NUFFNANG

FOLLOW ME

Saya Suka 2013. Thumbs Up !

Monday, March 11, 2013 0 Comments A+ a-

Assalam,
2013.

Bila fikir-fikir balik, tahun 2013 ni banyak mendatangkan benda yang baik-baik aje. Yang buat aku happy je. Nak share? Ni bukan RIAK eh? Ni nak melampiaskan kegembiraan. Jika ada yang boleh menaikkan semangat korang, lagi bagus. Anggapla aku berdiari aje.

kih kih kih.

RENOVATION
1. Membuka tahun 2013 dengan renovation kecil di bahagian hadapan rumah. Repair segala yang bocor-bocor , yelah, rumah dah 6 tahun tanpa sebarang rosak, now time touch-up mana yang da nampak cam nak rosak. ada rezeki lebih kan? Daripada habis tah kemana, baik berabis untuk benda yang kita nampak. BETOL?

2. USIM Single Challenge. 
Prestasi meningkat ! ehhe.. Setiap minggu ada placing. Jom kongsi placing aku .
Siri 1 : Johan
Siri 2 : High Game Wanita
Siri 3 : No 3
kedudukan sekarang ni, no3 keseluruhan liga.  CUMA nak tingkatkan lagi AVG aku. Kalau boleh baki 3 siri lagi ni, aku nak AVG 180-190. Dan menten top 3. Isnya'Allah ! Chaiyooook Ajulaaaa !!

DVD PLAYERfor My ALZA
3. Dalam kereta da boleh layan citer DVD. hikhs.. Thanks papa. Ni semua sebab nak layan kerenah si adik. Sebab adik cepat bosan kalau travel. Boleh la dia tengok BABY DAY OUT setiap kali travel. Mama, ppa dan Abang dah naik busan, dah hafal da semua dialog BDO. hoho.. takpelah. Dari dia memekakkkkkkkk jer dalam kete , kang ilang sabor aku kang, niiiiiii makan die. hahahahah

STAF CONTOH?
4. Ni memang tak duga pun. Serius beritahu, sejak kerja kat Kubah biru da masok 12 tahun. Ni la first time dapat ! Tak percaya? ni hakikatnya ye. Staf contoh untuk bulan Januari 2013. My Lucky Year kan?? =p  Anugerah yang pernah aku dapat sepanjang kerja ni, Anugerah Penyusun buku terbaik. Masa tu area tahun 2004 - 2005 , setiap bulan boleh kata aku je dapat. Dapat piala pusingan dan wang saguhati dari Bos RM50.00 beserta sijil. hahahahha.. Selain tu, Anugerah Terpuji. Dapatlah Jam Tangan dan Sijil. Lain-lain? Belom rasa lagi. Insya;Allah yakin rezeki Allah, disamping tu, Usaha kena lebih, jangan nak membodek dan berkira sangat eh? Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi belum rasa diiktiraf, jangan rasa kecil hati atau rasa rendah diri ye. Sekiranya perkara NEGETIF dah berlalu dari pemikiran bos bos kita, itu juga satu kejayaan peribadi buat diri kita. Anugerah ke ape ni sume hanya sampingan penaik semangat. teruskan usaha tau. Allah tau samada kita ikhlas , jujur dan amanah. Sabar itu sangat indah. Yakinlah.

TOURNAMENT BOLING.
5. Tahun lepas, masuk tournament tak de dapat placing best best. Tahun ni cam best je?
Masuk 9 pin tap kat kajang. First time try dapat top 5 , second time ty dapat top 3. best eh? Insya'Allah saya akan cuba dapatkan title Champion, ini semua buat insan-insan tersayang yang support saya! Wah, da macam amik anugerah ko!! Bajet retisssssss sangat. tuiiiiiii . Yang penting . Trainingggggg ! Seminggu sekali pun takpe. AT-Least ! Chaiyokkkkk.

ABAH MAK DAN RUMAH BARU.
Weeeeeeeeee.. sudah bertahun-tahun kampung kami di UKM Bangi. Kurang lagi seminggu, kampung kami di Bandar Bukit Mahkota, walopun kampung kami takde padi, ayam dan itik, tapi lebih selesa nak banding rumah sekarang. Nampak mak dan abah sangat-sangat seronok nak pindah neh. Yeay ! Kaklong tolong nanti ye. Nanti sehari lepas mak abah pindah, kaklong cuti ye. Boleh tolong Unpacking. heheheheh...
#Seronok tengok bila mak abah seronok.#
Rumah @ UKM, terlalu banyak kenangan dengan arwah angah. Kenangan tetap kenangan, yang pergi tetap pergi, yang masih bernyawa kena teruskan hidup.. Kita sentiasa doakan arwah, arwah sentiasa bersama kita, takkan hilang kenangan arwah dengan kita. Al-Fatihah Angah.

Panjang la pulak membebel. Ok. Time to Work.
# Berblogging sambil sarapan ko. Kau boleh? kahkahkah.
Have a good day ya !

**Pstttt : Hari ni PM nak umumkan sesuatu di PICC. Kalau ada berita baik share lah tau ! =p