FOLLOW ME

January 25, 2013

Sesekali kita perlu memotivasikan diri.....

Assalamualaikum...
Membelek-belek buku
 " La Tahzan, Jangan Bersedih --------- Don't Be Sad ---Setelah Kesulitan Pasti ada Kesenangan.."
Betullah ! Banyak betulnya point-point yang ada disitu. Kerana apa.... mari saya kongsikan sedikit latar belakang buku tersebut. Jika ada antara anda yang telah membacanya, anda BERTUAH kerana anda lebih pantas daripada saya. Pintu hati saya baru terbuka untuk membacanya. terima kasih Allah.

JANGAN BERSEDIH --- DON'T BE SAD.

" Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang, dan hari tidak selalunya cerah. Namun, susahnya hidup, geloranya laut, mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan... Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada cerita disebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari makna supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.  = Jangan bersedih, mungkin itu lafaz yang amat mudah dan ringkas tetapi mempunyai makna dan jiwa yang besar... "

Membaca ulasan pendek sahaja sudah membuat hati tertarik untuk membaca lebih lanjut. hehehe... Terlalu banyak yang sangat bermakna ada dalam buku ini. kerana kita........

Kadangkala kita merasakan kita adalah orang yang paling susah.
SEDANGKAN
Ada insan lain yang lebih susah.

Kadangkala kita merasakan kita ni diuji dengan dugaan hebat, seperti anak sakit , tiada duit dan lain-lain
SEDANGKAN
Ada insan lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat, seperti kematian ahli keluarga, dibuang keluarga dll..

Kadangkala kita rasa kita ni tidak beruntung kerana bekerja makan gaji kecil
SEDANGKAN
Ada insan lain diluar sana yang sedang berusaha mendapatkan tempat 'kita kerja'...

Kan? Untung tak kita ni?
Kadangkala kita ni jarang-jarang sangat nak bersyukur kan? Selalu rasa diri kita ni la paling teruk, paling tak beruntung, paling bla bla bla... Sedangkan? ...........

Jom lihat sedikit tajuk-tajuk menarik untuk dikongsi dari buku ini.

# Yang lalu biarlah berlalu..
Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih atas kedukaan dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu sama ertinya membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang orang untuk menjalani kehidupan seadanya...

Terdapat 281 Tajuk yang sangat bagus.
Dapatkanlah bahan ni. Tak rugiiiiiiiiiiiiiiii...

Oklah, saya nak fokus membaca :)

Yang baik kita kongsi-kongsikan kan? =p

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design