FOLLOW ME

August 8, 2015

Amanah dan Menjaga Hati ?

Bismillah,

Apabila kita diberi Amanah. Pastinya ianya satu tanggungjawab penting. Dan pastinya kita jangan sia siakan kepercayaan orang pada kita. Namun.... apabila kita terpilih untuk menggalas tanggungjawab dan amanah itu, pastinya ada hati dan jiwa yang berkecil hati dengan kita. Seolah olah kita cuba berlebih lebih dalam menjalankan tugas yang diberi.

Padaku, pangkat 'alam maya' tidak membawa apa apa pengertian. Being too active di alam maya sangat banyak memberikan daku seribu satu pengalaman. Ada yang suka ada yang tidak suka. Ada juga orang yang mengambil kesempatan atas kebaikan yang dibuat. Ada dan memang ada. 😊😂. Padaku selagi ikhlas dan memang kita suka buat benda tu tiada istilah dipergunakan. Lihat diri kita adakah kita juga suka mempergunakan orang lain.  Jika ya, janganlah bersangka buruk pada orang lain sedangkan anda juga tiada bezanya!.. 

Dah 2 tahun daku cuba nak jadi diri sendiri dan cuba tidak mahu terlalu menjaga hati orang lain tapi misiku gagal.  Daku terlalu mengambil berat perihal orang lain dan terlalu menjaga hati banyak pihak sampaikan hati sendiri terabai.  And please ajula lepas ni utamakan hati sendiri sebab yang menanggung adalah kamu dan diri sendiri bukan orang lain. ,😀😉.

Daku akan jalankan tanggungjawab yang sudah diberi sebaik mungkin.  InshaAllah.

Azura with love
Via blogger apps.

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design