NUFFNANG

FOLLOW ME

Anugerah Perkhidmatan Setia Kubah Biru 2015 , What can i say ?

Thursday, December 10, 2015 0 Comments A+ a-


Alhamdullillah,

Ayat pertama keluar di bibir i, Syukur Alhamdullillah Alhamdullillah
Terlalu sarat dengan kenangan pahit manis sepanjang 15 tahun. 

Dari sesi interview hanya 10 minit dengan 6 penemuduga, dalam tempoh 24 jam lapor diri, bernombor staf kosong  tiga dua, 

Ditempatkan di perpustakaan, sejak mula kerja sampai sekarang. Daripada bergaji 548.00 sampaila dah cecah empat angka semuanya kerana BERTAHAN dengan pelbagai kerenah. 

Dunia kerja bukanlah dunia main main dan sama sekali tidak sama dengan amalm sekolah. :)
Pernah giveup juga nak berhenti tetapi berfikir kembali dengan waras kerana sakit hati dengan orang atasan yang tidak ada sifat belas kasihan tatkala anak sulungku dijangkiti dan disahkan ada sakit "meningities" perlukan pembedahan dan pastinya perlukan aku disisinya........ dia baru berumur 4 bulan ketika itu.........

Kerana bertahan dan terus bertahan, alhamdullillah ada rezeki naik pangkat ke kanan. Rezeki melimpah ruah lepas lahirnya anak sulungku Hafiz. :) Sampai sekrang alhamdullillah. 

Sekiranya kita jujur dengan apa kita buat, insha'ALLAH ALLAH akan beri rezeki berlipat kali ganda lagi hendaknya.

Terima Kasih Kubah Biru, Hargai effort staf awal.

Orang tak tahu kita mula kerja berlapikkan surat khabar
Orang tak tahu kita mula kerja berkongsi komputer
Orang tak tahu kita mula kerja, kita la jaga kaunter dari pagi sampai petang sorang sorang
Orang tak tahu kita mula kerja cop buku atas lantai.

Apa yang orang nampak apa yang dah ada sekarang ni, tu pun keje memain lagi. :)

Bertabahlah dan KIPIDAP,