NUFFNANG

FOLLOW ME

Update Angah : Call from Abah.

Thursday, June 14, 2012 4 Comments A+ a-

<--------- sedang bertugas kaunter ni haa, abah call. Abah dekat Hospital Sungai Buluh. Angah still berumahtangga di situ. Segeralah pulih wahai angah. Seluruh keluarga mendoakan angah!

Abah call tadi cuma nak beritahu keadaan angah. Dokter nak buat 1 lagi minor operation dekat bahagian dubur angah. Operation yang kali ke-2 baru-baru ini tidak berlaku. Cuma dokter minta izin abah untuk masukkan kamera melalui duburnya untuk cek keadaan perut angah yang dibedah 2 mingu lalu. :( Siksanya angah.

Menurut kata dokter, dalam pemeriksaan beliau, angah perlu dibedah sekali lagi dibahagian dubur kerana terdapat gumpalan darah yang sudah pecah. Dokter bimbang sekiranya darah tersebut adalah darah kotor dan akan merebak keseluruh badan angah dan menjadikan kerosakan organ badan angah yang lain menjadi lagi teruk. Kata dokter, semua pembedahan ada risiko. Cuma beberapa percent adelah bergantung kepada pesakit sendiri. Kuat nak melawan atau tidak? .... Angahhh.......... be tuff dear lil bro! Keluarga doakan angah.

Abah kata : Abah sudah redha, pasrah dengan apa juga yang akam berlaku, Abah doakan azmee cepat sembuh. Abah Redha kata abah.

Abah kata lagi : Sejak minggu lepas, abah pergi angah langsung taknak bercakap. Sesekali airmata dia mengallir. Tapi hari ni angah cakap la juga, walopun tak sebut "mak, abah..." dia minta turunkan sikit bahagian kepala dia ... lenguh kot.

Dengar la juga suara ceria dari abah. Kalau tak, sedih jek suara abah.,..
Semoga abah dan mak tabah.

Sempena hari bapa 2012 ni, kaklong rasa, abah semakin kuat dan tabah........ lagi-lagi menjaga angah yang sedang sakit. Semoga kita semua semakin tabah. Redha dan bersedia dengan apa jua kemungkinan.......................

Korang doakan juga eh?


4 comments

Write comments
deno
AUTHOR
June 14, 2012 at 11:28 PM delete

semoga angah cepat sembuh... amin

Reply
avatar
cweet pinky
AUTHOR
June 15, 2012 at 2:11 AM delete

besarnye dugaan adek sis ~ sebab CP bacerr :( CP doakan angah sembuh lepas nih , insyallah ~

Reply
avatar
INA_Noorlina
AUTHOR
June 15, 2012 at 9:54 AM delete

insyaAllah jula..hope semuanya dlm keadaan yg baik n angh cpt sembuh k?

Reply
avatar