NUFFNANG

FOLLOW ME

Hanya sekadar tulisan.

Saturday, April 06, 2013 0 Comments A+ a-

Demam PRU dah bermula.
Demam maki caci mengata mencarut meng- macam-macam lagilah dah bermula jugak.
Hmmm.. macam-macam.

Apabila yang tidak mendapat sesuatu 'kononya' meluahkan rasa tidak puas hati, maka semuanya akan jadi tidak PUAS HATI. Walaupun mendapat secalit kebaikan dari pengumuman tersebut, tetap nak PUBLISH ketidak PUASAN hati itu. Adakah namanya PEMBANGKANG maka haruslah kejenya MEMBANGKANG sahaja walaupun benda itu BETUL @ ELOK. Muskil pulak daku disini. Jika perkara itu BAIK, mengapa masih nampak buruk dimata U Ols. WALAUPUN kita tak kata kita menyokong mana-mana pihak, yang benar, yang baik harus kita katakan BAIK kan. Bila pengakuan begini diutarakan, kita digekar MACAI, eh kau dah kenapa? Sakit hati ye?

Nasihat daku.

Ada akal PAKAI
Ada telinga DENGAR
Ada mata LIHAT dan BACA
Ada tangan sok kasi PANGKAH

Tak perlu dengar dari kata-kata orang. Kot yer pun nak dengar, BOLEH lepastu kaji sendiri, selidik sendiri cari maklumat sendiri, jangan MALAS.

Aku tertarik dengan status seorang sahabat FB

From ALira

" Harga kereta turun? Interest bank turun ke? Semua bank? Boleh bayar 15 tahun tak? Dah dapat kelulusan bahagian percukaian? Kalau dah beli sebelum harga kereta turun boleh dapat refund yang dah terlebih bayar tak? Boleh?? Semua?? Semua orang??
Harga minyak turun. Berapa? RM1 seliter? 0.50? Lama tak? Hijau Kuning sama tak? Betul ke ni??? Betul takde kenaikan harga? Petronas Shell BHP Petron Caltex ...dah setuju??? Betul ni? Oooo. Dah kawtim. Harga tak naik lepas turun ye??
Harga rumah turun? Betul? Mahu ke tokey2 besar mengaku dah overcharge harga barang pembinaan selama ni? Errr. Boleh minta refund?? Tak kira walaupun di prime area? Rumah banglo? Semi D? Town house? Kondo? Mahu ke Pemaju bayar kos guaman stamp duti percuma lagi? Mahu ke Kontraktor n Perunding pembinaan bina dan design untuk fees yang sama dengan fees guaman. 1%, 0.7% 0.6%. Banyak kos nak kena potong ni. Satu lagi. Apa kata ambil pekerja warganegara Malaysia. Tak perlu la ambil warga asing jadi buruh binaan lagi. Bagi gaji minimum 2k. Mesti belia anak muda ramai nak kerja.

Tol percuma??? Yesss. Errr pekerja tol satu Malaysia nak serap di mana ye? Ada baca tak kontrak dengan PLUS dan semua syarikat lebuhraya. Termination clause ke. Default ke? Apa2 yang patutlah. Compensation ke? Mesti tukar pengurusan. Mesti punya. Banyak tak duit nak kena keluarkan. Kalau kereta rosak ada tak kereta Ronda lagi? Atau kena buat style tonto je. Rosak panggil. Eksiden standby. Jalan berlubang. Minyak tumpah. Barang melambak atas jalan raya. Gotong royong kutip? Sebab pekerja ada lagi ke? Dah kata free. Eh salah!!! Apa ni? Alira. Tanya soalan bodoh. Kau pergi bukak buku ekonomi semula. Kat sini ramai ahli ekonomi. Pergi baca semula segala macam tok nenek kuasa yang ada dasar yang ada perancangan yang ada. Yang berkuasa sekarang ni pun tidak sesuka hati menukar2 menjamin turun naik hapus batal. Baca Alira. Baca. Nanti kena tibai susah pulak kau nak jawab."

Selamat MENGUNDI ye kawan-kawan.
Negara kita. Kita yang bertanggungjawab .