NUFFNANG

FOLLOW ME

Kerinduan yang tidak berpenghujung... seperti tiada NOKTAH

Friday, November 09, 2012 2 Comments A+ a-

 
Salam =)
Ya Allah Ya Tuhanku,
Tempatkanlah arwah adikku Wan Azmee dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Permudahkanlah jalannya di'sana' kelak
Ya Allah Ya Tuhanku,
Terangilah 'rumah'nya sekarang

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sihatkanlah kedua ibu bapaku.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Panjangkanlah umur kedua ibu bapalku
Ya Allah Ya Tuhanku,
Berikanlah mereka ketenangan hati, kegembiraan dan sinarilah hidup mereka dengan keceriaan.

Kami redha dengan pemergian arwah Ya Allah.
Angah,
Kaklong sangat, sangat sangat rindukan angah.
Sukarnya kaklong nak menceritakan kepada umum betapa rindunya kaklong pada angah. Masuk hari ini, sudah hampir 5 bulan angah mengadap pencipta. Sudah 5 bulan angah 'disitu'. Sudah 5 bulan angah  tinggalkan kami.Alhamdullillah. Mak dan abah tenang. Walaupun mak tidak dapat tunaikan janjinya untuk menjaga angah jika angah sudah keluar dari hopital selepas koma dibedah, mak dan abah tiada terkilan, kerana hampir setiap hari mereka menjenguk angah di Hospital Sungai Buluh. Meredah jem dari Bangi ke Sungai Buluh....

Angah,
Hajat kaklong sendiri tidak tercapai. Kaklong nak angah membaca tiap entry yang kaklong tulis tentang angah. Takpe angah. Allah knows best. =) Rindu kaklong pada angah. Adik lelaki kaklong yang seorang ni. Ni la kawan gaduh, kawan tumbuk, kawan main game TV, kawan cuci periuk belanga mak, kawan segala-galanya. =)

Angah,
Untuk lepaskan rindu kaklong pada angah, kaklong tatap gambar angah yang ada pada kaklong. Gambar semasa angah di hospital, semua telah kaklong padam. Kaklong tidak mahu mengenang kesusahan angah, kesakitan dan keperitan angah. Membayangkan sahaja sudah membuatkan kaklong merasa pedih. Apetah lagi mengenangkan angah yang mengalami semua itu? Itulah kehendak Allah, kita tidak mampu melawan.

Angah,
Dari dunia yang berbeza kaklong kirimkan doa buat angah. Angah sentiasa dalam ingatan kaklong. :))

Dear reader ..
here are post about my lil bro..

Daku Redha Jika Itu Takdirnya
Day 4 @ ICU
Family Diary : Azmee Get Well Soon
Kenangan
Alhamdullillah, Sujud Syukur PadaMU Ya Allah
Ya Allah, Ya Allah, Dugaan Datang Lagi
Kami Harapkan Keajaiban Tuhan
Ya Allah! Daku memohon keajaibanMU dan Kau berikan Keajaiban itu .
SMS dari Emak
Allah Knows Best
Emergency Calls- Sign Document Operation 2!
I CAN'T
Ceria di Wajah, Di Hatiku, Allah yang tahu.
Update Angah : Call From Abah.
Long Story - Angah
Be Strong

Sedih.
Sentiasalah kita menghargai insan yang masih bernyawa di keliling kita. Janganlah kita menjadi manusia yang akan berkata "KALAU" ...............................................

Tatkala melalui highway yang nampak Hospital Sungai Buluh, tika itulah gugur airmata kerinduan yang tidak tertanggung ini.

Al-FATIHAH,

2 comments

Write comments
C'Jai
AUTHOR
November 9, 2012 at 9:54 PM delete

terharu..alfatihah untuk angah...rasanya pernah singgah sini dulu membaca kisah angah di hospital....singgah kali ni rupanya..angah telah tiada...Innalillah..

Reply
avatar
November 10, 2012 at 5:23 PM delete

sedihhhhhhh kak zura, kite pun kak long juga amat merasai perasaan tu sebagai kak long yang sentiasa meletakkan ibu, ayah n adik2 di dalam hati, kerana dari kecil sehinggalah sekarang mereka peneman setia dan menerima kekurangan seadanya..rindu sanga...alfatihah untuk arwah

Reply
avatar