FOLLOW ME

June 7, 2013

Wanita bergelar Isteri.

Kita susah nak buat agar orang faham kita.
Kita susah nak ikut benda yang bukan kebiasaan kita.

Bila tak sama, tak serupa,tak sedap, tak sempurna,
Marah tak tentu hala.

Apekah engkau cuba memahami dan mengenali orang yg engkau marah itu? Manakan adil, kau hanya mahu orang mengikut segala kehendakmu, sedangkan engkau sendiri tidak berusaha ke arah itu. Adakah engkau anggap diri engkau tu sempurna?. Mana ada manusia yang sempurna. Tolong jangan ego sangatlah.

Cuba bayangkan.
Rumah tidak berkemas,
Mainan berterabur,
Pinggan tidak berbasuh,
Lantai melekit-lekit,
Tandas tidak bercuci,
Baju tidak.berbasuh,
Kain tidak berlipat,
Air masak tidak diisi,
Makanan tiada yang masak,
Baju tidak bergosok,
Anak tidak terurus.

Tu baru suruh bayangkan aje kot. Jika tiada lagi seorang yang bergelar 'isteri' disamping engkau, dapatkah engkau bayangkan?!

Jangan hanya tahu,
Mengherdik, memaki hamun, membodoh-bodohkan, membuat perbandingan yang tidak sepatutnya,.melempar dan meludah makanan. Kerana dia isteri engkau. Amanah Allah untuk engkau jaga, bukan perhambakan!.

Kadang2 wanita ni tak berkongsi semua yant dirasanya dengan orang lain. Belajar2 lah menjadi sahabat terbaik buatnya.

Nukilan isu semasa.
=)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design