FOLLOW ME

September 13, 2012

Kuatkah kita? Mampukah kita?

Salam,
Takziah buat seorang teman di Kubah Biru, sedang diuji dengan ujian berat oleh Allah. Kembalinya suami yang disayangi mengadap penciptaNYA. Hilanglah tempat bergantung, hilanglah teman bual bicara, hilanglah teman tidur, hilanglah bahu buat sandaran tika suka,duka,muram durja. Hilangla... Ibarat hilang separuh hati, sebelah mata, sebelah kaki, sebelah tangan, sebelah telinga...

Sukar, tiada perkataan dapat digambarkan. Sudah pastinya rasa sedih yang tak dapat diceritakan. =(

Saya turut terasa keperitannya. Tak tahu adakah saya mampu mengadap perkara2 besar seperti ini. Bertabahlah wahai teman. Allah lebih menyayanginya. Insya'Allah, didoakan kalian dipertemukan di Syurga. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Takziah dari saya sekeluarga buat sis Rozalani. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh.

Amin Ya Rabbal Alamin...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comments:

Aisyah Husaini said...

Kak Zura..
Aisyah PPKI ni
Kite ada tag sila lah
http://aisyahusaini.blogspot.com/2012/09/koleksi-terbaru-kznabihah-butik.html

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design