NUFFNANG

FOLLOW ME

30 Days Blogging Challenge : Hari keempat : Bebas

Thursday, December 19, 2013 0 Comments A+ a-

Bismillah,
Ini yang paling AN suka ni.. tajuk bebas.
Ada beberapa perkara yang AN nak share 

Sangka baik.
Hidup kita ni kena bersangka baik. Sebab setiap apa yang kita fkirkan tu ibarat doa. :) Sangka baiklah selalu dengan kawan-kawan ye.. Tak baik sangka buruk.. sebabnya nanti diri kita sendiri yang tak tenteram, pk bukan bukan, tak sedap hati la bagai. Ade lebih baik pk baik baik. Insha'ALLAH yang datang pun baik baik. Kita sebagai manusia mudah sangka buruk, Even pasal 50 sen. :) Atau nampak orang tu di Supermaket time pejabat ke. Mana la kita tahu dia keluar pejabat ke, bos arahkan keluar ke... atau time dia rehat ke kan? Tak boleh nak samakan keadaan dia dan kita. So better jaga diri sendiri. 

Penat Berbaloi Jika dihargai
AN akui, sejak AN JV dengan atie dan 2 kawan AN dalam dunia Online IV ni, sedikit sebanyak memenatkan AN. yelah, meeting time tak kira masa, kadang jam 12 baru nak start meeting. habisnya jam bape?? esok pagi AN keje.. Lina pun keje...Hahah, tapi kadand-kadang bila orang PM AN, mendoakan AN dan team Kaching sukses, mendoakan yang baik baik sahaja, beri kata semangat, nak minta refund pun ayat baik baik, bila tanya An explain dan faham tanpa banyak kerenah, dah buat AN happy. Alhamdullillah. Bila ada pulak yang admire keje keje kami, AN dan team lagi rasa semangat. Sungguh An tak tipu. Thanks ye. Kita BEBAS HUTANG 2014. InshaALLAH.

AN sayang kawan kawan AN
3 jenis kawan yang AN akan simpan dekat dihati AN
1. Yang boleh susah senang dengan AN
2. yang boleh simpan segala rahsia AN
3. Yang percaya pada AN, jujur dengan AN, setia dengan AN

Agak agak Bffs AN macam ni tak? Tentulah.!!
Rakan rakan lain, yang tak banyak kerenah dengan AN, yang terima siapa AN, macam mana perangai AN, siapa AN sebelum dan selepas ni, Apa status AN, An ni jenis macam mana? yang boleh terima apa adanya AN, An terima dengan hati terbuka kalo nak jadi kawan AN. tak kisah la u all dari negeri mana sekalipun. yang penting NILAI persahabatan. Boleh dikatakan An tak kenal 2700 kawa FB AN. tak penah jumpa. Tapi AN boleh gurau senda dengan mereka. Seba apa? AN memang suka dan senang berkawan. Tapiiiii jika ada yang tak suka sikap AN, berterus teranglah. Jangan dok wat ketupat kat belakang na....... An pun manusia. Tak sempurna, 

Oklah.. AN letih, AN penat.... 
hari hari AN tido 1-2 am. Fokus Kachings VIP.
Fokus plan baru.......
yelah. nak puaskan hati semua orang BUKAN MUDAH - 

AN-With Love