FOLLOW ME

April 23, 2013

Gambar Bercerita : 1 4 3


Bila lihat gambar ini,
Hati tersentuh,

Eh, kenapa ye?
Ni la insan yang lahirkan along, angah, alang, acik dan adik.
Yang pakai seluar jean biru tu lah yang bayar yuran van sekolah along dengan pakcik Man. Dia jugalah yang bawa along g jual keropok leko. =)
Dia jugalah yang antar ambil along balik sekolah, dari sekolah rendah kat Bangi, smpailah sekolah Menengah kat Bangi, ihiks

Yang pakai kain itam tu.
Dialah yang banyak bantu abah. Kerah tenaga tolong abah buat katering. Masak tempahan kuih dan lauk pauk itu ini. Sambil jaga anak jiran. hehhehe...Dia jugalah yang niaga nasik lemak kat simpang taman. Dia jugalah yang selalu masak makanan kegemaran anak-anak dia , Eh.. dia lah segala-galanya tau.

Tengok gambar ni,
Terharu sangat.

Boleh kita nampak kat situ macam mana hubungan abah mak.
Abah tak boleh lihat mak sakit, mak pun sebaliknya mulalah risau 24 jam.
Eh, betulllah !! =)

Semoga mak abah panjang umur.
Semoga mak abah sentiasa sihat.
Semoga mak abah sentiasa gembira.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
1 4 3 Mak Abah.
Dulu
Kini
Selama-lamanya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design