FOLLOW ME

August 2, 2012

Tragedi Meragut Nyawa : Sekelip Mata si kecil Menjadi Yatim Piatu



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ketika umat Islam lain menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya maut dalam nahas ngeri yang berlaku di ibu negara pagi ini.
Kemalangan yang berlaku di Jalan 15/56, menghala ke Taman Setiawangsa itu mengakibatkan sepasang suami isteri, Koperal Hafeeze Mohd. Hanafi, 30, dan Siti Noor Edayu Roslan, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.
Kedua-dua mereka yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda dilanggar sebuah bas sekolah yang sarat dengan 50 murid setelah kenderaan itu dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni laluan berbukit.


Ya Allah, Ya Allah.

Itulah, jika sudah ketentuannya. Kita berhati-hati, orang lain pulak yang hentam kita. Sangat sedih bila mendapat tahu dari sebuah Group Wanita. Malamnya pula mendengar berita di TV3, Ya Allah, Ya Allah. Kasihan si anak yang terus menjadi yatim piatu.


Pagi tadi, apabila lepas bersahur.. pandang muka anak-anak yang sedang lena tidur.. sedihnya jika sekecil ini harus menangung segala kesedihan. Tidak dapat nak bayangkan keadaan itu.

T_________________________________T


Apa nak terangkan pada sikecil yang berumur 2 tahun itu bila bertanya tentang ibu dah ayahnya? Bangun tidur cari ibu, cari ayah. ya Allah! kuatkanlah semangat anak kecil ini Ya Allah.

Semoga kita semua dalam lindungan Rahmatnya. Amin Ya Rabb.

Semoga mangsa kemalangan ini ditempatkan dikalangan insan yang beramal soleh, Semoga mereka bertemu di Syurga.


* Saya blank. Hati sangat sedih *

2 comments:

LidiaSuraya said...

uik sentap hati pagi pagi baca ur entry... siannya... camner perasaan nya tiba tiba wajah ibu n ayah tiada di depan mata...

Prettywrite said...

betul..sangat sebak masa tengok berita ni semalam..kesian anak kecil itu..besar dugaannya..

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design