FOLLOW ME

October 3, 2012

Makin banyak makin tak cukup. Kenapa yek?

Salam =)

Alhamdullillah, pembentangan bajet 2013 baru2 ni memberikan sedikit keceriaan buat semua golongan. Alhamdullillah. Ada yang berpuas hati, ada yang tidak berpuas hati. Ada yg sujud syukur, ada yg mengomel tak sudah2. Senarionya... Biasa. Kita sendiri tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Percayalah pada rezeki.

Jika sekadar itu saja rezeki yang Allah tetapkan pada kita, maka itulah rezeki kita. Jika kita duk mengomel dan tak puas hati itu dan ini, seolah2 kita tidak bersyukur dan percaya rezeki yang telah ditentukan olehNYA. ;)

Itulah pentingnya keberkatan. Kaf Ba Ro Kaf Alif Ta Nun. :D

Jika gaji x berkat, dapatla banyak mana pun, sekejap aje duitnya dah abis. Beli apa ? Buat apa ? Tak nampak pun 'barangnye' ;p

Macam mana nak jaga keberkatan ye?

Klu kerja tu 8 jam, 1 jam dah rehat, kau masuk 2.15, tapi balik sharp jam 5. Tak cover dah kau curik masa keje 15 min tu. Belum lagi masa kau ambil tuk g bergosip, solat lebih masa, g tandas siap borak2, yg lelaki g perasap dulu and so on.... So, pandai2 la jaga eh?. Pastu... Claim.. Klu boleh, segala benda yang boleh claim, kau taknak lepaskan peluang nak claim gak kan? huhhuuh.. jangan.. sekali menipu.. lepas.. then tipu lagi... pun lepas..... bila dah tersangkot sok? ha ! jawabla.. bukan takat jawab dunia je der.. akhirat pun sama tau.. ;) Sekadar ingatan... buat semua. Seronok la kan? Kalo menipu tiap kali lepas, lama-lama jadi habit. Penah dengar peribahasa ? " Siakap senohong gelama ikan duri... bercakap bohong lelama mencuri.." betul ! sangatttttttttt betul peribahasa tu. Dah sedap sedap manipu.. lelama tipu curik 20 sen, 50 sen, up jadi ringgit-ringgit lak, pastu puluh-puluh lak.... pastu riban2 lak.. pastu bagi kuarga makan hasil tu kan? memang BERKAT sangattttttt la camtu. Fikir-Fikirkan lah ye. ^_~

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design