FOLLOW ME

August 8, 2012

Be Strong ...

Al-Fatihah buat adindaku Azmee yang sangat daku rindui. Semoga adinda tenang disana. Kaklong, adik-adik, mak dan abah sentiasa mendoakan adinda. "Hadiah" dari kami buat adinda di"sana"..............

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kaklong rindu dengan adinda. ;(
Kesedihan ini harus kaklong pendam. Kaklong ukirkan senyuman bila depan mak dan abah. Kerana apa? Mereka juga rindukan adinda. Sangat rindukan adinda.

Sekarang masuk hari ke19 kita semua berpuasa. Tidak lama lagi akan muncul Syawal. Mak ada bercerita yang adinda sangat suka makan ketupat dan rendang ayam.. Jika itu yang mak masak, adindalah yang makan paling banyak sekali. ;( sedehnya..........

Mak selalu cakap. kalau dimeja makan, adinda akan duduk di kerusi paling hujung..... Mak lalu sebelah adinda dan mak akan usap kepala adinda.. Adinda rasa tak? Mak sayangggggg sangat dekat adinda tahu. Satu je niat kaklong tak sempat ditunaikan dik..... Kaklong ingat adinda terus sihat lepas adinda koma selama 6 hari di HTAR. Sepanjang adinda koma, banyak nukilan yang kaklong titipkan disini buat bacaan dan kenangan kita semua....... Kaklong nak sangat adinda baca apa yang kaklong tulis, kaklong nak adinda tahu, betapa mak dan abah sangat sangat sangat sayangkan adinda....................... ;(

Pemergian adinda sangat cepat dan berlaku teralu pantas. Niat mak nak menjaga adinda jika lepas keluar wad lepas operation kali ke-2 juga tidak kesampaian.... ;( Tambah meruntun hati abah apabila dokter mengesahkan keadaan adinda 50/50 kritikal selepas pembedahan ke-2. Adinda sakit ape sebenarnya? Jika adinda tahu lebih awal...mengapa adinda tidak menceritakan segalanya kepada kami? Mengapa adinda menanggung kesakitan seorang diri? Mengapa??...... ;(
#Lapairmatajap#

Adinda Azmee, Tahulah adinda bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Semoga Adinda ditempatkan dikalangan orang-orang yang beramal soleh. Jika adinda teranaiya, biarlah Allah sahaja yang membalasnya. Bukan kita manusia yang membalasnya. Ketahuilah adinda yang kami tidak putus2 sedekahkan doa buat bekalan adinda disana........

Masih jelas terbayang, adinda datang beraya di rumah kaklong. Adinda suka sangat rendang ayam . Banyak kali adinda bertanya kaklong, betul ke rendang ini kaklong yang masak? Ko tak percaya kaklong tere masak yer dik.......... ;( Takpelah.

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Kaklong redha.
Cuma kaklong teringat akan dikau.........
Rindu yang tak dapat ku ungkap.

Sentiasa dalam hati : 24 Mac 1983 - 16 Jun 2012 [ AL-Fatihah ]
Aku mengisi masa lapang di kaunter tak berpengunjung ini.........................

1 comments:

aThidEaN said...

al fatihah utk arwah.
tabahkan hati ajulaa yer.

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design