FOLLOW ME

January 26, 2016

Kisah dan Tauladan mengikut situasi

Situasi 1

Suatu hari orang kampung bercadang untuk membuat solat hajat memohon hujan turun. Bila masa hendak bersolat ramai orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang budak yang membawa payung.

Itulah yang di namakan KEYAKINAN.

Situasi 2

Bila anda melambung bayi ke udara, dia ketawa sebab dia tahu anda akan dapat menangkapnya semula.

Itulah yg di namakan KEPERCAYAAN.

Situasi 3

Setiap malam kita hendak pergi tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari.

Itulah yang di namakan
HARAPAN.

Teruslah menaruh "KEYAKINAN, KEPERCAYAAN dan HARAPAN" kepada Dia Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu segalanya.

p/s: Situasi 4

Anda telah menemui calon wanita solehah. Setiap kali anda ingin berbincang tentang perkahwinan, wajah isteri pertama anda sering muncul di minda.

Itulah yg dinamakan
KETAKUTAN...

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design