FOLLOW ME

March 22, 2016

CABARAN MENULIS BLOG 10 HARI_ Day 5 _ Kenangan


Assalamualaikum, hari ini nak share KENANGAN aka MEMORY.
Wahhhhhhh ni kalau nak cerita panjang noks kiki kita point pointkan jela eh. Lagipun mata kita SLEEPY sangat nehh :p 

MEMORI masa kecik-kecik dulu lerrrr zaman zaman sekolah bagai  

 Teringat roti babu jual. Dengar moto babu lalu depan rumah berlari keluar. beli roti seposen. Hoi, dulu seposen dapat roti hahha sekarang? :p BABU k bukan BABUN. ahhaha sekeh kang :p . Uncle tu baik sangat, even dia Indian Guy, baik sangat baik dengan mak abah aku. kekeke. dulu, takde rasa takut keluar ke mana mana even aku penah jalan kaki balik skola jauhnya 10 kilometer. huhhu Masa tu sekolah menengah lah, tingkatan 2 , jalan kaki selamber balik sekolah sebab abah aku tak sihat nak amik aku balik sekolah petang. Hoiiiiiiiii sekolah petang k bukan pagi. Sekolah abis jam 6.45, aku sampai rumah 7.50 malam. Jalan kaki sorang sorang  takde rasa terancam mahupun takut macam sekarang. :) Dunia berubah kan...Dulu g sekolah abah hantar balik abah amik belanja sekolah RM1. Dapatla beli mee goreng dalam plastik hehehe air surap 20sen kenyang kau. :p Nak beli apa apa tabung sendiri atau simpan upah tolong mak meniaga tuh k :) Anak sekarang ni, nak suruh pi order nasi bungkus pun muncung panjang sedepa. Ikat baru tau. ahaha bukannya suruh masak, suruh tapau pun susah. Ishhhhh tak faham ... :p 

Abah dulu meniaga keropok leko.. hehe balik sekolah agama jam 11.30 abah da terpacak kat gerai dia. Aku duduk kat gerai abah tolong abah. hehe tolong makan, bukan tolong niaga, apa abah da goreng tu aku makan kahkahkah..... okla tu kan, lepak kat gerai abah sampai jam 12.30, lepas tu siap g skola petang lak. hahaha :) best gila masa tu zaman kekanak Rilek Enjoyyyyyyy jer..... :) Mak pulak dulu ajar ngaji, oiiiii takut mak punya rotan ngaji, mau berbirat aku ahahaha ingat lagi, masa tu aku dan arwah angah tengah nyanyi lagu, siap wat pertandingan sape paling terer nyanyi lagu tu tanpa salah sekali abah aku jerit " Hahhhhh ! Tu hafal kau kemain, Abah tanya Sifir kau tergagap gagap siap !" terus dedua diam haha aku tolak angah, angah tolak aku. hahah Ya ALLAH rindunyaaaaaaaaa 

Rumah aku dulu pakai kusyen yang jenis boleh alih² tu, bila malam kitorang takleh tido, aku angah alang acik amik kusyen tu buat khemah. wkakakakakk rumah kau elok elok ada bumbung, kau rajin sangat buat khemah da kenapa? Esok subuh subuh² dgr mak aku jadi tarzan, sebab semua anak dia bergelimpangan kat ruang tamu dengan 'khemah' dah roboh hahahah terkulat kulat semua bangun acah acah tengah main lagi. Gilo la adik adik aku ni.... termasuk la aku pun gilo. kikiki

Hmm bila ingat balik semua ni, i wish i can go back that time. Rindu semua :) 

MEMORI kerja KILANG hahaha abam TZM ! abam Supervisor boyfie hakak ! :p 

Habis SPM aku kerja Sony TV kat Bangi. Rumah aku kat Bangi Lama. Naik bas dalam 30 minit gak ah. hahah so kalau shif masuk keje 6.30 kol 5.45 aku dah kena beratur tunggu bas. kiki Masa tu terasa  haku la staf Sony paling muda dan bergaya. Acah acah stylo wakakaka. sebab orang lain g keje pakai baju kurung ape barangggggggg..... aku tshirt jeans jer. hahah Adala brother supervisor nih. Asyik usya baikkk je kan, last last jadi kawan. haha kawan kewww........ ye kawan je, kau nak kena sebat dengan abah try la hahhaa bapak aku garang oi..... :p Syoknya kerja Sony ni, First gaji aku 2800.00 masa tu PAKCIK KAYA !! Yela, abis sekola dapat pegang duit 2.8k. gila tak banyak? tapi sesen aku tak saving masa tu, semua aku lambak kat mak,. hahah baik tak haku? kiki........ Aku cuma nak mak bagi aku RM5 sehari. Makan kat Sony semua pakai kupon, ape de hal. hahahah FREE jer. hahah Setahun jugakla aku keje Sony tu, kawan dengan abam supervisor Sony tu, tak penah de dia anta aku balik. hari hari aku balik keje pi keje naik bas. Haaaaaaaaaaaaaaa nak jadi cerita pasal penat sangat keje tu kan, aku sampai terlajat stesen turun hahahahhaha TERPAKSALAH bapak aku amik aku... kihkih.. Kisahnya masuk keje 6.15 pagi balik 6.15 petang. Kau gila? Pegi keje gelap balik keje gelap. mean pi keje hari isnin balik keje hari selasa, sampai dah gila hari pun lupa hahahhaa

Allah, rindunya aku pada akak akak Sony yang gila tu. WANTANAMERA yang aku ingat, even dia tomboy, dia baik hati sangat. ramai kata dia cuba nak tackle aku as aweks ahah tapi pada aku, kalau kau tak layan, tak jadi apa. Treat them as ur frens... Insha'ALLAH.

INTERVIEW  MINIT dan LAPOR DIRI SEHARI SELEPAS itu - KUIM-USIM 2000

Haaaaaaaaa ni best jugakla, sebab aku dapat pakwe, tunang dan suami disini. :) kikiki Masa ni, bapak aku nak suruh anak dia keje gomen gak, maklumla anak sulung kan. ahaha anak kau keje mana? GOMEN ' wahhh bangga ' masa tu la wkakakak.....now aku tetap bangga. Dah 15 tahun oi aku keje sini. VETEREN dah aku. kihkihkih.. Bapak aku bawa balik borang, simple gila borang keje nih. Aku isi laaaaa sekadar isi je pun, haha sebab hati aku nun dekat SONY. masa tu REMAJA, bukannya kisah keje GOMEN ke SWASTA ke KILANG ke. Janji Asyukkkkkkkk :p dua hari lepas antar borang, Dapat call suruh datang interview. hahah SEMPOI bak hang, no surat surat neh :p Aku datang la dengan baju kurung nerd hahaha... :p Masuk bilik interview ada 5 panel. Semua tgk aku atas bawah. kahhhh PI INTERVIEW tak pakai kasut bertutup hahah sandle. (Dah rezeki aku agaknya) dpat gak keje. haha  Soalan panel tak boleh blah is " KALAU LA ADA ORANG BAWA LARI BUKU.. AWAK BUAT APA?" aku jawab " KEJARLAH" yes al panel gelakkan aku. aha aku keluar bilik temuduga dengan tak harap apa apa . Hoiiiiiiiiii First time interview kot !! ahahah Mana ada sesaiapa nak briefing aku. Aku bedal jekla. :P Esoknya, aku dapat call, Esok puan datang lapor diri ya. haha TERPERANJAT KATAK kau. hihi REZEKI ALHAMDULLILLAH, maka bermulalah episod menjadi staf gomen.. MY Boyfie no staf is 34 aku 32 selang seminggu dia masuk keje dari aku. haha aku bertapa dulu, hehe Aku lah Bos akulah KULI semuanya pun hadoiiiiiii :) Teringat arwah Azmani, yang selalu kenen kenenkan aku dgn NZ. haha dia datang kat NZ cakap aku nak dia bagi 10 sebab kenapa dia suka aku. ahah punahhhhhhhhh NZ ingat aku yang nak dan suruh arwah tanya. Kat aku plak Arwah cakap NZ suh bagi 5 reason suka kat NZ hahah gilorrrrrrrr la, kalau tau kena kelentong tak kuasa aku PK jawapan Semua sweet2 jerkkkkkk puih hahahah Tpi tak suka tak suka dah jadi husb aku dah pun hahha 12 tahun :) kikiki Nak citer best ni, nanti la bila aku senang :p hahahahaha

BFF FOREVER 

Aku tak banyak nak cerita bagaimana aku jumpa BFF aku ni. 

Ayoy Dassler - Aku jumpa dia first time dekat event Nobis, dari situ kami contact thru SMS dan Group Novis bowlers. Dah namanya BFF aku tak nampak ada silap dah salahnya dia pada aku, Kalau ada apa apa yang buat aku terasa cepat cepat aku maafkan, aku taknak sebab ada rasa tak best tu menggangu relationship kami yang dah hampir 6 tahun :) - ADYRA 

Kaka Desperado - Aku jumpa dia pun sama masa event boling Nobis. Mula mula pemalu ya amat la boyfie aku sorang ni. hahah Dia pun selalu sharing cerita cerita gila dia pada aku hahah layankan aje. Sama macam ayoy...ku tak nampak ada silap dah salahnya dia pada aku, Kalau ada apa apa yang buat aku terasa cepat cepat aku maafkan, aku taknak sebab ada rasa tak best tu menggangu relationship kami yang dah hampir 5 tahun :) - KYRA 

Lily - Haaa dia ni special sikit ...mula jumpa dekat KUIM tahun 2003 masa tu aku tak rapat dengan dia pun.. Aku mula baik dengan dia sejak kami duduk 1 unit. :) makan sama susah senang sama, baju sama ada panggil kami K n K ( Kurus dan Kembang) Whatso eva.... kami x kacau orang. Selisih faham sikit sikit tu BIASALAH. :) Aku tak punya ramai teman baik perempuan sebab mulut perempuan macam bertih jagung hahah Lu pikirla sendiri kahkahkah - LYRA

Nasir - Ini dah macam adik. :) No word can describe u, since i dah takde adik lelaki i anggap dia macam adik. :) Nice guy - NAYRA

KAKA DASS JULA - ADYKA
NASIR LILY ZURA - NALYRA 

Semoga ukhuwah terbina selamanya 

--------------------------------------------------------------------------------------------

Aku akan sambung PART rakan ALAM MAYA :) 
Insha'ALLAH 

thanks reader's 


0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design