FOLLOW ME

March 11, 2016

Surat Buat Sahabat


Wahai sahabat yang saya kasihi,
Dikala saya mendengar berita tentang lunturnya semangat dikau tatkala menempuh arus dunia ini,disitu jugalah terdetik hati ini untuk melontarkan kata kata semangat yang membara sepanas panasnye.ohoi..
Ya saya mengerti bahawa perasaan putus asa itu wujud disegelinap sudut di hati kita,tetapi percayalah bahawa bukan itu yang hendak kita fikirkan.Bukan itu yang hendak kita titikberatkan.Bukan itu yang kita mahu.Bukan itu wahai sahabatku.Bagaimana kita mahu letakkan perasaan putus asa kita,sedangkan usaha kita pon tidak seberapa?Bagaimana terlintas untuk kita berputus asa sedangkan kita tidak berusaha walau sedikit pon?Bukankah putus asa itu hanya untuk orang yang sehabis baik berusaha lantas dia berputus asa?
"Dan di antara mereka ada sebahagian yang berkata,'Kami beriman kepada Allah,' tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah,dia menganggap cubaan manusia itu sebagai siksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu,nescaya mereka akan berkata,'Sesungguhnya kami bersama kamu,'Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?"
#Al-Ankabut:10
"Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya)kekurangan dari harta dan jiwa serta hasi tanaman.Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar;iaitu orang yang apabila ditimpa oleh kesusahan,mereka berkata 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali' "
#Al-Baqarah :155 & 156
Allah pasti akan menguji kita tidak kira tua,muda,miskin atau kaya.Cuma yang membezakan adalah ujian itu sendiri.Ujian dari segi harta,kepahaman,kepayahan,senang ataupon lain lain yang kita tidak sangka sangkakan.Itulah petanda Allah itu maha Adil.Dan ingatlah janji Allah itu sangat pasti,iaitu ganjaran disebalik musibah tersebut.Ya saya tahu saya tidak melalui ujian yang anda lalui,tetapi percayalah bahawa Allah hanya menimpakan ujian tersebut buat hamba hambanya mengikut kemampuan kita.Apa lagi mahu kita omelkan?Apa lagi mahu kita runsingkan?Bukankah itu adalah kemampuan kita untuk menghadapinya?
Wahai sahabat sahabatku,
Selepas turunnya ribut hujan pasti akan keluarnya pelangi selepas itu.
Ya selepas musibah akan datangnya rahmat Allah.Akan turunnya pertolongan Allah malah pertolongan pertolongan itu sangatlah tidak kita sangka sangkakan.Jika tidak didunia maka akhiratlah destinasinya.Tetapi sebelum menghadapi musibah ataupon ujian itu,hendaklah kita berbekalkan satu kunci.Ya Kunci buat semua ujian itu.Kunci ini tidaklah senang untuk didapati tetapi sekiranya keyakinan kita terhadap Allah itu cukup utuh dan teguh,pasti kunci itu akan muncul ala ala dalam cerita anime gituh.hehe
Kunci kesabaranlah yang saya maksudkan itu.Sabar itu cantik dan itu adalah ungkapan Allah di dalam kalamNya.Kenapa cantik?kerana disitulah terletaknya keperibadian kita.Bagaimana sikap kebergantungan kita terhadap Allah itu yang Dia mahu lihat.Bagaimana kita mengharapkan pertolonganNya mengalahkan pertolongan manusia lah yang Dia ingin nilainya.Itulah rahsia untuk mendapat kunci itu.
Pernah mendengar kisah nabi nabi Ulul Azmi yang dimana mencatatkan lima orang nabi yang dimana Allah menguji mereka jauh lebih dasat dari pemikiran kita.Kisah dimana Nabi Muhammad di uji sehingga di ancam dibunuh oleh kaum Quraisy.Kisah Nabi Musa dikecam dan diburu oleh Firaun laknatullah alaih.Kisah Nabi Nuh yang dimana beliau berdakwah selama 950 tahun lamanya hanya semata mata untuk mengajak kaumnya mengabdikan diri kepada Allah.Dan kisah kisah nabi lain yang saya pasti sekiranya anda menghayatinya anda akan merasakan betapa kecilnya ujian yang anda terima.Betapa manjanya kita sehingga ujian sekecil sedemikian sudah kita putuskan untuk Give Up.
Alahai.
Wahai sahabat sahabatku,
Sekiranya kita meletakkan diri kita ditempat Nabi Muhammad,saya yakin dan sanggup mengerat jari saya mengatakan bahawa islam itu tidak akan sampai ke seluruh pelusuk dunia.Kita tidak akan kenal islam malah kita akan hidup didalam kejahilan yang sangat melampau dek kerana islam itu telah terkubur.Sangatlah besar ujian nabi Muhammad dalam memastikan islam itu tersebar jauh sehingga sanggup menggadaikan nyawa berhempas pulas berperang sana sini dek kerana ingin menegakkan islam tetapi kita?
Aduhai...
mata masuk habuk.
Betapa saya sedih melihat bukan sahaja sahabat sahabat saya yang luntur semangatnya malah diri saya juga yang hina ini juga,kerana betapa mengambil mudahnya perjuangan Nabi Muhammad. Allahu.
Nanges besar!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"
#Al-Baqarah:216
Kita selalu berbaik sangka dengan jalan keluar kita kerana pasti ada yang ingin membantu pabila kita memilih jalan untuk berhenti,tetapi kita tidak tahu bahawa di atas perancangan kita,Allah telah merancang terlebih dahulu untuk kita.Apa yang terbaik untuk kita bukanlah semestinya manis di fikiran kita.Tidakkah ubat itu pahit tetapi kesannya terbaik?Begitulah kita pabila dikekusutan dek kerana masalah kecil,sudah kita dengan lafaz yang mudah dan dengan tenang hati menjerit "I QUIT".Mudah.Ringkas.Padat.Asalkan masalah itu sudah tidak bermain di kotak fikiran kita.
Mudahnya kita berfikir bukan..?
Jikalau diikutkan hati yang sudah punah dek kerana kata kata anda itu,sudah saya hamparkan ayat ayat Allah untuk anda fikirkan tetapi anda tidak mahu menerimanya.Anda merasakan Berputus Asa itulah adalah satu pilihan akan tetapi itu bukan pilihan tapi itu satu penyesalan yang akan anda kesal sehingga akhir hayat anda.Ketahuilah wahai sahabat sahabatku,itu bukan OPTION (baca:pilihan) tapi itu adalah jalan mati.Jalan mati yang sudah tiada kesinambunganya.Andai tersilap langkah peritlah hidup anda.
Wahai sahabat sahabatku,
Disaat dimana pertolongan pertolongan saya ataupon manusia itu sudah dipenghujungnya,maka rujuklah yang Maha Pencipta.Mohonlah pertolonganNya.Carilah Dia ketika senang dan susah.Bukan hanya disaat ditepi gaung baru memohon pertolonganNya.Itulah dikatakan hamba yang tidak bersyukur.Mahukan kita sedemikan rupanya?
mengalir air mata secara perlahan.
Disaat hati ini letih,berdoalah kepadaNya.
Disaat kudrat ini sudah terkulai,berdoalah kepadaNya.
Disaat mata ini sudah tiada lagi air mata mengalir kerana keresahan dan kesediahan,berdoalah kepadaNYa.
Disaat tangon itu sudah lemah longlai mengenggam,berdoalah kepadaNYA
Disaat tubuh di terbujur kaku di katil ini,berdoalah kepadaNYa.
Disaat mulut ini kering dek keletihan bersuara,berdoalah didalam hati kepadaNYa.
Disaat muka ini hilang serinya,pucat lesu,berdoalah pinta kepadaNya.
Dan disini saya akan terus menerus mendoakan sahabat sahabatku walau dimana berada dan seberat mana ujian yang dikau alami.Tangan ini akan terus dan terus menadah memohon pertolongan buatmu.Dan hati ini tidak akan sesekali penat untuk meminta kepadaNya.Dan mulut ini tidak akan pernah penat dan letih memberikan kata-kata dorongan dan nasihat agar dikau terus teguh dan bangkit melangkah kepadaNYa.
Jangalah engkau berputus asa bila saat sahabat sahabat mu ini tidah pernah mengenal erti letih untuk membimbingmu.Dan janganlah engkau sesekali terlintas untuk berputus asa kerana Tuhanmu,Allah tidak pernah berputus asa kepadamu.Dan janganlah engkau diam kaku tanpa sebarang usaha,kerana engkau diciptakan adalah sebaik baik manusia dan diwujudkan untuk menjadi umat yang terbaik bukan umat yang kaku,lesu,lembik dah manja tanpa berusaha.
Ayuh bangkitlah wahai semua sahabat sahabatku agar kita terus melangkah bukan untuk menuju kejayaan sahaja tetapi menuju KeredhaanNYa secara mutlaknya.Kerana tiada alasan untuk kita berputus asa apabila Allah itu adakah tujuan kita kerana dia tidak pernah mati,hilang atau lenyap.Sematkan semangat keranaNYa dan memperbaiki niat ini agar tulus keranaNya.
Ya Allah...
Hanya pada-Mu kuhadapkan diri ini,
Untuk memohon keampunan,
Untuk mencari segenggam rahmat,
Untuk memanduku menuju iman.
Ya Allah...
KeampunanMu amat kudambakan,
Bukan aku tidak redha dengan ujian yang menimpa,
Cuma padaMu tempat aku mengadu.
Sesungguhnya...
ENGKAUlah yang Maha Mengetahui... CRDT : ENCIK LEVIS

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design