FOLLOW ME

February 14, 2013

Pergilah jauh2, kami masih belum bersedia.

Salam,
Minggu ni dikejutkan dengan seseorang di fb yg gigih meng-add ahli keluarga aku, mak aku, abah aku. Kenapa heh? Kalau kau betul-betul ikhlas nak mohon maaf dan berbaik, kenapa pakai fake akaun? Kenapa guna nama lain? Dan selepas permintaan kau tidak mahu kami penuhi kau blok kami.

Hah! Sikit pun x kisah kena blok! Sebab, memang ada cita-cita nak blok ko after 2 weeks. Bia ko x perasan. Apa motif add kami dan blok kami bila hasrat x tercapai? Euww please la eh? Kami sekeluarga dah cukup bahagia dah sejak arwah pergi 7 bulan lepas. Biarlah kesedihan tu hanya dalam hati kami. Masing2 cuba gembirakan hidup masing2 yg masih ada. Bila da bahagia, kau pulak datang????..

Ye! Takdir tetap takdir,
Kita percaya dengab ketentuan qada' dan qadar.
Tapi..
Kau cukup buat arwah tersiksa.

Kau fikrlah! Dia sanggup putuskan tunang dengan org yg banyak susah payah dengan dia dulu! Dia terima kau walopun baru kenal kau! Dia pentingkan kau dan belakangkan keluarga bila bertindak nak kawin dengan kau! Layankan aje perangai kau yg budak2, lebih mahu duit, duit, enjoyyy! Aku tahu semua permasalahan dia. Boleh kata seminggu 3 kali dia call aku cerita masalah! Kau sikit xnak faham dia kan? Kawin tanpa restu ayah mak, lepastu kami boleh terima kau dalam keluarga ni. Terima apa aja kekurangan kau. Beri tunjuk ajar hal rumahtangga. Tapi apa dapat? Kau layan arwah macam mana??..

Kau buat dia jadi separuh gila! Kau habiskn harta dia ! Kau buat kerja dia bermasalah ! Kau tinggalkan dia ! Dia hidup susah, merempat, makan x makan kau bukan nak ambil tahu! Kau minta diceraikan, kau report kata dia gila.! Macam2!! Tahuuu?. Dia sakit keluar masuk wad ada kau kisah??. Tengah sakit2 la kau buat dia bertambah sakit dengan perangai kau yg berjantan sana sini! * banyaknyaaaa kalu nak ingat balik!

Kedukaan kami x kan dapat kau tebus!
Jika kau benar2 ikhlas, kau doakan saja arwah dari jauh. Tak perlu dtg ziarah kami. Bertaubatlah pada Allah.

Kau tahu tak?
Mak ayah aku hilang satu2nya anak lelaki
Aku hilang satu2nya adik lelaki
Adik2 aku hilang satu2nya abang.

Dah! Tak payah cari kami! Kami x mahu jumpa kamu!
Al fatihah adikku.

Selagi masih bernafas, doa keluarga tetap untukmu. Kau tenang diSana. InsyaAllah.

Allah knows best!
ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design