FOLLOW ME

June 3, 2013

Bulan Jun telah tiba... Perasaan ini ?

Assalamualaikum.
Hampir setahun yang lalu, diawal2 Jun.ini, aku dan keluarga dikejutkan dengan berita penyakit yg tidak diketahui apa puncanya ! Pada awal Jun ni juga arwah angah 4 hari di ICU, dalam bulan Jun ni.jugalah arwah angah keluar masuk operation theater, duduk HDW ward,.pemantauan rapi dokter dan nurse, menjalani dialisis sehari 4 jam.

Dari kulit bersih bertukar kusam dan gelap, semua berpunca dari dialisis, mencuci darah ! ** alaaa... Airmata jangan keluar ok? ** ....

Rewind secara ringkas, kalau nak baca yg deatils, boleh cari post label angah. :)

Mei - angah mengadu sakit perut. Masa tu angah kat kampung degan ayahMan. Ayahman bawa angah g klinik,.ambil..ubat, esoknya kenduri kawen jiran sekampung, .. Angah sakit perut lagi.. Angah makan ubat klinik, ayahMan biar angah tido..ayahMan jenguk angah, dia tertanya2, lamanya angah tido, dia pun tengok angah, terkejut dia lihat mulut angah berbuih2. Cecepat ayahMan call ambulan...

Angah dihantar ke hospital klang. Selama 2minggu angah dalam ICU, first time aku tengok angah dlm ICU, tak boleh nak tahan airmata.. One day, dapat call dari mak, katanya angah da sedar, ada 2-3 entry aku tulis tentang angah... Angah baru tak sedar diri aku da rasa kehilangan.. Belum angah betul2 hilang lagi.... Nauzubillahmindzalik. :( jahat aku berfikir macam tu..... Iskkkk , lepas angah sedar, angah ditempatkan di wad biasa, acik kata angah minta makan mcm2, macam lapar sangat sangat... Mak pun naik suka sbb ingatkan angah da bebetul sihat... Doc hosp klang tak cakap pun angah sakit ape... Hmmm.. 2 minggu dalam ICU, pastu , 4 hari je ditempatkan dlm wad biasa, lepas tu angah dibenarkn balik?!. Hmmm...

Selang seminggu, angah sakit perut lagi, dikejarkan ke hosp tanjung karang, namun hosp trnsfer dia ke hosp sungai buluh. Doc hosp sungai buluh story yg mereka terima angah dlm keadaan angah 50/50, antata hidup dan mati. ... - bacalah post label angah... Berjujai2 airmata aku ni nak teruskan...

2 minggu angah kat HSB, aku tak sempat lawat angh. Ank sekolah bagai2, dengan kerja shif aku lagi... Emm... 2 kali aku lawat angah kat WHD, 1 ICU, sadis, sedih giler ! Tah ape aku cakap2 dengan angah. Last time aku jumpa angah kat wad kritikal, angah langsung x boleh cakap. Dia hanya kelip mata, gengam tangan aku,.bila mak abah kata nak balik, dia nak angkat tangan dia yang lemah nak salam... Adik aku ni memang sangat hormat mak abah, cuma tulah.mm bila salah pilih kawan, salah lah langkah hidup kita kan?... Sad sad sad...

Di HSB, aku pun tak ingat bape kali doc minta permission abah nak operate angah. Dokter kata ususnya bengkak, ususnya rosak, organ badannya slowly rosak satu demi satu... Jika kau dtempat aku, bayangkanlah..macam mana nak terima ya ? Itu baru aku,.belum mak aku, abah aku.... :(

Ermm... Masa itu,.keadaan itu, hospital sungai buluh, nilai, bangi seumpama sangat dekat.... Pagi.di bangi, tgh di HSB.. Malam.ke Bangi. Penat tak?.. Itu mak abah aku la tu.. Anak kan.. Busuk mana pun, anak kann... The one and only one Man selain abah dan menantu menantunya. ...

Minggu2 terakhir,
Aku.jumpa.angah, angah angguk apa.yang aku cakap dekat dia. Aku kata. Kat angah...
"Cepat baik ye dik, mak nak jaga adik kat umah.. Semua sayang emy,. Semua rindu emy... Cepat sembuh tau dik, semu sayang, mie kena kuat, banyak2 istifar tau dik ", angah kelipkan mata. Masa aku cakap nak balik, angah macam sedih.. Hmm...dia ,macam nak.cakap sesuatu,. Tapi bibirnya. Terlalu kering....

Abah pulak, sempat cukurkan misai dan janggut adik. Serabut sangat rupanya ! Aku dan usu, sapukan losyen kat badan angah, biar wangi sket. Angah kelihatan sangat lesu. Baru jalani dialisis 4 jam kan !

Doc pun x tahu nak cakap.angah sakit ape. Kate kanser perut bukan, kanser usus pun bukan, tapi satu satu organ dalamannya rosak.. :( sedih kan.....

Mak pulak, mcm da dapat rasa sesuatu... Ak kata pandangan angah lain sangat,.mcm pandamg sesuatu yang jauh....

Jumaat malam sabtu, kalau tak.silap.aku.lah, abah mak.dan adik bermalam di hotel kat sungai buluh. Mak tl.sedap hati,.sebab petang tu angah jalani.major operation, .. Risk operation ni memang 50/50. Anything can happen.

2.50 pgi, angah hembuskn nafas terakhir....

Telepn aku bawah bantal.
Bbm
Whatapps
Msj
Fb
Missed call

Dari adikku

Along, abang Mie da meninggal, angkatla phone !!!!

Ya Allah,
Aku telah kehilangan satu satunya adik lelaki. Kawan gado, kawan gosip, kawan gelak tawa...

Pada aku, dia adalah seorang anak dan adik yang baik. Tenangla angah disana. Ramadhan bkal tiba,.mak pasti rindukan angah, nk gosok kepala angah, nak masakkan rendang kegemaran angah !!

Apapun berlaku, siapapun yg menganaiya kamu ketika hidup kamu, kami terima. Hanya Allah mampu membalas setiap kebaikan dan kejahatan hamba2nya.

Along selalu berpegang,
Allah maha mengetahui apa yang berlaku.
Allah knows best.

Al-fatihah angah.
Rindu datang lagi.....

I miss ur text
"Mak.sihat long?"
"Long jaga mak ye long"
"Semua ok ke long?"
"Happy besday long, mie tak de nak bagi hadiah.. "

AllahuAkhbar, Allah sahaja tahu jiwa dan hatiku....

Al Fatihah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design