NUFFNANG

FOLLOW ME

Taska oh! Taska.

Thursday, August 23, 2012 0 Comments A+ a-

Alahai... Sedih pulak dapat khabar berita dari Puan punya Taska. Taska akan ditutup. Dah takde penjaga. Penjaganya pulang ke kampung... Urmmmm... Mahunye tak sedih?.

Auntie. ( Panggilan untuk penjaga anak-anakku di taska ) jaga apiz dari umur 3 tahun. Now dah 9 tahun. Masih duduk di taska. Cumanya bila dah start sekolah, apiz cuma transit saje. Darjah 1 sampai 3 sekolah petang, so, akan transit. Dari 7.30 pagi sampai 12.30 tgh.

Yang adik pulak, auntie jaga start umur 3 bulan sampai la now 1 tahun 9 bulan. Tak banyak kerenah. Anak pun elok je dijaga. Tak. Pernah anak lebam2 teruk ke apa. Adik pun nampak sangat manja dengan auntie. Hmmm... Sabar aje lah yek! ;).

Bermula Isnin depan, adik dgn abg akan duduk di Taska berhampiran rumahku. Kos akan bertambah rm60 dripada yuran taska yg lama. Tak tahulah mcm mana penerimaan adik. Semoga adik cepat2 serasi ye. Mama risau. Adik sekarang banyak 'perangai'. Haha... :p

Adik, adik jangan nakal tau.
Adik, adik jangan nangis tau.
Adik, adik jangan kutip bukan2 tau.
Adik, adik jangan rebut toys tau.
Adik, adik jangan panjat2 tau.
Adik, adik jangan lari2 tau.

Abang apiz, mama pesan abang tolong tengok2kan adik ok. ;)

Semoga anak mama ok aje. Big Boy dah kan?!

Hugs and Kisses !
Mama.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone