NUFFNANG

FOLLOW ME

RM500 memang tidak cukup.. TETAPI.........

Thursday, July 10, 2014 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Alhamdullillah! Staf gomen dapat bantuan raya sebanyak RM500.00. Kalau ikutkan zaman sekarang memangla tidak cukup. Banyak juga keluhan yang dibaca, katanya pihak gomen tidak meletakkan diri pada tempat staf bawahan. mana cukup RM500??....

Ya. menang RM500 tidak cukup untuk beli baju raya kuih raya satu keluarga tapi cukup untuk meringankan beban. namapun BANTUAN.Bantuan mean PERTOLONGAN untuk kurangkan BEBAN. Let say tak dapat bantuan..... lagi banyak duit nak kena keluar kan?? 

Aku shoping baju anak anak dekat Nilai 3 je. Ada satu kedai tshirt ni, memang cantik2. Sepsang baju anak anak aku. Abang pink adik pink, abang biru adik biru.. hahah design pun sama. Harga sehelai adalah dalam RM19.90 si abang, adik punya umur 4 tahun dalam 14.90. Beli sorang 3 helai. Lepas tu seluar jean abang adik pun rembat kat situ gaks. Suar abang dalam 49.90. Adik dalam 39.90. Then singgah beli baju melayu anak. Pun kat Nilai 3 jugak. hahahaha.. Baju abang RM 57.00 baju adik RM43.00 . Kain sedap lembut dan tak panas. Insha'ALLAH. 

So mari total up kan.

Tshirt abang : 19.90 X 3 = 59.70
Tshirt adik : 14.90 X 3 = 44.70
Seluar jean abang : 49.90
Seluar jean adik : 39.90
Baju melayu abang : 57.00
Baju melayu adik : 43.00 
Kasut adik : 49.00
Kasut abang : 35.00

Belanja anak anak total up : 378.20
Beli kuih raya 5 jenis : RM 100.00
Total up : 478.20
Baki : RM 21.80

So, duit gaji sendiri boleh la beli baju raya diri sendiri sehelai dua, tudung dan brooch. :)

Kita yang manage perbelanjaan kita. 
kalau kita beli set set KIKI LALA. ke branded2 ke memang la 500 tak cukup.
So, kena tau kat mana kita nak berbelanja. SET target and Budget.

Let say gomen tak kasi bantuan 500? mau kena kuar duit poket sendiri juga kan?
Ini hanya la pandangan aku yang punyai anak 2, dan ada anak buah yang ramai. kikiki. So nak jimat kena pergi kedai ada SALES besar2 atau kedai kecik2 yang nampak macam tah pape tapi macam macam ada! Percayalah.

Kita jangan  bersyukur bila kita gembira, but kita kena bersyukur  maka gembira akan datang pada kita.

Trust Me! 

So.. bersyukurlah....

1 comments:

Write comments
July 10, 2014 at 10:42 AM delete

Salam...Bukan ke rm500 tu taxable ke?

Reply
avatar