FOLLOW ME

November 14, 2013

Fitrah yang bernama MANUSIA

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya AN tidak update  atau bercerita tentang sikap manusia. Kali ini AN agak free so boleh lah AN share apa yang AN rasa, bukan bajet AN banyak baek, tapi dari perspektif kaca mata AN sendiri. Jom baca?

1. Bertanya pada yang dah terang?
Ok AN terima apa shj soalan yang rakan mukabuku AN nak tanya, AN sedia memberikan jawapan. Apa yang AN agak geram, jawapan semua ada dalam brochure / post / info yang AN berikan. Lain lah dalam tu takde jawapan. Kan? Tapi takpelah, geram geram AN pun AN balas gak, sebab AN kena jaga juga hati cust online AN. Tapi AN nasihatkan, kita kenalah alert, rajin rajin membaca, tak rugi and tak salah kita ambil tahu. Busy body untuk diri kita tak de salahnya kan?

2. Menciplak IDEA orang TANPA izin.
AN ni bukannya kerek sangat, bukannya kedek sangat. kalau nak copy iklan / plan / post AN tak salah minta izin kan? NI copy sejibik sejibun, edit tang background je. Tulisan ape semua sama. AN tak la pandai sangat wat iklan, tapi penat juga AN nak fikir buat ayat. Kalau semua  orang nak senang, siapa yang nak susah? hihi.......... AN Nampak iklan tu AN senyum jer la....... malas AN nak bising2 tapi hati AN kata.. alahai......... sabar jer lah..........

3. Bukan senang nak SENANG.
Apa kata kita pegang word ini. Bukan senang nak senang, so apakata kita tambah sabar banyak banyak dalam diri kita? Kita ni just duduk je...... bos kita yang buat kerja untuk kita. So tak salah jika bos kita tuntut sabar extra dari kita . Jika bos boleh sabar berpanas, makan tak tentu masa, kurang rehat, ape salahnya kita bantu bos kita? Tak tahan? tak sabar? Btter u stop joint us.

4. Jangan nak jadi MAT / KAK Kepochi sangat boleh?
Ok, kita sebagai orang yang tidak tahu apa apa, so janganlah kita nak tunjuk pandai sangat dengan kongsi itu  , share ini, post itu post ini.. sebaiknya berdoa agar perbalahan / permasalahan yang jadi ada penyelesaiannya. Insya'ALLAH. kalau benda yang kamu share tu tak betol, thanks lah. anda da dapat bahagian anda. huhuhuh

5. FB dan kongsi
Tak semua benda yang kita buat kita perlu kongsikan di mukabuku, Contohnya nak g tandas, kemesraan dengan pasangan, sesekallil takpe kot, nak solat, nak mengaji masuk juz berapa, ha. patutke share ye? Tak salah ingat mengingatkan, tapi jangan sampai kita dikategorikan riak pulak. Sebab, pandangan manusia ni berbeza2. Macam AN, Fb pertama AN lebih 5k kawan, AN naik pening. Macam macam komen, macam macam peel. so AN tutup dan buat baru. Now sejak ada business, kawan da naik 2.5k kawan. Tu pun AN da pening baca update. hahahahaha. So AN dapat nasihat dari kawan AN, lebih baik memohon dari ALLAH, dari kita terus terusan mengomel dan meluah di Mukabuku. Bukan tak boleh, tapi BILA PERLU :)

Kurang posting, Kurang cederakan emosi orang lain. Tak gitu?

6.Saya penat nak rehat . hiii.. nnti saya share ye

Waiting for DISEMBER !
woooot.................

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design