NUFFNANG

FOLLOW ME

Alhamdullillah Untuk Anugerah ini :)

Friday, December 18, 2015 0 Comments A+ a-


Bismillah
Hari ini my happy day, sebab diraikan as staf senior yang dah berkhidmat selama 15 tahun.
Ada juga suara suara sumbang like "alah...dia dapat sebab dia orang lama"

OK itu memang point nya kalau kau hanya refer Tajuk Anugerah dan Program tersebut. Meh hakak nak cerita sikit apa yang " orang lama ni buat, dapat dan terima" masa dia mula mula kerja dulu k?
Mohon jangan sentap. Sebab hakak story cerita yang benar dan fakta :) 

Untuk jawatan aku, as S17, gaji aku serendah 549.15 sen sahaja ya (basic) elaun aku tak ingat haha yang aku tahu elaun aku dulu tak setinggi elaun kau orang dapat sekarang ni. 

Sebagai pelopor tempat aku kerja, aku staf kedua selepas Tuan Haji Anas. Sekarang dah rehat abis dah tuan haji. :) rehat duk umah nikahkan orang hahaha ! Wlldone Haji. :) 

Aku datang kerja takde meja, takde kerusi , takde komputer khas untuk aku ye. ape pun takde. Yang ada cuma suratkhabar, cop cop. So kerja aku Tuan Haji Anas bagi kau cop buku atas sokabar okeh? Kalau kau tak strong, dan kau membayangkan keje gomen ni semua indah kau silap. Sebagai sebuah universiti yang baru, semua serbi kekurangan. Namun aku bersyukur sebab aku mampu bertahan di ketika itu . :) Selepas 2 bulan kerja barulah sempurna ada meja dan kerusi, itupun kalau ada komputer aku da Haji Anas KONGSI. ye KONGSI ye bukan sorang satu dapat macam kau orang ni ye. :) hehe alat tulis pun aku beli sendiri ok. Tak macam staf baru sekarang, liquid paper takde meroyan. Kau beli la tak bleh? :p ops termarah ..heheh

Suami aku plak keje jabatan Bendahari masa tu, masuk sama macam aku, meja takde kerusi takde. Dia punya jawatan Penolong Akauntan, tapi dia kena kerah angkat barang susun barang , (perabot) ada kaitan kerja dia dan jawatan dia tak? Kalau kau pk pakai otak, of kos la takde kaitan pun, tapi dia buat semua kerja tu bertahun tahun ye. Rilek je. tak berkira. Kami semua orang dedulu keje x kira masa, kalau time kena inventory Hostel Student sampai 3 pagi buat sport cek. Aku ni preggy2 ikut dia buat keje, sama sama buat keje bukannya OT pun. Budak sekarang balik lewat sikit tak boleh, datang awal tak boleh abis apa yang boleh? Gaji masuk lambat merempan abis, Keje kau buat main main kau taknak plak kire?

Tolongla jangan nak pk sangka buruk dan mendengki je atas apa orang lain dpat. Zaman aku mula kerja lain, Zaman kau mula kerja lain. basic gaji sekarang pun koman koman 1k. Balik lambat Claim OT Claim Cuti, handle event dapat baju free kalau bayar half price. Zaman kami semuanya POKET sendiri , tak pernah nak kire sesen pun sebab itu amanah yang dipertanggungjawabkan pada kami.

kau orang datang kerja sekarang da dapat tarikh lapor diri semua kelengkapan dah disediakan, TOLONGLA janga keje main main, jangan makan gaji buta, sakit plak hati tengok budak budak muda keje sekarang. Tak hargai apa yang dapat, ish....... banyak nau makan garam aku ni kekdahnya haha . terpulanglah sebab kau orang memasing dah besar kan. Sendiri fikir la keberkatan tu ye. 

Kalau nak diceritakan banyak. Cuma, tolong buat sikap negetif cemburu iri hati dan dengki pada orang lain sebab apa yang kau dan aku alami situasi yang lain. :) heeeeeee........ anggapla rezeki memasing ye tak?

And one more thing, 
DUIT bukan segalanya, 

Bila kata pi amik anugerah, baik anugerah cemerlang ke terpuji ke sukan ke khidmat setia ke ada je yang suka tanya  'Dapat Berapa?" .. pada aku, diberi pengiktirafan dan dalam ingatan pun sudah memadai :)

Psst : mata duitan plak kau kan? Kalau aku kata dapat seribu kang, bertambah sakit hati plak kau kan. :)
haha Kesian. 

Papepun thanks to My University menghargai kami yang menjadi tulang belakang KUIM/USIM satu masa dulu. :) Insha'ALLAH setia bersama sekiranya rezeki tertulis kami disini. :)

LOVE - 



Thanks my BFFS Lily yang tolong SNAP my Pic masa amik anugerah haha. Masa ni nerves tahap lapan belas okeh? heh Rasa macam ikut tema plak. Ha Ha Ha  :) Tq Dato' Sebab ingat nama saya yang bukan sesiapa, seba Dato' Syukor panggil aku dari dulu dengan panggilan 'Wan' hiihih :) ♥


Macam biasalah kan? Berposing dengan BFFs ni ha, Leman MC la plaknye. :)


Kesian bunga hiasan menjadi item Wajib diganggu hahaa


Thanksfor ALL your Support BFFs!