FOLLOW ME

October 24, 2012

Surat cinta untuk Street Fighter's

Assalamualaikum =)

Lama tak cerita tentang fighter's. Tak lama lagi, liga bumiputra season 2012 dah nak tamat. lepas tu, tamatlah riwayat daku sebagai team captain SF. Sedihnya.. Daku sayangkan SF. SF adalah team yang from zero.. team yang nothing, team yang tidak dikenali, tidak diendah apetah lagi nak digeruni kan.. yelah.. baru nak berjinak-jinak dengan liga lah katakan. Selepas membuat kejutan, barulah SF sedikit dipandang, ada juga yang gelarkan SF team spinner. Ehh tak lah! team SF campuran Spinner + Hook ;p

Spinner + Hook = Bergabung ! Malatops ! ;p

Batch one group league = Novis Beta.
Woo.. kami champion div 2. ^_________^

Amar : Pemain spinner yang kecil-kecil jer orangnye. Boleh kata pendiam gak ah. Tak banyak cakap, tak banyak kerenah, Klu suro turun, kalo takde ape hal OK on... =)
Amin : Pemain SpiHook yang kecoh kalo main malatop. Cer tak jadi? ha ha ha  =p gurau beb.! Rindu Amin. Oleh kerana kekangan tugas, jarang da jumpa die..
RR : Pemain spinner kami yang besar-besar orangnye. Sikapnya sangat frenly, havoc kekekek.. Kalo strike ! siaplaaa..... baling towel good morning tu.. * trademark*
Kaka : Abang dalam hati ada taman ne.. kekeke.. pemain spinner, kasut lagend jadi kasut boling. Ape ade hal kan? janji ley slide ;p pemain yang tak sangat-sangat peramah neh..
Ariff : Ini lah kapten Novis Beta dulu. kkekeke.. dan selaku orang kuat dalam NB. Kuasa VETO ditangan die. hahahhhah ;p
Skyfura : Pemain Hook NB yang punyai stail tersendiri dalam permainan. *sampai sekarang*
Naza : Encik Suami saya lah. Juga main Hook. ekkekeke...
Azura : Saya lah! selalu membantu kapten NB. hahaha... dah satu-satunya 'ladies' dalam team ! wooooo ;p

Batch two group league = Street Fighter's

Woo.. kami champion div 2. ^_________^
Suka dengan watak-watak dalam Street Fighter!
Jom kenal mereka !

Chun Li ( Azura ) : daku la tu, sebagai team captain. wowyy..
Vega ( Encik suami ) : Encik suami daku la teu.. still gaks main Hook
Ken ( Amar ) : Spinners yang pemalew
Cammie ( Nadia ) : Pemain backup team ini
Mr. Bison ( Kaka ) : Pemain spinners kami yang ramah gitew
Ryu ( Dassler ) : Pemain spinners kami yang teknikal.
Blanka ( Yariba ) : Pemain spinners kami yang mantop
Guile ( Erol ) : Pemain hook kami rambut rebonding. *kau hado? ;p
Sagat (Amin ) : Pemain Spihook kami menten jer .. ;p
Balrog ( Juan ) : Pemain spinners kami yang laju bolanyer...
Akuma ( Wolf ) : Pemain spinners kami yang exited
Hakan ( Moha ) : Pemain spinners kami yang rilex-rilex ajer ..

Kejayaan kami : Champ Div 2 ( 2 kali ) , no 7 first round div 1 , keseluruhan no.10 . ( 2011 ) tahun 2012 sedang berentap ;p

Team ini lah sekarang bertukar ganti pemain. Nama tetap sama. Sangat sayangkan team SF ni. Cuma bila dah ramai-ramai, banyak la ragamnyer kan? Macam-macamlah..
Contoh :
nak design 1 baju pasukan aje. Tapi yang tukang komen nak itu ini kan main ramainye. kahkah.. yang tukang buat stress Ok. :p kekekek.. tapi bab duit, team aku ni semua aku SALUTE. terbaik Thumbs up!  Koleksi baju street fighter kami ada warna Hitam , Maroon, Merah dan Oren. Wow! ;p  Ragam lain, bila nak line up, ada yang tanak dengan orang itu, tanak dengan orang ini.. mcm-macam. Selagi boleh layan, aku layankan aje, kalo tak. * takde! ikut je kata kapten! ahaks!! ;p kekekeke...
Ape-apepun, aku rindukan team NB. From Nothing ! ♥♥ .......

Sebab daku menarik diri dari Street Fighter untuk tahun 2013 :-
1. Anakanda ku Hafiz sekolah sesi pagi untuk darjah 4.
2. Rehat lepas 4 season liga ulang alik KL
3. Cuba liga di Alley baru kat Nilai pulak.
4. Memberi peluang ahli-ahli Street Fighter's mencari peluang dengan pasukan lain yang lebih mantap.
5. Fighter's cuba dengan pengurus lain. *lelaki pulak ker?* ;p

Terima kasih fighters'.
Terima kasih kerana memberi kerjasama selama ini, segala yang baik, yang manis akan kekal dalam hati, yang sebaliknya biarlah hilang jauh-jauh. tak nak kenang.

Untuk kejayaan satu-satu pasukan :-
Kerjasama semua. kalau free, datangla support line-up. yelah, dah lah datang untuk berjuang demi SF, sokongan takde. Bukanlah nak kata kalau ada sokongan baru menang, klu kalah pun, at least melawan sebb ada yang tegur dan sokong !... percayalah ! Rindukan zaman kegemilangan SF duluuuuuuuu.. rindu sangat bila yang line up dan tak line up datang support. beshnye! =) Janganlah kita menjatuhkan rakan kita. Jangan lah kita mengutuk beliau dibelakang2 . Jika kita sayangkan kawan kita, sepatutnya tegurlah apa silapnya di hadapannya !

Moto Street Fighter :
STrIKe Tu NasIb SpaRe tU WaJiB. --------> kan? ;p

Walopun ada orang yang kata, jangan turunkan orang itu, jangan orang ini.. dia ok ke? game ok ke.. bla bla.. dia tak frenly la, ape la bla bla la... saya tak terus TERIMA pandangan dia. biarlah saya menilai sendiri player-player... saya.. tak gitu? Kapten yang adil, kapten yang berfikir sebelum menerima, dan paling penting adalah demi pasukan ! Saya alu-alukan sebarang cadangan , pandangan dan komen. Ini semua untuk kebaikan, mana yang positif kita sama-sama bincangkan, mana positif kita fikirkan penambahbaikan. =)

* Ada masa permainan tip top. Ada masa kelaut menyelam.. * lumrah kan? =)
Ok. Panjang pulak ! =)
Semoga berjaya wahai rakan-rakan Street fighter saya ! saya sayang kamu semua ! Insya'Allah kita jumpa di event-event lain ! Jangan lupakan saya ! ♥

1 4 3 = u all semua.
Go fighter's go !

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design