FOLLOW ME

August 5, 2014

Pinjamkan daku...

Pinjamkan daku bahu

Kerana daku sudah terlalu letih 

Pinjamkan daku tanganmu
Kerana airmataku tidak henti mengalir

Pinjamkan kamu senyumanmu
Kerana sudah lama ku rindukan itu

Pinjamkan daku tawamu
Kerana duniaku sepi sekali

Pinjamkan daku kebaikanmu
Kerana daku rasa manusia kelilingku kejam terhadapku

Pinjamkan daku sabarmu
Kerana sabarku sudah senipis bawang

Pinjamkau daku suaramu
Kerana daku telah berhabis suara berkata kata

Pinjamkan daku kasih sayangmu
Kerana tiada yang sayang padaku

Pinjamkan daku pinjamkan daku............

Aku disini kembali bila aku perlukan sesuatu meluah rasa di hati.

=) 

Sekadar coretan.


0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design