FOLLOW ME

October 1, 2012

Sekadar ingatan..

Salam :)

" Sebelum meminta untuk dihormati, belajarlah untuk menghormati "

Kitaran kehidupan ini sangat mudah. Kita hormat orang, orang akan hormat kita. Tak kira siapa. Yang lebih tua dari kita? Yang lebih muda dari kita? Yang lebih kecil dari kita? Yang lebih besar dari kita? Kecil besar dari segi umurnya kah, atau pangkatnya kah? Hormat menghormati itukan budaya terpuji, adat orang timur. Tak perlulah nak hormat bersebab. Hormat sebab bagi barang? Hormat sebab bagi keselesaan? Hormat sebab naikkan pangkat? Hormat sebab dapat anugerah? Hormat kebendaan itu sekejap aje. Percayalah. Bila tak dapat kebendaan tu, hormat pun hilang...

Semua orang dalam dunia ini hidup perlu bergantung sesama manusia. Sebagai contoh, ayah ibu dan anak-anak. Isteri dengan suami, kakak dengan adik, adik dengan kakak dan abang, bos dan pekerja, pengurus dan pemain, penjual dan pembeli., polis dan orang ramai.. Dan banyak lagi contoh. Siapa kata hidup dalam dunia ni boleh sorang2 ? Tak boleh lah. Cer try. ;p

Hati kita bersih tak?
Senang je nak tahu hati kita bersih ke tak.
Kalau orang lain dapat sesuatu, mcm anugerah ke, staf terbaik ke, adik kita dapat brg dari kakak ke, atau ayah kasi pakej percutian ke.. Kita rasa cemburu. Mulut tak kata apa, tapi hati tu berontak.Mula la fikir apa kurangnya aku. Kenapa die? So... Senang je nak tahu hati ni bersih ke tak. Kalau ada tanda2 tu, cepat2 la bersihkan ati yek.

FB - Jangan update status ketika kita tengah EMO. Macam-macam akan keluar, status2 yg memalukan diri kita sendiri, atau kawan2 terdekat kita atau keluarga kita sendiri. Bila bace balik, kita pun malu. So... Sebelum nak update sesuatu, fikir berulang2 kali. Wajarkah?! Sebab.. Kita sendiri tahu natijah ayat2 kita. Adakalanya orang tak berfikir macam kita. Lain orang lain penerimaan. Kalau taknak jadi Fitnah, better don't share what u think. Or else, think twice. :)

Rezeki
Kita kena tahu, setiap orang ada rezeki masing2. Jika kita tidak dapat, tahulah kita hendaknya itu bukan rezeki kita, Mungkin lain kali. So.. Sentiasalah befikir positif ye.

Perli2
Sangattak suke berada dalam situasi ni. Kau orang?..

Ok. Sekian saja. Next time will updte more..
Thanks for reading ya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comments:

C'Jai said...

catatan yang menarik untuk di kongsi...

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design