FOLLOW ME

June 3, 2012

Ya Allah! Daku memohon keaiaiban-MU, dan KAU berikan ajaib itu Ya Allah! Alhamdullillah.

As-salam.
Entry pertama bulan Jun.
Sedikit berita gembira buat kedua ibubapaku, adik-adikku, saudara maraku, teman2 rapat yang sangat mengambil berat.

Alhamdullillah! Alhamdullillah! Alhamdullillah!
IItu sahaja yang terpacul keluar dari bibir ini, tatkala ketahui keadaan adinda azmee yang sudah sedar dari tidur yang panjang. Sewaktu ingin melangkah pergi ke Hospital, fikiran ku ini jahat dihasut syaitan, agar berfikir dan syak wasangka bukan2. Nauzubillah! Bertolak dari rumah jam 3.30, pusing2 Nilai isi minyak, terus kerumah adinda sarah, tumpangkan beliau, suami dan anak. * dasar penjimatan minyak, berkongsi kereta. Sungai Buluh bukannya dekat kan?

Jam 5.30 sampai di Hospital, abah dan mak masuk lihat adik dulu. Bila abah keluar, dia kata "Alhamdulillah!, adik da sedar, oksigen juga (yg terus masuk keparu2) sudah dibuka. Mesin memasukkan ubat kedalam seluruh badannya juga sudah dibuka, Tekanan darahnya sudah stabil, apa lagi yang nak dikatakan? Alhamdullillah! Alhamdullillah! Syukur Ya Allah!...............

Maka,
Airmata gembira juga menitis dipipi.
Jenih,
Gugur satu persatu........

Bila masuk kedalam wad high dependency (WHD) itu, aku sebak. Lihat mata kecil adikku. Bayangkan jika aku ditempatnya? Dikala sudah sedar, tiada ahli keluarga yang dtang melawat? ..... Ouhhhh....sedeyyy sekali. Dapat aku bayangkan kesedihan itu. Seteruk2 atau sebusuk2 seorang anak, itu tetap anak. Marah macam mana pun seorang ayah, tapi bila ANAKnya ditimpa kesusahan, dialah orang pertama yang datang membantu, dia jugalah manusia yang paling sibuk uruskan itu ini.



Jumpa adinda azmee di katil ICU 3.
Aku usap2 rambut dia. Aku cakap dengan dia.
"Mie, ni kaklong datang mie"...
Adikku menjawab " arrrrr"
" Mie... Mie kena kuat semangat tau dik, cepat sihat, semua sayang mie, semua doakan mie..... Mie sihat cepat tau... Mak abah nak bawa balik mie. Nak jaga mie kat rumah"
Adikku membalas " arrrrrrr " , smbil kelip mata. Sesekali nampak mata nya digenangi air...... :(
Aku pegang2 lengannya yang penuh wayar tu.....
Aku pesan padanya...
"Mie, banyak2 istifar yer dik, semua sayang mie... Semua nak mie sihat dan ada dengan keluarga"
Adikku kelipkan matanya.......



Dalam 10 minit, aku cakap adikku aku nak keluar, tukar dengan abah semula... Adikku seperti tak benarkan... Dia buat bunyi " arrrrrrrrrrr"..sambil mata kelip2 4 kali. Hurmm....aku dah sebak dah. Pastu, aku bisik pada adikku... " Mie, kaklong kuar kejap je, nanti kaklong masuk balik tengok mie eh? Lepas tu adikku, kelip mata sekali. Hmm, mungkin dia setuju.... Ya Allah, sebaknya aku........

Kronologi adikku....

Selepas masuk ICU dia HTAR Klang selama 6 hari tidak sedarkan diri, Hari ke 7 dia dibenarkan duduk di wad pesakit biasa. Selepas 3 hari, beliau dibenarkan pulang ke rumah.

3 hari dikampung, beliau sihat walafiat. Makan macam2, buat macam2... Tiba2... Beliau ditemui pengsan dibiliknya. Dan dikejarkan ke HTAR.

Pada 28 Mei 2012 @ 9 am. Ibu dan ayahku dapat panggilan kecemasan dari HSB. Mohon tandatangan dokumen untuk pembedahan. Bergegas le abah dan mak ke HSB untuk sign surat kebenaran menjalani pembedahan.

28 Mei 2012 @ 11.20 pagi. Dokter memberitahu ayahku yang usus besar adikku perlu dibuang, kerana terlalu banyak sel rosak dan mati. Dokter menerangkan kepada kami bahawa staf bahagian kesemasan HSB menerima keadaan adikku diantara hidup dan mati, kerana kes beliau sangat-sangat-sangat kritikal. Jika ususnya pecah dalam perut, kemungkinan besar beliau sudah pergi dijemput penciptanya. :(

Masuk bilik bedah jam 12.30. Keluar OT jam 6.30 petang. Bayangkan keletihan mak dan ayahku menunggu saat2 penuh debar. Sebelum ditolak ke OT, pakar pembedahan kata risiko terlalu tinggi untuk mengatakan operation sukses, kerana terlalu banyak komplikasi.

Dokter hanya mampu berkata " kami Cuba yang terbaik"....

Setelah keluar dari OT, dokter menjelaskan kepada ayahku, yang keadaan adik adelah 50/50, keadaan beliau sangat kritikal. Semuanya bergantung pada kekuatan dirinya. Dokter memberitahu ayah, kedua-dua buah pinggang adik sudah rosak, perlu menjalani dialisis berjadual. Itupun jika tekanan darahnya ok. Jika ikut kata dokter, tekanan darah adikku terlalu rendah, dan risiko mendapat strok adelah sangat tinggi! Kebanyakkan usus besarnya sudah rosak, banyak sel2 yang mati, maka... Sebahagian besar usus besarnya dipotong dan dibuang. Yang bakinya di letak di luar abdomen badannya. Ya Allah!

29 Mei 2012.
Adikku nadia dan mak ayahku melawat adikku di WHD. Mengikut kata dokter, keadaan beliau sangat kritikal. Bernafas menggunakan oksigen yang terus ke paru2, di dadanya dibuat 1 lubang untuk memasukkan susu, jantungnya berfungsi menggunakan mesin. Apa yang dokter katakan, banyakkan berdoa dan harap keajaiban akan berlaku, kerana dia masih muda. ... Sekali lagi tumpah airmataku. Teringat ketika susah senang bersama azmee. :((

Aku post @ FB, mohon doa kawan2 buat adikku. Apa jua yang ditentukan olehNYA aku redha.... Aku dan seluruh keluarga mengharapkan "miracle" akan berlaku..... Berilah peluang ibuku menjaga satu2nya anak lelaki dalam keluarga.

30 dan 31 Mei,
Kami berehat2 dirumah.Penat berkampung di hospital masih belum reda. Pluss, keadaan azmee masih sama.....
2 Jun.
Dikejutkan berita gembira.
Alhamdullillah, miracle yang daku pohon, telah engkau tunaikan Ya Allah!....... Sesungguhnya, kaula pemberi dan penyembuh segala penyakit.

Terima kasih banyak2 buat staf kecemasan HSB. Jika tidak kerana kecekapan kamu semua, tidak dapat dibayangkan ........

Niat bernazar puasa 1 hari kena tunaikan.
Adinda sudah sedar....

Alhamdullillah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design