NUFFNANG

FOLLOW ME

Terapi Jiwa - Foods!

Thursday, January 17, 2013 0 Comments A+ a-


Menu tak berapa nak Rajin! 
Ayam goreng
Senang jer.
Ayam perap dengan perapan lada hitam, kunyit, serbuk perasa megi. Umppph! 
Pastu goreng la! Petua saya, cucuk cucuk sket ayam dengan garfu sebelum goreng.

Sambal tumis udang.
Potong bawang merah kecil, bawang putih seulas. Cili boh * kalo korang malas nak blend sendiri. 
Sedikit air asam jawa, sedikit garam dan gula, sedikit kicap manis, dan cili sos. 
 Tumis bawang sampai naik bau, masukkan cili boh. Tumis garing sampai pecah minyak. Masukan air asam jawa, masukkan udang, kacau. Masukkan perasa dan balancekan. Klu nak cair buat cair, klu nak pekat buat pekat. Yummy.

Kacang panjang goreng
 Bahan-bahan, udang sikit, bawang merah, bawang putih, serbuk perasa megi dan sayur kacang panjang.
Tumis bawang, masukkan udang, masukkan sedikit air, bahan perasa dan masakk sayur sampai lembut.
Laki ai suka sayur yang bebetul masak, Takmo derr yang half cook ne. =p


Menu malas.
Wiken hari yang penat! So.. klu da masak tu, harus yang simple JANJI kenyang.

Nasi Goreng Bedal.
Sukati korang nak bedal caner cara nak masak nasi goreng, asalkan beras tak lembik dan tak berminyak. SETTLE! 
 
dan 
Bergedil Udang Geragau.
Bahan-Bahan, 2 genggam udang geragau. Basoh bersih-bersiih ok.Bawang dan cili merah kasi racik halus-halus, kentang 2 ketul kasi rebus sampai lembut. sedikit garam. Sedikit tepung  jagung dan telor
Kentang da lembuk kasi penyekkan, then campur semua bahan di atas dalam satu mangkok then gaul sebati maka mula la bentuk-bentukkan.  Telor pecahkan dalam mangkok lain, untuk salut luar aje.
 
Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone