NUFFNANG

FOLLOW ME

2012 ... Kenangan datang dan pergi.

Friday, December 28, 2012 0 Comments A+ a-

Salam.

Mungkin ini entry 2 last sebelum tahun baru. Tahun ini lah paling banyak kenangan yang tak mungkin dapat kami sekeluarga lupakan. =(

Al-Fatihah buat adikku arwah Azmee. Semoga tenang disana dik. Sepanjang tahun ni terutamanya di awal tahun, kaklong banyak terima msg dan panggilan darimu yang perlukan pandangan dan nasihat. Tahun sebelumnya pula kamu dengan krisis rumahtanggamu. Yang paling kaklong tak boleh lupakan, raya 2011, punyalah banyak kamu makan dan ratah rendang ayam yang kaklong masak. Siap kamu tak percaya yang kaklong yang masak rendang tu. Tak percaya ! Gurauan kita masa itu adalah gurauan kita yang terakhir sebelum kamu keluar masuk wad. Sakit apa? Sakit kanser perut? No! Big No! Dokter kata bukan kanser, Tapi apa? Dokter pun tak dapat nak pastikan. yang pasti, usus kamu rosak teruk dan merosakkan segala fungsi organ lain. Melarat - larat dari satu organ ke organ lain. Sakit itu, hanya kamu yang tanggung. Kaklong, dan keluarga hanya mampu melihat 'kesakitan' yang kamu tanggung. Kamu kuat wahai adikku. Kamu tabah ! Kamu mampu lagi tersenyum..... mampu lagi nak menunduk salam walaupun dalam ICU. oh adik kaklong, terimalah kerinduan ini. Kaklong sangat rindukan kamu.

T_________________T

Kenangan tetap kenangan.

Quote Ustaz Don

" Jika  rindukan seseorang, baca Al-Fatihah sambil tangan di dada  & berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia rasa rindu kita padanya. "

tanggal 16 Jun 2012 kamu pergi kembali kepada penciptaMU. Kamu jangan bimbang dik, mak abah sihat belaka. Mereka tabah. Mereka Redha, Mereka kuat. Kaklong dan adik-adik lain akan sentiasa menceriakan mak dan abah. Tak dapat selalu balik ke rumah, melalui telefon insya'Allah.

24 Mac 1983 - 16 Jun 2012.
Al-Fatihah.

Oklah. Yang pergi tetap kan pergi, Yang masih hidup ni harus teruskan kehidupan. Kan?
Jom ceria-ceria.

Tahun ni juga adik ke-4 ku mendapat seorang puteri. Amira ! Satu-satunya cucu gegel dalam keluarga Radzuan dan Raja Aishah. Gile tak happy ? kah kah kah

Alhamdullillah, tahun ini juga tidak banyak ujian sakit yang perlu ditanggung oleh diri sendiri. Hanya diuji dengan ujian kecil, anak kecilku tidak sihat. Diserang demam campak, cacar air yang menyebabkan cuti aku cukop-cukop jer sampai ujung tahun! And believe it!? ada baki 2 hari lagi nak carry foward ke 2013! ha ha ha Tahniah diriku!

Azam tahun 2012 yang masih tertangguh.
Aku nak g holiday ke langkawi!
kekeke boleh eh encik somi? =p

Tablet yang diidamkan juga sudah selamat ada dirumah ! horray !
Target nak update blog sehari sekurang-kurangnya sekali. tak berjaya !
Nak training weekly pun masih samar nampaknya !
( ada dak tonet ayiez ni susah skettttt ) =p * sila terima alasan aku.

Tahun ni kira tahun pertama * full year kat Unit Rujukan. Saya sangat happy sebab berjaya bawa banyak perubahan ! yes! kena berani........... Dannnnnnnnn kad kedatangan aku warna kuning till Dec tau! Kau hader? =p kekekek Tahun depan lagikkk la, sebab anak aku sekolah pagi, so, wajib 7.40 aku da terpacak kat opis! makkkk suka sangat nokkkk !

Tahun ni juga banyak mencabar jiwa ragaku sebagai seorang kawan. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang. Ada yang menipu aku hidup-hidup, ada yang mengata aku belakang-belakang, ada yang dengan sengaja menyakitkan hati aku, takpelah, kita maafkan dia. Semoga dia berubah eh? HmmmSabarlah hati. Tahun ni juga keakraban aku dengan seorang teman makin lama makin pudar, makin pudar. Bosan mungkin? Atau apa? Sibuk ? Entahlah. Kita positif je la kan? Harap dia tak lupakan kengkawan la....

Tahun ni juga Team boling Street Fighter berkubur......... Sedihhhhhhhhh sangat! Apakan daya... Semoga kengkawan boling aku berjaya di luar sana eh? Doakan untuk u guys!

* LOVE*

Kesimpulannya.....
2012.
penuh suka duka.

Pemergian arwah adikku, lebih mengakrabkan hubungan kami sekeluarga.
Hubungan dengan kengkawan pulak, kita tak boleh nak percaya sahabat kita 100 peratus. Sayang diri kita lebih sikit sebab, sekali terguris, susahnya nak baik pulih! Tentang kerja pulak, aku berpuas hati sangat2, walaupun ada kedengaran yang mengata misi membodek, misi tunjuk pandai, tunjuk rajin bagai, sila abaikan, sebab aku amalkan ayat ni. " KAU BUAT, KAU DAPAT ". Tak dapat apa ada di dunia, Insya'Allah bekalan Akhirat adalah topap sket kan? Janji Ikhlas !

misi 2013? Tunggu. Nanti Aku Share !

Ok lah u ols.. aku nak balik. Tolong aku boleh?
Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah adik aku ye?