NUFFNANG

FOLLOW ME

Susah hati..

Wednesday, February 20, 2013 0 Comments A+ a-

Salam,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."


(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."


(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)

Hari ini mendapat berita yang menggusarkan hati, mak tidak sihat. Diganggu kot. Bila mak pulang ke rumah, mak mesti tak sihat, bila mak diluar rumah, mak sihat walafiat. Tadi kol mak, mak nak cakap pun macam menangis. sungguh mengganggu aku. Sungguh merisaukan aku.

Bersabarlah mak, dunia ni makluk manusia dan makhluk lain turut 'menumpang' sama. Along doakan mak agar semakin kuat. Tak lama lagi nak pindah rumah. Tapi along tetap risau. Risau serisaunya. Along harap adik kat umah tu boleh tengok-tengokkan mak ye? ... Along tidak keberatan nak mak duduk rumah along. Tapi mak risaukan makan minum abah sorang-sorang kat rumah kan? Kalau mak rasa duduk rumah along tu jauh, mak bolehla tumpang jap rumah alang atau acik. Mereka juga tidak keberatan, malah sangat mengalu-alukan. Percayalah......... kami cuma nak mak SIHAT kembali seperti sediakala.....

Puas dah abah bawa mak berubat. Mak pulak janganlah berputus asa ye? Janganlah mak rasa abah terbeban pulak sebab kena bawa mak kesana kemari berubat. Kami cuma nak mak sihat semula. Nak tengok mak senyum, ketawa, masak sedap-sedappp.. yummyyy !! ..

Along ada dapatkan beberapa contact number tempat untuk berubat. Nanti along kasi kat abah. Semoga kurang lah sakit-sakit mak tu ye?. Mak kuat. Along tahu mak sangat kuat!! Insya'Allah mak, segala penyakit ada ubatnya, lambat dan cepat aje kita bertemu penawarnya.

Sayang mak sangat-sangat

AkuYangRisauKanMak.