FOLLOW ME

March 7, 2013

Pray For Sabah #


Bismillah.

Sejak Sabah Negeri di Bawah Bayu dimasuki penceroboh, rasa tidak aman dah. Sekejap-sekejap bukak new Update dari facebook. Nak tau kisah selanjutnya. ada lagi ke parajurit kita yang terkorban, Tolongla cukup!!..

Korang,
Tolongla doakan pejuang-pejuang kita.
Bukan
Memaki hamun mereka.!
Fikir la bagi pihak keluarga mereka.
Korang ni takde perasaan ke apa?

Macam-macam version da skang.
Ada kata Propaganda Kerajaan sekarang
Ada kata Muslihat pembangkang.

Hmmm.. Ketepikan IDEOLOGI politik boleh tak? Sekejap aje. Masrilah bersatu wahai Rakyat Malaysia !
Kita serahkan pada pihak yang sepatutnya untuk menilai, menyiasat dan mendedahkan sapa pihak benar, sapa pihak salah. Janganlah kita memandai-mandai jika itu bukan kepakaran kita. bakal jadi FITNAH. Tak takut ke oi?

Aku naik LETIH baca kata caci maki ni.
Kang sekali aku maki kang.

Nak?
Lol.

" Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah bumi Sabah, Selamatkanlah para pejuang kami, selamatkanlah Negaraku. Kau dedahkanlah perkara yang benar," 

Amin Ya Rabbal Alamin. 

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design