NUFFNANG

FOLLOW ME

Terfikir

Friday, February 22, 2013 0 Comments A+ a-

Assalam,

Sedikit kemerapuan jika berfaedah. Bila lihat sekeliling, terfikir.. betapa bersyukurnya kita ini, sekarang ini, ketika ini, masa ini, keadaan ini. Ambil beberapa perkara sebagai contoh :-

1 # Kerja kerajaan.
Tahukah anda yang sudah mendaji 'gomen servant' betapa anda perlu bersyukur kerana beribu-ribu lagi manusia diluar sana yang inginkan ruang jawatan anda? Tahukah anda jika ujung tahun bila mana "gomen servant" dapat bonus, betapa ramai manusia luar sana yang cemburu dengan anda? Tahukah anda yang kebanyakan mereka mengatakan yang "gomen servant" ni banyak mengular dari buat kerja? banyak curi tulang dari siapkan kerja? Tahukah anda?  Untuk itu, bagi mengelakkan persepsi negetif, anda kenalah buktikan pada seantero dunia yang "bukan semua gomen servant" itu BEGITU. Buktikanlah yang "gomen servant" juga boleh memberikan servis terbaik dimata dunia. Masih ada lagi ye, bila ke jabatan kerajaan yang panggilan berdering-dering tidak mahu dibantu untuk "pick-up". Masih jawab secara acuh tak acuh " memang macamtu. " " memang begitu " Adekah perkara-perkara yang berlaku itu berlaku dengan sendirinya jika BEGITU jawapannya? ha ha ha .. lu pikirla sendiri k.

2 # Jika kita tidak merasa susah, bagaimana kita nak belajar memperbaiki hidup? Cer cerita?
Adakah mahu terus meminta-minta? terus berdoa tetapi tanpa usaha? Duit jatuh dari langit? Ada? cer cuba kalau nak tahu. Adakah mahu terus gali lubang tutup lubang? Ada beberapa tips yang keluar dari kepala otak aku yang aku rasakan sesuai untuk dikongsi. Jika kita susah, atau cukop-cukop makan sampai 25 haribulan.. maka...........
* Utamakan yang utama. 
 gadjet penting ke? hobi yang perlu korbankan duit penting ke? Berjalan-jalan cecuti malaysia
 penting ker? open table belanja kengkawan penting ker? Makan luar hari-hari penting ker?
 Apa lagik?

 * Apa yang perlu diutamakan?
 Kalo ada anak, susu + pampers anak.
 Klu mengantor anak ke taska , pastikan duit bayo taska ada ye. Kalo tak bayo kang,
 mana nak letak anak lak kan?
Makan minum yang sederhana lah. Kalau takat kepci / mekdi sebulan sekali time gaji takde hal !
Kalau nak jenjalan, pastikan buat perancangan awal. Boleh buat simpanan
pastikan ada sedikit wang simpanan buat kegunaan time kecemasan.

3 # Banyak ke sikit ke gaji kita, apa salahnya kita bagi sikit dekat mak bapak kita kan? Moga-moga yang sedikit itu berkat, yang banyak tu makin berkat. Tak begitu ? Kalau dah takde sangat nak bagi, takat 20-50 pun jadilahhhhhhhh........ itu semua untuk keberkatan. Senangkan sikit hati orang tua kan..Insya'Allah 20 kita bagi, banyak berkatnya ni bila buat mak ayah gembira dan senang hati. Hari ini kita senangkan hati mak ayah kita, esok lusa, anak-anak kita pulak senangkan hati kita. Dunia ni kan ibarat roda. Jangan buat apa yang kita tak suka pada orang lain, nanti orang lain buat semula pada kita. betol tak?

4 # Aku terfkir, BRIM ke , BLIM ke, Baucer Buku 1 Malaysia ke , PRIMA ke apa lagi tah.. banyak kemudahan - kemudahan baru yang kerajaan bagi untuk rakyat Malaysia, tidak kira apa fahaman politik sekalipun.. adalah untuk membantu rakyatnya. Cuba kita fikir dengan waras eh. Lihat situasi dibawah.

#>> Baucer Buku 1 Malaysia
  Pelajar dapat baucer -----> pelajar dapat buku free -----> tukar baucer dengan buku -----> penjual buku jual buku -----> penjual buku dapat untung -----> pelajar dapat ilmu -----> bisnes buku berjalan rancak -----> merancakkan peluang niaga -----> mungkin perlukan staf tambahan -----> buka peluang kerjaya -----> merancakkan ekonomi negara.

TAK BEGITU ke?

Begitu juga dengan BRIM.

Rakyat yang dapat BRIM ------> Beli brg rumah / keperluan ------> Barangan terjual ------> Kedai dapat untung -----> Tokei happy -----> kalau masyuk, bagi gaji lebih kat pembantu ------> merancakkan ekonomi.

Tak kisah pun bantuan-bantuan kerajaan ni, sebab ianya bertujuan merancakkan ekonomi MALAYSIA. percayalah . Macam kita juga.

Buat loan ---------> Belanja -------> Simpanan -------> Pemotongan gaji,
eh. '
tak berkaitan.

wakakaka.
Ok bye.