NUFFNANG

FOLLOW ME

Jejak Kasih.

Monday, September 10, 2012 0 Comments A+ a-

Salam =)
Hari Ahad. Rasa malassss sangat nak keluar rumah. Rasa nak duduk dalam rumah rehat-rehatkan badan luruskan kaki atas sofa. Haha.. Bukan pemalas ok, tapi penat. Penat sangat minggu lepas tak habis lagi. Plus hari Jumaat jaga 2 budak tak sihat. Of kos, mamanya jadi Nurse dan dokter dan paling konpem! tido memang tak cukop. Hubby tiada dirumah. For the first time hubby keluar lepaking dengan kawan-kawan x study dulu di PD. =) Takpe.. sesekali kita biarkan dia ada quality time with oldies fren. I dun mine.

Ok. Back to the topic.
Ahad pagi whatapps mak, apa plan? Sebab daku plan nak pergi rumah sepupu jauh a.k.a sekerja a.k.a atlet boling kat Kubah Biru. So read this conversation :

Daku : mak, apa plan hari ini ?
Mak : Nak pergi Mantin, kenduri kawen, pastu umah Cik Yong kat Bangi lama. Nak ikot?
Daku : Kite pergi umah En.Jalal petang ni . Mak pergi kenduri kawen dulu lah, Mantin dekat dah ngan Nilai umah kiter. Pastu rehat-rehat, petang kita g umah En.Jalal. malam g umah C.Yong.
Mak : Jap tanya abah.

Ok. Pastu SENYAP. hahaha ;p
Then BBM sama adik syu

Daku : adik, update lokasi anda. ( 1.35 pm )
Adik Syu : Rumah
Daku : aik, kata nak g kenduri kawen la ape laaa
Adik Syu : hoho! kete abah tak bley kuar. Kena blok. Ade kenduri kawen kat sini.
Daku : kakahkah3. Ok. pape update.

Jam 3.50 : BBm Adik Syu bertukar status " mee umah Cik Yong sedapppp " erkk! ni gua ati panas ne. Kata nak pegi sekali. Yapedaaaaaaaa... sekali abah ngan mak tukaq plan last menet. Ni seme sebab kete kena blok. hahah. Takpelah. Insya'Allah ade rezeki jumpa lah lain kali. Kalo umur panjang.. =) Daku pun siap-siapkan anak-anak yang batok kong kong kong itu. Pakai perpel u olss. kihkihkih ;p

So, siap-siap g umah sepupu jauh kami En.Jalal di Putrajaya. ;p Borak-borak aje dah 1 jam. Hal keje je pun. hahahhaa.. Encik somi duk bersembang, daku makannnn aje. ;p Banyak menu semuanya menarik perhatian tekak. ;p Ade bihun soto + bergedil yg mabeles + spagehti + puding karemel + roti jala + nasi impit + kuah kacang. Aiyooo..... semua masuk perut. Ok. Sekian. hahha... ;p tengah borak-borak dengan En.Jalal, mak text thru whatapps :

Mak : kat mana?
Daku : umah En.Jalal kat Putrajaya
Mak : Ooo... mak nak g umah Cik Zan kat Nilai Impian.
Daku : Ala... nak ikot. Tunggu jap. Tunggu la mana-mana
Mak : ok. Tunggu kat Kedai Pengantin kat Nilai 3.

Daku nak sangat jumpa Cik Zan ni, dah macam adik mak sendiri. Mak adelah pengasuh anak Cik Zan sejak baby lagi. Lepas Cik Zan pindah, mak abah masih berhubung. Ingat lagi, time Cik Zan preggy anak kedua.. si Azam, mak preggy adik bongsu kami. Syuhada. Sama-sama bawa baldi kecik kat tepi pantai remis nak cari remis. So Sweet memory. =) terkejut Cik Zan kami datang serbu rumah dia malam tadi. Semua da beranak-anak. Mak abah dah ada 6 cucu. kikikiki..... Rasa nak nangis jap. Bila tengok Cik Zan peluk mak.

Erm.. Orang luar yang tiada pertalian darah, bboleh menjadi akrab seperti adik beradik. =) Tak dapat jumpa amirah dan azam . Masing-masing dah besar. Si Amirah dah 21 tahun, further study @ IIUM. si Azam baru abis SPM. Sebaya adikku Syu.. =)

Tu lah.. kisah Jejak Kasih kami.
Semoga ukhuwah ini akan kekal . Insya'Allah.