NUFFNANG

FOLLOW ME

Alhamdullillah, Dugaan ku kecil.. kerana ada dugaan yang lebih besar.

Wednesday, November 14, 2012 0 Comments A+ a-

Salam =)
Hari ini, terimbau satu kenangan. Masih segar kenangan itu di mindaku.
Bertugas di kaunter hari ini, ku baca satu-satu post di group wanita itu. Terjumpa 1 post yang menarik minatku untuk komen.

Post itu memohon untuk mendoakan anak kepada member's group yang sedang bertarung nyawa di Hospital kerana disyaki MENINGITIES. ---------------> Anakanda Aimin Aqilah sudah pun pergi dijemput penciptaNYA . ........ 14/11/2012

APA ITU MENINGITIES
Meningitis ialah radang pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.

Meningococcal meningitis ialah radang pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang yang berpunca dari jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Neisseria meningitides yang masuk melalui saluran pernafasan, merebak ke dalam darah dan kemudian menular ke selaput otak (meninges) dan cecair serebrospina.

Meningococcal meningitis adalah satu penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa kurang dari 24 jam.

GEJALA
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.

Tanda penyakit ialah:
Demam dengan suhu yang tinggi
Loya dan muntah
Sakit kepala
Kekejangan pada leher
Kekeliruan
Mengantuk

Airmata saya mengalir tatkala membaca blog ini........ TABAHLAH  .
Ya Allah,
Dugaan yang diberi pada ku adalah kecil sekali. Itupun sungguh, sungguh sungguh ku rasa berat. 3 bulan berumah tangga di Hospital. Sebelum itu, demam yang kejap datang, kejap pergi. Disusuli dengan muntah yang melonjak-lonjak, sampai lembik badan anakku.  Melihat ubat antibiotik sebesar colgate masuk ke badan anakku apiz, bekas cucukan ambil darah setiap pagi dan petang. Kadang-kadang tengah-tengah malam... tatkala semua sedang lena. Dicucuk anakku. Maka........... hening malam yang sunyi bertukar dengan tangisan bayi. Dia berumur 4 BULAN ! ........ Kami berkongsi katil hospital, Masuk ke bilik bedah 2 kali, masuk bilik CT scan 2 kali. ,masuk bilik scan biasa berpuluh kali ! paling gerun ketika dokter mengambil air tulang belakang anakku apiz.  Ya Allah. masih segar semuanya di ingatan daku.

Setelah 3 bulan berumahtangga di Hospital Putrajaya dan Hospital UKM, akhirnya hari raya pertama tahun 2003, anakku dibenarkan keluar. Alhamdullillah. Mengenang kisah pesakit meningities yang meragut nyawa, meninggalkan ibu dan ayah, menjadi penghuni syurga. Aku bersyukur sangat yang anakku kini sihat walafiat. Sudah berumur 10 tahun. =) Alhamdullillah Ya Allah. Dugaan kami lebih kecik berbanding yang telah melaluinya. Kehilangan anak yang dikandung selama 9 bulan !  Ada yang menggunakan Life support machine, terpaksa mendengar kata 2 dari dokter. Ya Allah. Bertabahlah wahai sepupu jauhku. Allah sedang menduga kamu.

Dihati kecilku.........
Sentiasa berdoa agar anak-anakku membesar dengan sihat di depan mataku.
Maafkan mama apiz. Mama selalu marah kamu.
Cuba kamu dengar cakap mama elok - elok lepas ni ye?

Sayang anak-anak mama.
Hugs,
Mama.