FOLLOW ME

March 26, 2014

Kembali updated !!! #MH370 # Sharing Kecantikan Bahasa # Rezeki # Frens # Tragedy

Assalamualaikum !!
Alhamdullillah, dah 3 hari An nak menulis, tapi hari ni waktu ini baru An berpeluang.
Syukur Alhamdullillah sebab An dikelilingi kawan kawan yang ada masa An susah dan senang. Eh..... bukan senang kita nak ada fren yang susah sama susah dan senang sama senang. :) Cer lihat diri ade ke? Dannnnn adakah kita jenis kawan yang sebegitu??? Fikir sejenak. Ok simple updated yang tidak berapa nak merepek but its Fact!

#About MH370.
An suka nak kongsikan kata kata Tuan Shamsudin Kadir di FB

This is GOOD TO BE SHARED
Penyampaian ITU SANGAT SANGAT PENTING.
Menjaga dan Mengelakkan KECEDERAAN EMOSI orang yang berkepentingan dalam Situasi MH370.

Fikir-Fikir kan.

Yang baik perlu hebah.
Bismillah. SAW | Astaghfirullah. Saya kagum dengan penulis 'Press Release' yang dibaca oleh Dato Seri Najib Razak, semalam kerana bahasa yang digunakan mengelakkan dari berlakunya kecederaan emosi orang yang ada kepentingan dalam hal MH370, terutama keluarga penumpang.

Ayat yang bagus itu adalah 'Berhenti di Lautan Hindi dan ianya jauh dari daratan' - saya sudah lupa ayat sebenarnya, tetapi memba...wa maksud lebih kurang begitu, Insyaa Allah.

Ayat itu positif, tahniah kepada penulis Kenyataan Akbar yang pandai memilih perkataan, dalam keadaan krisis, ianya tetap membawa maksud yang diinginkan cuma ditulis menggunakan bahasa yang ada 'kecantikan sosial' Insyaa Allah.

Berkomunikasi itu penting, bertambah penting dalam keadaan krisis, selain dari mimik muka, pemilihan warna tie (sekiranya pakai tie) dan juga perkataan yang dilafazkan, boleh menentukan sama ada ianya bakal mengundang kebaikan ataupun keburukan.

Seperti mana kata-kata "Lidah itu lebih tajam dari mata pedang".

Wallahu A'lam.

Entri ini sekadar untuk memberi informasi kepada para mentee yang belajar Social Beauty dalam komunikasi.

Lain sekolah, lain pula sudut pandangannya. Hormati perbezaan asalkan Allah tidak murka.
 
Pengkritik di FB
 
Maaflah jika bahasa An agak kasar . Tapi inilah hakikatnya.
Kenapa An bagi gelaran sakai camtu. Come on lah! Ini isu sensetif kot? Yang nak kait isu politik dan bagai bagai tu kenapa. Ada yang perlekeh usaha. ada yang kata menteri tu lembab kerajaan lembab. Agak agak ko cargas sangat y don't u help them ? ohoiiiiiiii......... taip senanglah kot! hahah rasa kadang tanak amik port, tapi hati panas lah pulak. ermmm.. Ada pulak yang doakan y bukan si polan si polan dalam flight tu... haishhhh kau sape? (*&*&^^$!!!!!! - sabar an sabar :) Sebagai umat islam haruslah kita bersatu dan masa susah macam ni lah ambil peluang bersatu padu bukan porak peranda kan lagi masalah yang ada .
An suka taip.
 
Ada akal PAKAI.
 
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (dengan mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu." (Al-Baqarah~:45)

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat; sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah: 153
 
Apepun An doakan semuanya baik baik shj. Jika itu ketentuan ALLAH siapa kita nak menidakkannya bukan?
 
Sometimes..
Rezeki depan mata tidak kita Nampak :)
Alhamdullilah, An punya kawan yang sangat sporting dan very supportive!
An pernah jatuh tersungkur dan kini An BANGKIT!!... Insha'Allah An cuma minta u guys doakan An. Kita sama sama sukses ! Kaching hanya kenangan lalu. ;) ... setelah semua selesai, tamatlah ia .. sdihnya ya............... :( What can we say........... rite?? ........
 
Rezeki ,
An penah putus asa, An penah rasa sangat kecewa.. tetapi........... sekalli kita jatuh itu bukan penamat segala galanya kan!! ........... its just started. But kita kena choose orang yang boleh susah senang sama kita. U know Who U are. :) Thanks. Kadang2 rezeki depan mata kita tak Nampak. Kita tak yakin kita mampu buat, Kita tak sure kita layak buat dan jalankan. Tapi atas nasihat dan brainstorming kawan kawan. Kita inshaAllah mampu buat dengan sukses. That's a great team! Jadi leader hebat bukan digeruni. Jadi leader baik Insha'Allah diingati. Trust ur self!~~Itu gunanya kawan. Kita tak Nampak peluang tu, tapi kawan kita Nampak kita mampu lakukan, dia guide kita, nasihat kita, support kita... :) MMuuuahhh :D
 
Jom! skang AN Fokus pada BO$$ (BV) Perfway( Blom launch) dan Toneexcel .
Hopefully cukup la 3 projek ni yang akan buat An sukses dan mula ada saving! Kalau adad cita cita nak berhenti kerja pun.. boleh agaknya ! hahahaha

Tragedi 25/3/2014

Budak baik sangat, ni makan die. Terkejut An.
Rasanya semalam dekat 8 kali dok tergur dak ni
Ayiz, jangan panjat....... jangan lompat jangan jangan .. haishhh
Bila tegur okla.. duk diam 2 minit, lepas tu kembali. aduiiiiiiiiiiiiiii rasa nak ikat dia jap. AMAN :p

Masa tengah wat keje, dengar dump!! aiskkkk dia senyap.. dalam 2 saat.......... lepas tu nangis skuat kuat hati. An terus peluk dia, meluru2 dan memancut2 darah kena kat An dan Baju An. An da panic tatau nak buat ape. Bawa g toilet si abang ambil bandage An bersihkan dan balut kat tampat luka tu......... kena zasssssssssssssss g klinik. Konpem kena jahit ni.............. sebab panjang lukanya dan terbelah!! adoiiiiiiiiiiiii ngeriiiii sgt!!

Gambar, lepas di balut kepala. adelah dia duduk diam 20 minit. hahahhaha. Tapi An memang fobiaaaaaaa lerrr kalo jatuh kena kepala nih. Allahuakbar....

 
An ke klinik Az zahrah Bangi. Mesti de yang Tanya asal jauh nau klinik? Duduk Nilai klinik kat Bangi.. ahahha Nilai ni An tatau mana klinik yang buka 24 jam. Sedangkan An semput nak g tengahari pun Dr takde,,, so in case kecemasan camni better la zassssss terus ke klinik yang memang kita tahu ada buka 24 jam. Kena jahitan 3 dikepala. 1 tepi 1 tengah 1 tepi lagi. Kena bius.......... cost bleh tahan la.. for me janji setel cepat, pandai handle kids tenangkan kids An bayar je lahhh!!
Anak oo Anak jam 11 insiden.. pumping kat klinik jam 1.30 sampai umah.. :( so sleepy..........
Nurse bius, jahit, menangis, sape yang menangis kalo bukan An. hahah adoii,
abang dia ada 2 jahitan kat kepala. tu sebab sakit meningities... 3 kali operate. adik lak sendiri cari pasal. sudahnya dedua anak ada tanda kat kepala. ahah ni senang wat kawad cam hahah adehhh grrrrrrrr

 
 
Bila da sakit baru reti duduk diam.
Haihhh adik
get Well Soon k.
MMuahhhhh
 
 
 
 
 
 

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design