FOLLOW ME

January 8, 2013

Makan Besar Satu Keluarga !


Gambar ni ayahanda yang snap, lepas tu, ayahanda yang buat di Pic College. Maju kan ayahanda kita? ha ha ha ..
Kenyataan di c.c kan kepada adik-adikku : Sara, Nadia dan Syuhada.
Buat adikku Azmee, yang tenang di 'sana', semoga sentiasa baik-baik sahaja. Bersemadilah dengan tenang. Sekalipun kami disini bergembira, sesaat pun tidak kami lupakan.

6 Januari 2013, Ayahanda open table untuk semua anak-anak dan menantunya. Agaknya rezeki lebih kot? Lepas tu, mungkin dah lama kami sekeluarga tidak berkumpul gelak ketawa bersama-sama. Selepas pemergian arwah, masing-masing jarang dapat berkumpul kecuali hari raya lepas.

Lokasi : Bagan Lalang, Wan Lan Seafood Restoren.
Masa : 8.00 malam
Menu : Ikan Siakap Bakar 2 set, Ikan kerapu masak tiga rasa, Udang goreng tepung, Sotong goreng tepung, Ketam masak pedas 4 ekor, Ketam Sup 3 ekor, Kerang bakar 2 kilo, Sotong masak sambal 1 ekor yang bapak besonyer sutung ! Air Jus Oren 1 jug, air masing-masing dengan teh tarik la, nescaffe la, air sira bandung la, milo ais la, air suam 1 jug. hahaha..
* Air pilihan memasing, menu pilihan ayahanda. I tukang order je. Ngeh ngeh ngeh =p

Seronok sangat bila berkumpul bersama - sama . Yang sedih tu hilang sekejap. Yang bestnya dapat layan dan tengok kerenah anak-anak buah. Macam-macam. *Seronok sangat-sangat !
nanti kita berkumpul and have fun lagi eh?

Dalam perjalanan pulang,
Bercerita dengan encik suami dan adik bongsuku..
Jika arwah masih ada, tentu lagi seronok. Masih terbayang-bayang perangai arwah kalau time makan besar ni, arwah pasti akan keliling meja, akan roundkan segala lauk untuk semua rasa, dan paling best, part kepala ikan, dia yang akan bersihkan sampai licin ! Pakar forensik pun tak ley cam tu tulang ikan ! hehehe..
Nak cerita dengan mak, tapi takut mak sedih lagi...
Takpe, kita cerita kat sini, kongsi dengan kawan-kawan...

Semoga adikku tenang disana ye.
Al-Fatihah.

Terdapat beberapa cara yang membolehkan orang yang masih hidup membantu mereka yang sudah mati.


Pertama: Doa orang yang masih hidup untuk si mati.
Kedua: Membayar hutang puasa si mati.
Ketiga: doa anak yang soleh/solehah,

Keempat: melangsaikan hutang harta si mati

Kelima: Amalan baik anak sendiri

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design