Bahagia tak? Hehe.

Zaman kejatuhan? rasanya tak fair cakap tu zaman kejatuhan sebab bagi den itu zaman paling indah sebab kita tak kan rasa berkali-kali dah. Zaman tu kita akan rasa sekali je. Yelah takkan ko nak jatuh berkali-kali kan. hahaha. Masa memula kahwin dulu, den jual beli emas berkonsepkan MLM. Company melayu, disebabkan den dulu frontliner company (antara yg terawal) maka den pun percaya lah segala planning bos. Sampai satu tahap, owner merangkap CEO lari. Dan den kena tanggung hutang tempahan emas bernilai 10k lebih pada usia 21 tahun. Nasib baik pelanggan masa tu sedara mara je, so boleh consider lg. Selepas tu, den niaga emas lagi. Kali ni main ready stock dan xde tempah2 lagi. Masa ni selesa jugak lah, income 4 angka je. Pusing2 emas, jual sampai lah Dunia Emas kat Malaysia ni femes dengan program emas. Emas ETA, Tempahan Berbuyback lah, Belian Ansuran lah dan macam-macam lagi. Siapa yang main emas ni tahu lah siapa dia penyontot-penyontotnya. Hahaha. Tapi den tak pernah salahkan diorang, mungkin ada dosa terpalit masa urusniaga so Allah collapse kan semua dengan hantar sorang masterminds untuk jahanamkan bisnes emas termasuk bisnes den. huhuhu. Kalau lah smooth bisens emas masa tu, den dah kira dah income bulanan den masa tu boleh jejak 100k sebulan. Tapi tak kesampaian. Maka den terduduk lagi dengan hutang RM400k. Tapi masih lagi bersyukur sebab tak seteruk hutang yg kawan-kawan niaga den tanggung. Ada juta, ada belas juta dan puluh juta. Semua umur sebaya den je, antara 23-29 tahun. Jutawan Muda Hutang. huhuhuhuh
Dan masa zaman ni jugak den join Plan Pelaburan underground lain. Tak kira lah real biz ke, rolling money ke etc etc. Kan sini pun byk terkono. kakakaka.

Richesminds Barakah said...


Zaman kebangkitan?. Boleh dikatakan zaman Pra Kebangkitan lah. Masih lagi merangkak. Bisnes online, Bakery dan sekarang Textile. And insyaAllah akan fokus satu je. Masa sebelum tu banyak jugak cuba jual macam2. Tinted lah, itulah inilah. Last-last idea- idea bini aku jugak yang mendatangkan income iaitu bakery dan textile. Masa Tahun last belajar, den duduk di Melaka dan wife duduk di Johor umah parents den. So masa ni den berulang setiap minggu naik motor dr Melaka-Johor. Masa ni wife buat bakery dan jual kat sekolah adik den. Buat mini kek lah ape lah. Den pasang box letak kat motor untuk bawak kek dr Johor ke Melaka nak jual kampus. Bajet macam delivery pizza lah motornye. Kakaka. Paling lawak, atas dasar nak berjimat kat Melaka, den beli telur sepapan kt kg sebab murah. Bawak balik Melaka, tinggal 5 biji je. Yang lain pecah dalam box motor. Kahkah. Mei 2015, arwah ayah mertua meninggal dan kebetulan bulan Jun den habis belajar. Habis belajar je terus tolong urus bisnes gym arwah di Langkawi. Dan bisnes bakery pun terhenti. Alhamdulillah, sekarang focus dengan new niche bisnes yang tak glamour. Textile Industry. Hehe. Gym arwah? Sadis den nak cerita, terpaksa jual dan tutup dulu buat masa ni.

Bagaimana terdetik join JSBB? Cuma terjadi orang yang bertuah. The lucky one. Hahaha, wujud ke orang bertuah dalam dunia ni? Wujud bila korang hanya Nampak kejayaan dia sahaja, dan tak wujud bila korang Nampak bagaimana jatuh bangun orang yg korang anggap bertuah tu. Haha, kalau cerita dengan orang biasa, confirm diorang tak percaya dan tak kan percaya pasal JSBB ni. Ceritanya bermula di zaman kejatuhan tu dulu. Terjumpa dan terclose dengan seorang manusia bernama Wan Azura Radzuan. Bermula dengan PPP ler hingga akhirnya ke JSBB. Macam mana jumpa PPP dan Azura? Hehe, den kan kaki join plan pelaburan underground. Macam2 plan dah, yang kata real biz lah, rolling modal lah, last2 lingkup. Hahaha. Den pegang satu je, At the end of the story, you will found the GENUINE platform, person and business. Dan den berharap sangat this is the ENDING. Yakin 99.99% dengan izin Allah.

Banyak lagi nak tulis, tapi cukuplah setakat ni.

Yang penting, HAPPY ENDING with 360° Changes. Follow The Flow.

Anonymous said...

Izwan, 35 tahun penjawat awam. Cita-cita besar dalam kerjaya dan kehidupan. Adik-beradik seramai 8 orang. Berkahwin pada 25/10/2006 dan dikurniakan 2 pasang anak. Impian mempunyai fasiliti asas seperti rumah, kenderaan dan kerjaya stabil. Gaya hidup bermasyarakat elemen penting dalam pembangunan ummah. Terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Namun, zaman kejatuhan bermula pada tahun 2006 apabila pelaburan Swiss Cash dan Forex menemui kegagalan. Sudah jatuh ditimpa tangga sekali lagi pada tahun 2014 hingga 2016 dana pelaburan PPP, GPPP, ABSFX & AM500 menemui jalan buntu. Keseluruhan kerugian hampir RM300,000. Ikutkan naluri qolbu di hati amatlah pedih tetapi setiap yg berlaku ada hikmahnya. Saya pasrah dan tidak meroyan. Tiada perasan negatif tersemat di hati. Syukur ke hidrat ilahi atas peluang yang ditawarkan oleh Pn. Wan Azura Radzuan untuk join JSBB pada November 2015 tidak saya lepaskan. Selaku pelabur tegar saya sumbang task demi task yang dibuka walaupun terpaksa "membotol".Akhir kata, yakin sahaja sesuatu ditakdirkan menjadi hak kita Allah tidak akan biarkan terlepas kepada orang lain. Hidup sederhana tanpa hutang amat mendamaikan. Ujian ikut kemampuan kita dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Jazakallah Syukran Jazilan.

Anonymous said...

Assalamualaikum mummy,

1. Sy Mas, umur 34thn (sebaya mummy) dan sudahpun berumahtangga selama 14thn,ada 2 anak 13thn(lelaki) 8thn(perempuan).kini menetap sepenuhnya di Jb.

2. Family sy besar,sy ada 14org adik bradik dan sy ke 13(kembar no14). Belah suami 11org adik bradik. Kalau raya mmg meriah, duit raya nak standby tok anak2 sdare pun meriah (dpt po CF bleh sedekah lebih).

3. Impian??- semua org ada impian, impian sy ingin memiliki rumah sendiri tak kisahlaa besar atau kecil janji rumah sendiri sbb sampai skang masih belum mampu nak beli rumah, menyewa dh lbh 9thn(ukur baju kt bdn sendiri). Ada bisnes sendiri yg di usahakan bersama suami juga adalah impian, jika kesampaian, impian nak tunaikan umrah dan HAJI bersama suami, anak2 dan orgtua adalah keutamaan(kalau ada rezeki In Shaa Allah).

4. Zaman Kejatuhan sy pd tahun 2013 bila terjebak dgn dunia investment. kalau nak cerita mmg panjang, bukan sekali dua, tapi berkali2 kena tipu, modal bukan sikit2 hangus,untung x seberapa. Hp abis hangus p gadai xdpt tebus, brg kemas hangus gadai jgk. Masa tgh ada ramai dok dtg nak pinjam kita bagi,tp bila kita susah nak pinjam habukpun xde. Raya pun sy x balik jumpa mak ayah sbb mmg xde duit langsung, ALLAH s.w.t je yg tahu masa tu. Company suami keje pun ade masalah lewat gaji berbulan2, ibarat dh jatuh di timpa tangga lg.Sy anggap ni semua ujian, pasti ade hikmah disebalik kejadian. Tapi sy jenis org yg berpegang dgn motto 'Jangan pernah putus asa', sbb tu sampai skang masih follow mummy hahahaaa...

5. Kebangkitan - Sy pegang pd satu ayat "SUSAH DULU SENANG KEMUDIAN",dan sbb tu sy nampak perubahan dlm hidup sikit demi sikit. Dari xde apa-apa masa baru2 kahwin, skang syukur alhamdulillah hidup selesa walaupun x kaya raya. Asalkan kita sedar siapa diri kita. Usaha utk bangkit dari ZERO to become HERO selagi hayat masih ada.

6.Bagaimana terdetik nak DEGIL juga join JSBB? - Kerana mmg jiwa kental dan hidup dgn motto JGN PERNAH PUTUS ASA, kerana tu laa sy mmg nekad sebulat hati follow mummy join JSBB ni walaupun pada awalnya xtaupun apa JSBB ni. stakat tanya skit2,mummy share open lot, terus x pk lama "SETUJU AJE" Hahahahaaa.... Nampak kat situ DEGIL dia.

Last dari sy, kalau ada rezeki JSBB ni org yg sy kenang sampai mati jasa dia mestilaa mummy, sbb mummy sy ada dlm list n group JSBB.

#INSAN TERPILIH
bersyukur pdmu Ya ALLAH

Thanks Mummy AN

Ayu said...

Lama dah tak mengarang ni... macam mana nak mula oh..pada zaman dahulu oppsss...takdelah dulu sangat oklah daku anak sulong dari 2 adik beradik dan xde parents lagi keduanya dah kembali kepadaNYA asal JB lahir, besar, sekolah, kahwin dan beranak semua kat JB. Jadi mmg xde niat nak duduk luar JB.. seorang yg nampak soft tapi keras actually dan yg paling ketara i'm sensitif person tapi rasanya sapa2 yg lahir as pisces mmg sensitif tapi itu kekuatan daku kerana lebih peka dan mengambil kira semua aspek walaupun orang lain tak pandang. Biar hati sendiri terluka asal orang happy..betul tak mummy?? hehehe. Nampak sombong tpi daku ok orangnya.. kadang2 datang sawan giler2 jugak kepala, married to a great man with 3 wonderful children. Suami sangat supportive dan membantu dalam banyak hal. Dia suami mentor, bff, kawan gaduh, pengkritik senang kata semua pangkat ada pada dia maybe you all tak percaya there's no SECRET between me and him. Love my family so much after all itu sahaja harta yg PASTI buat daku.

Bila cerita pasal impian, byk betul impian sebenarnya salah satunya nak kurus..hahaha selingan kejap paling utama FREE DEBT bila bebas hutang semua dapat dilaksanakan dgn baik. Impian nak beli rumah, beli kereta, beli tanah, buat rumah anak yatim, tahfiz dan maahad serta banyak lagi. Aku berharap rezeki yg ALLAH SWT beri ini dapat dikongsi terutama dgn parents, adik-beradik,family terdekat dan semua yg memerlukan bantuan. Aku jugak berimpian agar aku, suami dan anak2 ku sentiasa ingat bahawa rezeki ini untuk dikongsi jgn bongkak dan sombong sesama insan. Impian utk membina empayar bisnes sendiri supaya boleh memberi peluang pekerjaan pd orang lain, cuma rasa sedih ianya tidak dapat dikongsi dgn kedua org tuaku yg telah tiada ..Alfatihah..sayang MAK dan AYAH

Hampir semua benda dah buat dan dah kena. Kena tipulah apalagi, masuk MLM jual brg itu jual produk ini join swisscash dan entah apa2 lagi sampai tak boleh nak ingat. Kerugian jgn cakaplah bg org yg berpendapatan sederhana jumlah kerugian itu sgt byk sampai penghujungnya rumah dilelong.. perrgghh rasa sedih, pilu, putus asa, geram, benci semua bercampur aduk dlm hati hingga jadi pergaduhan kami suami isteri. Bukan nak buka pekung di dada tp itulah hakikatnya bila masalah kewangan mula melanda diri. Memang frust giler tapi suami byk bagi semangat hehe kami kan bff mana boleh gaduh lama2. Kami tahu no point bergaduh, pandang dan terima apa yg terjadi secara positif semua bersebab dan ada rahmat ALLAH. Kami cuba belajar dari org2 yg positif baca buku2 yg berilmiah utk kekal positif Alhamdullilah tiada lg istilah putus asa dlm hidup kami.

Setiap masalah ada jalannya setiap sakit ada ubatnya kecuali MATI dan sbb itu kami di JSBB. Kenal dgn An melalui PPP seorang yg sgt positif itu salah satu sbb kenapa pilih JSBB. Yakin dan percaya JSBB adalah perantaraan rezeki yg ALLAH SWT beri pada org2 yg sabar dan tidak berputus asa. Org2 yg kekal positif and i tell u bukan senang yer nak stay positif lebih2 lg org lain pandang sinis dan tidak percaya tetapi momentum rezeki BESAR mmg hanya utk mereka yg positif, yakin dan percaya.

Thank you ALLAH, thank you mummy An. Tiada yg mustahil bg ALLAH SWT dan tiada had batasan kekuasaan DIA.

#JSBB
#RAYA..RAYA..RAYA..
#THANK YOU FOR THIS CHANCE

Anonymous said...

Testing..testing

Anonymous said...

Assalamualaikum..semua sahabat jsbb dan kaK an..:-)

Humaidatul nama diberi..
Usia sudah melangkah ke 29..
Anak ke lima dari 6adik beradik..
Punyai 3 cahaya mata amanah Ilahi..

Tahun 2011..aku dinikahi..
Oleh insan yg kini bergelar suami..
Hidup sederhana yang penting happy..
Namun terkadang ada jua rasa mnyesali..

Tahun 2012..cerita bermula..
Mula mengenal dunia pelaburan..
Kakakku yg mula bercerita...
Keuntungan sudab dilihat dengan mata kepala..
Hati bergoncang ingin turut sama..
Ku yakinkan suami..keluarkan tabung asb..
Kerna keterujaan tidak bertempat..
Habis ku kosongkan asb anak dan sendiri..
Ku 'derma' kepada insan yg tidak ku kenali..
Lama ku tunggu pulangan dijanji..akhirnya memakan diri..
Habis hancur hatiku..kena tipu dengan TFPADU!!!!

suami terdiam..diriku rasa terbungkam..
Disebabkan itu..ak dn suami trpaksa menahan kemahuan apabila gaji..
Kerna gaji hanha cukup untuk melangsaikan hutang yang dah sebati..
Cukup hanya makan nasi berlaukkan kicap..
Kewangan terputus..bagaimana nak memcari??smpanan asb habis ak gali..tabung haji pula jd mangsa..
Hingga kini asb n tabung haji masih tidak terisi..

Hati masih tak serik..
Ku sertai lagi plan2 pasif yang ada..
akhirnya kecundang juga.
Niatku ingin menambah belanja..
Ingin mengurangkan bebanan yang ada..
Tp Allah telah merancang segalanya..
Ku pasti ada hikmahnya..

Sudah berpuluh tahun bondaku menyewa..
Kami anak2 masih tidak mampu memberikan rumah padanya..
Ini impian ku yang nyata..

Aku tidak sempat mmbahagiakan ayahanda ku...
Nyawa ayah telh diragut oleh pemabuk jalanan..
Tanggal 1/11/2013 masih tersemat hebat dalam mindaku..
Tidak sempt ak melihat wajay ayahanda saat menghela nafas yg terakhir.
Ayahh...mesti ayah sakit waktu dilanggar..remuk kereta ayah..begitulah remuknya hati aku..:'(
Akulaah anak yg terakhir yg sempt ayah walikan...rindu kat ayah..al-fatihah

Kini..keinginanku hanya ingin.membahgiakan keluargaku..

Langsaikan segala hutang yang ada..
Belikan rumah untuk bonda tercinta..
Tunaikan hajat bonda ingin ke makkah..
Terkilan rasanya bila melihat linangan air mata bonda tiap kali melihat kaabah..

Ku tahu bonda...
Keinginanmu sungguh besar ingin ke sana..
Apakandaya...anak2mu tidak berharta..
Hiduppun cukup dengan apa yang ada...

Yang paling aku kesalkan..
Simpanan tabung haji bonda sudab berkurangan..
Terpakse berkorbn untuk anak kesayangan..
Duit abg hangus tertipu dek pelaburan..
Majlis kahwin sudah dirancangkan..
Terpaksa bonda keluarkan duit ribu2an..
Sedihhh......mcm2 dugaan

Akhir tahun lepas...
Terbace post kak an...
Ingin berkongsi pada yang bertuah..
tak disangka..aku menjadi pilihan..
Kak an offer..
Terus terima..
Mujur ade rezeki pada ketika..

Dan sehingga kini..ak masih tak percaya..
Andai rezeki sudah tertulis..
Inilah masa ak untuk berbakti pada keluarga..agama..bangsa..dan negara..

TERIMA KASIH ALLAH..KERNA MENJADIKAN KAK AZURA PERANTARA REZEKI UNTUK KELUARGA JSBB..

AAMIN..AAMIN..AAMIN YA RABBAL.ALAMIN


Anonymous said...

Bismillahirahmanirahim…



Saya berumur 22 tahun, pelajar sekolah swasta yang baru sahaja menamatkan study STPM tahun ini. Saya berasal dari Sabah, merupakan anak ke-4 daripada 13 orang adik-beradik berlatar belakangkan keluarga yang bukan orang senang.

Family saya, saya masih ada SUPERWOMAN iaitu mak saya yang gagah kudratnya membesarkan 13 orang anaknya walaupun serba kekurangan. Tapi ayah saya dah xda, dah masanya Allah panggil. Dia menghidap penyakit jantung. 9hb Okt 2016 dia tinggalkan kami sekeluarga. Kemudian saya ada seorang kakak. Dia banyak berkorban demi keluarga. Setakat berpendidikan tingkatan 2 dan berhenti sekolah untuk bantu mak ayah sara keluarga. 2 orang abg saya juga terpaksa berhenti sekolah sebab xmampu. Saya juga ada 9 orang adik yang masih kecil, Alhamdulillah semuanya pandai berdikari.



Saya ada banyak impian. Impian saya dulu salah satunya dah tercapai. Nak sambung belajar setelah berhenti 5tahun selepas darjah 6. Kemudian saya nak balas jasa keluarga. Saya nak mak saya xlagi tergesa-gesa bangun awal pagi. Kerja banting tulang kat ladang sawit. Saya nak balas jasa kakak saya yang banyak korbankan kepentingan dia demi keluarga.Saya nak hantar adik-adik saya sekolah agama, sedih tengok diorang. Hanya mampu tengok kawan sebaya pergi dan balik sekolah. Sedangkan diorang di lading sawit bantu mak, dipasar tamu ambil upah menjual. Saya nak adik-adik saya cukup pakai. Saya nak buat sebuah rumah, sebab rumah yang ada sekarang dah nak dirobohkan. Akhir sekali, saya nak bawak keluarga tunaikan umrah dan upah haji untuk arwah ayah. InsyaAllah. Allahumma Aamiin.



Zaman kejatuhan ? Ermmm. Sejujurnya keluarga saya adalah sebuah keluarga miskin.Dulunya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kadang terpaksa pinjam bawang garam kat rumah jiran. Pernah hanya mampu makan nasik campur garam dan minyak. Zaman kecil saya xmacam budak lain. Saya faham keadaan keluarga. Setiap apa yang saya nak, saya kena usaha sendiri. Saya pernah kerja kat ladang sawit, upah menjual, jadi orang gaji walaupun saya lelaki. Tapi sya xsotong. Haha. Dah terbiasa buat kerja-kerja rumah sejak kakak cari kerja kat bandar. Saya yang ambil alih tugas mak kat rumah.



Pengalaman hidup yang banyak ajar untuk bangkit. Saya nak tolong keluarga. Saya xnak diorang susah, Dengan hasil gaji yang saya dapat, sya guna untuk bayar yuran study tiap bulan. Memang xcukup, sebab tu sya cari bisnes. Masuk rolling, ada dapat ada rugi. Kemudian jumpa investment bermula 2013. Dengan baki duit yg ada dan ajak kawan & family join tp hampa. Dari tahun ke tahun tunggu, sampai skrg xdapat.Saya nak guna duit tu untuk hantar ayah berubat, tanggung kos rawatan, sampai la dia hembuskan nafas terakhir. Duit tu jgak la nak sekolahkan adik-adik, nak buat rumah. Bertahun-tahun tertunda.Tapi semua nie ajar saya untuk terus kuat. Percaya rezeki tu InsyaAllah akan sampai pada waktunya.



Terdetik nak join JSBB lepas hampa kat investment Amir, saya berkenalan dgn sorang kakak nie. Kira dia nie orang kuat jgak laa. Haha. Kongsi2 maklumat apa yang saya ada, apa yang dia ada. Padahal awalnya dulu punya la xnak approve fren request. Dah kenal-kenal rupanya dia nie baik orangnya. Hehe. Apa yang sudah berlaku dan berlalu ambil iktibar. Dan saya percaya, dia semakin lebih teliti dan berhati-hati. Sebab tu saya BERDEGIL jugak nak masuk. Actually nasib la saya ternampak post dia pasal meeting team, usha2 rupanya JSBB. Dia offer saja, xpikir panjang dah. Risiko diketepikan. InsyaAllah mungkin rezeki yang tertangguh bertahun di sini akan berlabuh. Terima Kasih buat sis Zura. Allah saja yang dapat membalas jasa akak.

Hanim 1 said...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…

Ya ALLAH Ya tuhan ku…aku bersyukur dengan penuh tawaduk dan rendah diri kepada MU kerana masih lagi memberi ku nikmat hidup. Dengan nikmat ini aku masih boleh merasai nikmat-nikmat lain yang tak terhingga banyaknya. Aku hamba MU yang amat lemah dan tidak sempurna dan tidak akan sempurna sampai bila-bila…hanya mampu aku ucapkan Alhamdulillah dan sujud kepada MU.. aku tidak mampu mengira, menyusun dengan kata-kata segala nikmat yang telah ENGKAU berikan apatah lagi untuk membalasnya….airmata ini lah sahaja yang memjadi saksi aku amat-amat menyayangi dan berterima kasih kepada MU YA ALLAH…

Aku hanya khalifah dan hamba MU di alam dunia sementara ini menadah tangan memohon doa, bersujud sembah berserah zahir diri dan batin hati sanubari, TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN MU YA ALLAH..

Alam ke tiga yang sedang aku tempuhi ini sudah 47 tahun, berpangkat biasa sebagai kakitangan gomen amat berat ku rasa. Semakin hari semakin berat YA ALLAH… namun aku tetap bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa, berserah dan bertawakal kepada MU. InsyaALLAH, aku penuh yakin dan mengharap suatu hari pasti ada ganjarannya dari MU YA ILAHI YANG MAHA ADIL…

Sudah 18 tahun aku diuji dengan cabaran dan dugaan. Bermula dari rumah kediaman ku hangus terbakar. Aku dan isteri tinggal sehehai sepinggang. Berhijrahlah aku dan isteri yang sarat mengandung anak sulung membina hidup sendiri dengan penuh kesedihan dan serba kekurangan. Pada masa yang sama isteri ku berkorban demi untuk mencapai kesempuraan hidup berkeluarga yang serba kekurangan berulang alik kerja setiap hari dari Alor Setar ke Prai selama 5 tahun. Segala tenaga, masa dan wang di laburkan ke situ.

Setahun selepas rumah ku terbakar ayah ku pula dijemput oleh MU YA ALLAH di Tanah Suci. Tiada kubur untuk ku lawati. Sejak itu ibu mulai sakit tanpa henti. Adik bongsu ku terjebak dalam dunia khalayan dan pecah rumah. Keluar masuk penjara bagai hotel. Hingga pernah dibicarakan dan jika disabit kesalahan akan dihukum gantung sampai mati. Aku semua uruskan bayaran peguam berpuluh ribu. Hutang masih belum habis dibayar. Abang ku yang ketiga anak istimewa (OKU – terencat akal). Sakit deman, suka dan duka, duit ringgit, masalah dan kesusahan ibu, adik dan abang dipikul oleh ku. Dua orang abangku, sulung dan kedua bagai tidak wujud. Melepaskan tanggungjawab, buta, pekak dan bisu. Semua diserah kepadaku…aku tetap bersabar dan bersyukur..

Aku, isteriku, tiga anak ku, ibu, adik dan abang adalah hidupku. Menambah beban rumah kediaman ibu ku tergadai tunggu masa untuk dilelong. Ibu ku semakin tenat dan meninggal 5 tahun yang lalu. Adik ku semakin liar dan abang yang paling istimewa terus ku jaga. Pendapatan aku dan isteri tidak mampu senampung kehidupan. Pinjaman demi pinjaman terus menerus dibuat bagi menampung keperluan. Masalah kewangan semakin meruncing dan terus parah hingga sekarang. Segala bil dan hutang semakin menimbun. Sejak peristiwa rumah ku terbakar aku tidak pernah merasa lapangnya kewangan ku. Tiada zaman kebangkitan bagi ku.

Pelbagai cara sepanjang 18 tahun dibuat untuk mencari rezeki tambahan. Berniaga, MLM, skim cepat kaya, online, jual produk ke sana sini, hadir kelas motivasi dan peluang perniagaan dan bermacam-macam lagi dibuat. Mungkin ALLAH masih mahu menguji ku lagi. Aku tetap bersabar dan bersyukur…

Di saat ini aku bukan sekadar jatuh tetapi tersungkur dan rebah. Mungkin hanya menunggu saat tidak lagi bernyawa. Hutang yang aku dan isteri tanggung beratus ribu, rumah, barang kemas masih tergadai dan lesap.


Hanim 2 said...

Dalam hidup ku dan setiap orang yang ku tanggung, aku hanya ada ALLAH SWT. “YA ALLAH berilah aku kekayaan, kejayaan dan kebahagian dunia akhirat kepada kami..berilah kami sedikit peluang dan nikmat hidup di dunia ini seperti orang lain. Berilah kami ilham, petunjuk dan jalan penyelesaian untuk selesaikan hutang yang bertimbun, rezeki untuk hidup yang lebih sempurna dan bahagia. Jika aku diberi peluang, aku tidak akan biarkan keluargaku, jiranku, sanak saudaraku, sahabat handai ku dan sesiapa sahaja semasa islam merana dan susah seperti ku. Aku tidak mahu mereka merasa seperti mana aku rasa..Walaupun aku hamba MU yang banyak dosa, maksiat dan kesalahan, KAU perkenan dan makhbul lah doa ku yang hina ini. Hanya kepada MU tempat aku memohon dan meminta, mengadu dan merayu, berserah dan bertawakal.”

Sudah 3 tahun aku mengamalkan doa ini, setiap hari yassin dan Al Quran di baca, Hajat dan Dhuha dibuat. Dengan kesusahan yang amat sangat semakin hari semakin tertekan, peluang JSBB ini mungkin pembuka jalan ALLAH kurniakan. Memang akal fikiran bagai tidak percaya, kadang-kadang ketawa kesorangan, berkhayal bersama isteri untuk penamatkan bebanan hutang kawan, bank dan bil, ingin berhenti kerja dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat, ingin menderma sebanyak mungkin……itu tidak mustahil, jika itu telah tertulis dan ditentukan oleh ALLAH SWT… kun faya kun.. maka jadilah ia…

Luahan ikhlas,
AHMAD PUTRA BIN ALI

Reza 1 said...

Toing toing, treet treet, puink puink, tuut tuut, mcm noob jer kan tapi itu lah bunyi yg sungguh merdu di telinga pemiliknya dan bunyi yg dinanti nanti kan sejak 3 tahun lepas selama 24 jam sehari. Terpulang la pada setting hp memasing… ada yg 'grrrr grrrr' jer, sampai geli geli peha kalau letak dlm poket seluar sbb silent… bukan saya jer,,, ramai lagi yg seangkatan dgn nya... ( anda yg sedang membaca pun pasti salah seorg darinya kan kan kan....jgn tipu potong 1J.. ) kekekekeke... Alamak 'kekekeke' pun dah kene denda 1J.. emm ok xpe.. ada belen lagi hahahah... yg baca pun kene denda sama ya... :)

Wokeh… Assalamualaikum / salam sejahtera.... saya , dikenali sebagai Prof Raden aka suami sementara di kalangan teman teman alam maya, dan ada juga yg namakan saya ni abg otomen, pak tiri, hadoih mcm mcm lah… tapi xpe semuanya utk happy happy… so I like…. Saya ni jenis happy go lucky, senang berkawan dgn sesiapa jer tapi susah nak percaya, dan suka ambil risiko, so agaknye itulah penyebabnya saya di pertemukan dgn geng geng JSBBians, disebabkan suka mengambil risiko dan tegar menghulurkan modal hihi... anyway thanks nak ucapkan pada someone ( dulunya sparing partner masa tournament boling ) yg memperkenalkan saya pada huruf 'P' walaupun ianya x seindah yg kita semua harapkan, tapi dari "P" lah mcm mcm versi lain lagi yg saya dpt lalui dan harungi hingga habis bulu kaki di jual di kala munculnya sinar di JSBB nih setelah di pelawa oleh si cik suara manis kita iaitu future datin sri azura aka jula aka chun li aka meika aka gelak chomey .. ( hahaha nampak tak tu xde unsur bodek tau.... hahaha )

Siapakah saya sebenarnya? Saya ni org biasa jer, bukan dari kalangan vip ke apa ke, hanya seorang Engineer di sebuah syarikat swasta dan juga soon akan full time sebagai Financial Consultant ( doa doakan utk saya juga ya )... Cuma , ye lah mcm sy coretkan di atas tu, saya suka berkawan dan berkenalan dgn org lain dan hampir hampir juga nak berkecimpung dlm dunia seni, tapi tak lah... cukup la kakak dan adik pompuan saya dlm dunia seni, sbb tu la saya minat dgn event management, performance, live show etc. sbb darah seni tu dok ada mengalir rasanya dlm badan nie.....mana tak nye, ayah guru music, mak guru tarian kakak menyanyi, adik pompuan menyanyi dan berlakon... mcm mcm kerenah dpt di lihat dlm dunia seni... memang indah tapi byk rintangan yg harus di lalui....

Reza 2 said...

Inn sha allah, semoga sukses lah hendaknya JSBB, terlalu banyak niat , tanggungan dan impian yg perlu di lunaskan… ya. Pasti semua org ada impian tersendiri, dan pastinya berbeza antara satu sama lain. Tapi sudah tentu kesemuanya ke arah kebaikan…. Ya… banyak.. memang banyak... . Macam macam di dalam fikiran... membantu ibubapa , adik beradik, membantu saudara, membantu sahabat sahabat yg memerlukan juga anak bangsa sendiri.. Melancung pun x dilupakan.. mana yer? ramai yg nak pegi Jepun eh.. jom jom.. haha... Dan forsure saya akan membantu semua JSBBians utk menguruskan kewangan mereka jika di beri kepercayaan dlm cara investment / savings dgn unit trust..and guess what.. I will give FREE will writing four all JSSBians...!!!

Memang dah lama memasang niat dan impian ni, tapi tu la…. X semuanya mudah, apatah lagi bila rasa diri ini kene 'game' .. Fuhh 3 tahun tunggu tu… rasanya semua faham kot hihi.. Mcm mcm dugaan, yg paling stress masa nak setup gathering .. Hm memang dah all out... booking artis , booking event management , siap ukur ballroom utk buat stage layout planning dan decorations... berjaya convincekan hotel management utk booking hampir 3ratus bilik, ballroom etc, tanpa deposit 1sen pun.. sudahnya tak jadi.. perghhh berjawab dgn abam hotel, abam retis bagai..... nasib baik dapat bagi job lain kat semua retis tu.. bukan sikit... 8 org retis tu.....

Tapi semua tu dah berlalu, ' gone with the wind' kata lagu omputih…. Skang JSBB mungkin dan hampir menyinari semua kegelapan yg berlaku… memang kecerian kembali menyinar dgn group whatsapp JSBB walaupun hampir nazak hp dibuatnya dgn penangan whatsapp group JSBB nih... tapi best memang best.. semua ada dlm JSBB ni... sebut jer semua ada... kening, Elfira, org duduk dlm hutan, org jual botol , org jual bulu kaki, halau kambing, adinda kekanda , MO ( idola tok ) , otomen, kluang man, selfie menyelfie etc haha... pelik gak dpt join JSBB walaupun dah terkena byk kali, ini semua di sebabkan nak cuba last... last yg ke 235 kali dah rasanya huhu...

Walauapa pun , semoga semuanya success, dan coretan ini akan bersambung setelah berhari raya nanti.. Inn sya allah…

Assalamualaikum / salam sejahtera

REZA

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design