NUFFNANG

FOLLOW ME

P.H.D

Saturday, June 30, 2012 0 Comments A+ a-

PERINGATAN UNTUK SESAMA KITA

Apabila hasad dengki bersarang dalam dada kita, maka kita akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki mengharapkan kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.

Sifat dengki menyebabkan seseorang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat. Perkara ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bersumber daripada Abdullah bin Basyar, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:

"Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya."
(Al-Hadis).

Sumber : Ensiklopedia Melayu Lama ( Facebook)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone