NUFFNANG

FOLLOW ME

Taska Baru

Saturday, September 08, 2012 0 Comments A+ a-

Salam,

"Setiap yg berlaku itu, pasti ada sebab dan musababnya"

Daku berpegang dengan ayat itu. Ye. Tepat dan amat kena sekali dengan pertukaran taska adik dan abang secara tiba-tiba itu. Bayangkan? Dalam minggu cuti raya, lagi 3 hari nak masuk kerja, dapat call dari pengusaha taska lama adik dan abang, dimaklumkan taska akan ditutup. Mungkin auntie ada sebab kenapa tidak mahu kembali bekerja. yelah, Ibunya baru meninggal dunia, tentu banyak urusan keluarga yang ingin diselesaikan, semoga auntie banyak-banyak sabar dan baik-baik sahaja ye. Jasamu dikenang =) Alhamdullillah, sepanjang adik dan abang dibawah jagaan auntie, tidak banyak masalah. Senang. Auntie tahu urus semua sekali, Amat jarang disuruh ambil anak dibawa pulang jika demam atau meragam. Selagi auntie boleh jaga, auntie akan jaga. Terima kasih sekali lagi ye auntie.

Di Taska Baru.

Alhamdullillah, adik serasi. Adik nampak seronok bila nak dihantar ke taska baru, bila ambil sebalah petang pun nampak adik seronok. Siap bai bai kawan taska pulak tu. Alhamdullillah. Walopun kos bertambah RM60.00, tapi dekat dengan rumah kami, so.. pagi-pagi akan keluar rumah, terus hantar anak-anak. Pastu zass ke opis, Kalau dulu, bila da agak lambat, kami akan punch card dulu, then baru hantar anak. So, this time takkan jadi camtu lagi lah. Lagipun, faham-faham sudah...... 'banyak mato-mato' kehkehkeh. =)

Abang pun happy, hari-hari dapat makan menu kegemaran, ayam goreng + sup sayur. Dalam erti kata lain, hari0hari belasah ayam. Ha ha... # mama suka, biar awak gemok sket ;p .

Abang cerita, adik suka sebab taska baru banyak lukisan di dinding. Buat keadaan rumah jadi ceria. So.. Bila anak-anak happy, kami pun happy, nak pergi kerja pun hati senang! =) Semoga akan terus dipermudahkan.

Semua yang berlaku....pasti ada HIKMAHnya. percayaLah ye!