FOLLOW ME

April 18, 2013

KITA kan.

Assalamualaikum.

Nak berpuitis tak berapa nak puitis. Idea mari setelah lihat pelbagai keranah sepanjang perjalanan dari rumah, ke taska adik, ke sekolah abang dan ke pejabat. Sebelum lupa, meh share. ha ha ha

Kita kan,
Kalau beli rumah teres, janganlah kita membela ayam, membuat reban sesuka hati. Ye, bela haiwan itu bagus, tetapi bila mengganggu gugat keselesaan jiran sebelah, ianya mendatangkan perkara yang tidak elok kan?. Ha ha ! Percaya atau tidak, ada ye orang yang bela ayam dan buat reban ayam depan rumah. Kiranya kalau buat cantik sket reban tu dah kira BAGUS la eh>? adoiiiiiiiii.. cer la fikir kejiranan sket.

Kita kan,
Kalau nak tanam pokok pisang, pokok buluh, pokok mangga segala, belilah rumah yang ada keluasan tanah yang besar, Kalau dah beli rumah tanah sekangkang kera, kau janganla pulak tanam depan rumah , tepi rumah dekat dengan rumah jiran kau kan. Dahtu, kau tak duduk situ, rumah jadi rumah tinggal. Daun-daun semak masuk rumah jiran. Nak je racun pokok kau tu. Kau tak duduk situ, so mata kau mungkin tak sesemak mata aku, ke ATAUPUN kau memang duduk dalam susana yang bersepah neh? haishhhh... Nak jer buat report dekat AJK taman. haishhh... sabau sabau.

Kita kan,
Kalau nak letak pokok pun, jangan lah letak tepi simpang. Kang kalau TERlanggar kau salahkan orang plak. Laluan tu pun bukan dalam kawasan umah kau tau. Tu laluan semua kenderaan. Kau baya cukai takat tanah rumah kau je. Sesuka ati kau je letak pokok pasu bagai tepi simpang. Cer belajar tahu bezakan hak kau dan bukan hak kau. Hak tuiuiiiii

Kita kan,
Dulu.......kalau kita jalan kaki g sekolah, nampak kereta dan kita nak melintas, cecepat kita jalan laju-laju supaya tak ganggu pemandu kereta tu dan sebagai tanda terima kasih. Tapi kan... Budak-budak sekarang ni, lagi orang bagi jalan, lagi dia jalan lenggang lenggok persis model plak. haish. Langgar kang ! Cer pakai otak sket. Kalau dah orang tekan brek nak kasi kau jalan, cer lari-lari anak atau jalan laju-laju. Nak nak bebudak sekolah menengah skang. Jalan lenggang lenggok pastu daring kat pemandu. Nak aku takek je seko seko. Kuang ajo.

Kita kan,
Cuba belajar jangan nak cakap belit-belit. Kalau nak suroh aku, cakap ye nak suroh aku. Jangan nak petik nama orang lain. Haihs.. * tak suke*

Kita kan,
Belajar hormati kawan, belajar jaga hati kawan. Baru hati kita pun orang jaga sama.

Kita kan.
Dah jom wat keje. =p

1 comments:

Aisyah Husaini said...

setuju sangat kak seme diatas itu adalah BENAR TERJADI dan KENYATAAN..I LIKE ur statements tu kak : )

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design