NUFFNANG

FOLLOW ME

Ulangtahun ke Lima Belas Kerja....... wahhhh setia nya hakakkkkkkkkk

Thursday, August 27, 2015 0 Comments A+ a-

Alhamdullillah

Ulangtahun ke 15 tahun kerja di Kubah Biru. Setianya hakakkk.. pelopor "tukang proses" buku, majalah, susun suratkhabar, susun buku, susun kerusi, buat notis, dulu la.. masa staf ada 2 orang je. Sorang lelaki sorang perempuan, tu daku la, bila hari Jumaat, wajib kena buli jaga kaunter sebab yang lelaki nak g solat Jumaat, tapi masa tu cc Hj Anas baik, balik solat mesti tapau makanan best best as 'upah' sedia berkhidmat dibuli jaga kaunter smile emoticonDari 17 je dah naik sikit pangkat hakak ni, tapi hakak tetap macam dulu..... buat sama sama , nama naik sama sama.. grin emoticon

Keje beralaskan suratkabor, cop buku. Komputer 1 kasi share dua orang. Baru kenal dunia YM, abah hadiahkan telepon besor botol air, hahahahah masa tu simkad besar kad ATM. kikiki tengkiu abah! first time hakakk keje jauh dri famili. Naik komuter tertido smpai terlajak ke Seremban, duit takde merayu ngan guard nak balik bangi.. dia bagi tiket FREE, buat Baik ALLAH balas BAIK insha'ALLAH.
Susah nak jumpa orang jahat dulu.

Dalam kerja, jangan JUAL dan JATUHKAN orang lain untuk naikkan diri sendiri. Tak lama bertahan, sebab kita tidak kan boleh jadi PELAKON terbaik selamanya. smile emoticon

Flashback in year 2000,
Interview semalam pagi jam 9, jam 11 dapat result sila datang kerja ESOK. smile emoticonAlhamdullillah. ALLAH murahkan rezeki dengan bantuan abah yang paksa hakak benti kerja kilang sony, masyukkkk oooo keje kilang sony 12 jam (MASA tu dibayar OT + gaji RM 3k lebih.)

Murah rezeki sebab hakak belajar takat SPM jer. smile emoticon Tak sambung belajar sebab hakak terus keje after SPM, mak abah hakakk orang susah buat kuih jual kuih nasi lemak sutung pau malaysia, adik adik ada berderet dok skola, mak hakakk jaga budak lagi dekat 11 orang. So far takde yang kena dera walaupun rumah hakakkk macam nak runtuh dek anak anak orang nih.....kekeke
Oi panjangnye karangan (hakak free ni, dok jaga kaunter) lalalala

Kalau nak cerita, panjang sangat ceritanya, so baikla kita simpan lain lain tu dalam hati je ye :)

tahniah myself !