FOLLOW ME

June 21, 2012

Long Story .. A N G A H

Salam,
Ini kemungkinan kisah yang panjang.. segalanya tentang arwah angah.
Biarlah, yang pergi tetap pergi, yang hidup kena teruskan hidup. Kesedihan itu tetap ada, biarlah ianya terpahat didalam hati di satu sudut yang kecil itu.......takkan aku lupakan....

24 Mac 1983 - 16 Jun 2012.
Al-Fatihah.

Rewind ............

11 Jun 2012@ Isnin.
Aku ikut abah dan mak serta usu melawat angah di spital sungai buluh. Sampai sana area jam 1.45 petang. Waktu melawat jam 12.30 - 2.00 petang. Alamak! takut tak sempat la pulak. So, abah turunkan aku dulu, then aku dan usu jalan kaki laju-laju tuju ke wad angah. Sampai di wad 5c, tengok katil no 20, kosong........ katil pun tiada. Tanya staf nurse yang bertugas, katanya angah sedang buat dialisis. Baru jer angah pergi.. jam 1.00 tadi..... anggaran dalam jam 4.00 semua selesai. urmmm.......... Lama tu, nak tunggu jam 2 - 4.. makan pun belum ni, sangat lapor. Then abah ambil keputusan untuk bawak we ols g makan kat area yang berdekatan...... lepas makan bla bla, rehat-rehat di Masjid yang berdekatan dengan Hospital Sungai Buluh..Sempat la aku lelap dalam 15 minit. * Lega kepala. yelah! cuaca sangatlah panas!! .................. ;(
Jam 4.20 petang, abah gegas2 nak pergi Hospital semula, katanya gerak awal dapat parking dekat sikit, Oklah. Pergi terus ke wad angah., Sebab waktu melawat jam 4.30 - jam 7.00 malam. Tapi sampai wad.......... sama cam tadi. Katil angah kosong.......... tanya staf nurse, dia kata masih dalam proses dialisis lagi, mungkin dalam jam 5 turun........... hurmmm.............tunggulah...sesambil tunggu tu, abah borak2 dengan doc yang ada. Doc kata doc pun tak tahu kenapa ususnya boleh jadi sangat kehitaman dan merosakkan semua organ..... Bila abah ceritakan sejarah psikik dia dari JB tu, doc pun terkejut. Katanya Hospital Sungai Buluh tidak amalkan untuk meng-karen-karenkan kepala patient! ... * cian angah. ;(

Jam 4.50 petang staf nurse dapat call dari unit dialisis. Kata Wan Azmee dah boleh ditolak naik ke wad. Alhamdullillah, akhirnya dapat jumpa angah. =) * happy * 5 minit kemudian, dengar bunyi roda katil. Ya Allah. angah ke tu? lainnya rua angah, kulitnya bertukar hitam, mukanya gelap. Berjambang bermisai yang sangat serabut! Tidak seperti adikku yang segak bergaya seperti dulu.. yelah, angah kan polis, kebanggaan ibu , ayah dan keluarga. Kenapa macam ni ngah? ;(
Mata aku dan angah bertentang, nampak angah bermuka 'cemek' dan hampir nak menangis...... huh! aku pun automatik nangis.,. ;(
Sampai dikatil angah, .........

Abah : Assalamualaikum anak abah...
Angah : senyap jer. * mata pandang searah jer
Abah : abah cukurkan mie ye nak?
Angah : senyap lagi, geleng tak, angguk pun tak.. ( so, abah pun bersihkan jer .. )

Aku dan Usu mengelap-lap badan angah dengan baby wipes. urmmm wangi sikit angah. Tetiber, aku nampak air mata angah mengalir di pipi ... urmm.... tak semena- mena aku jadi bertambah sebak..

Aku usap kepala angah, " rambut adik kaklong ni dah panjang la angah.... jangan sedih yer dik, ni kaklong datang.... cepat sihat yer dik.. semua sayang angah..sambil suap angah air ludah Nabi dan air zam -zam.. "

Lepas tu, aku sambung lap-lap sambil bantu-bantu abah g basahkan pencukur dengan air sabun... Kasih ayah kan.... memang sampai akhir hayat anak..... ;) Allahuakbar! Sedih tengok abah membersihkan muka angah, yelah, abah punyalah bersungguh-sungguh bersihkan muka adik, tapi adik senyap membatu.,... adekah dia tahu sesuatu yang kami tidak tahu? Adekah dia nampak apa yang kami tidak nampak? ;(

Dalam jam 5.45 petang.. angah angkat-angkat kaki dan mengerang. Aku ingatkan angah menahan sakit, rupanya pack dialis dia untuk keluarkan darah kotor tu pecah! .. habis katil adik dan keluarlah bau yang tidak menyenangkan............ ;( Tapi.. sangat-sangat respek dengan nurse yang bekerja disitu.. tiada sedikit rungutan yang didengari...... Alhamdullillah. Kecoh-kecoh begitu begini, dalam 25 minit juga staf nurse bersihkan badan angah, tukar lapik tilam, tukar pampers, tuka itu ini.. lap-lap.. so, kami terpaksa tunggu je lah.. ;(

Dalam jam 6.10 petang, urusan membersihkan angah selesai, aku usap kepalanya, bisikkan pada angah angar segera sembuh... dan katakan padanya yang kaklong nak balik dah... jaga diri au ngah. ;( Lagipun, masa aku usap kepala angah tu, angah sedang tiduur.. dia mamai kot pekena ubat... Sempatlah angah genggam tangan aku. seperti tak mahu lepaskan aku pulang.. Tapi aku harus pulang segera, anak kecil aku hubby ambil bawa pulang. yeah, memang tak sempat nak ambil dia sebelum jam 7 petang. Ja 6.30 aku masih di spital...

13 Jun 2012 @ Rabu
Abah dan mak melawat angah di Spital Sungai Buluh.. Mak kata kali ni kondisi adik agak baik. Abah ada bawakan bekalan air dari seorang ustaz , mak lap-lapkan badan angah dan berikan dia sedikit air tu dibibir angah yang kering tu......... Alhamdullillah, kali ni anak matanya bergerak, dan ada lah sedikit berinteraksi dengan mak abah... Abah hantar msj, agak sedikit ceria la sebab angah dah sedikit stabil.......... Alhamdullillah........

14 Jun 2012 @ Khamis
Abah dapat panggilan dari Hospital Sungai Buluh. Dokter minta izin keluarga untuk menjahit bahagian duburnya yang banyak nengeluarkan darah. Darah dari mana? tidak diketahui..... Abah izinkan...... ;(
Angah dijahit separa sedar.. kita yang tercucuk jarum dan terhiris pisau pun terasa betapa pedih nya. inikan pula??? ;(

15 Jun 2012 @ Jumaat
Dokter call abah lagi.............. kata terpaksa buat minor operation kat bahagian perut / dubur angah untuk membuang darah beku yang terkumpul dan hampir pecah. Dokter risau jika darah itu pecah, kuman akan merebak ke seluruh badan angah dan akan memberikan impak yang sangat teruk terhadap organ lain yang sudah sedia rosak itu. ;( urmmm... kata dokter, minor operation ini hanya ambil masa 3-4 jam sahaja, tapi komplikasinya tinggi, sbb angah mmg sudah menjalani major operation ................................... ;(

jam 5.00 petang, aku BBM abah..
" abah macam mana keadaan angah? "
abah kata angah belum keluar dari OT, abah kata nanti angah dah dihantar ke wad abah inpom.. ;( Sepatutnya selepas menjalani Operation, angah diletakkan di ICU, tetapi memadangkan ICU full, angah dipantau di wad biasa sja, tetapi tetap gunakan peralatan ICU,

5.40 abah BBM
"angah dah keluar OT.. sekarang dia separuh sedar "
erk? Takkan angah menjalani minor operation dalam keadaan separuh sedar? sakit tu.!
Acik kata " dok kata sepatutnya angah tak sedar, tapi dia sedar juga, tapi doc tengah nak bagi ubat tok angah tidur... " ......

Abah kata malam ni dia tak balik.. Nak cari hotel murah-murah kat Sungai Buluh untuk bermalam.. abah dan mak kata tak sedap hati pulak nak balik.., sebab berulang kali dok kjata operation dis time memang 50/50. Hidup @ Mati. Adikku acik check In @ Facebook mereka menginap di Sungai Buluh Inn. Alhamdulillah ada gaks tempat berteduh...... Mak abah dan Acik

16 Jun 2012 @ Sabtu
Jam 2.30 pagi, abah dapat panggilan daripada Hospital Sungai Buluh.. Dup Dap Dup Dap jantung abah. Doc call abh, minta semua datang ke wad, Sebab angah kritikal....doc sedang usahakan untuk pernafasan,.. Doc kata akan cuba selama 45 minit. Abah sempat la bacakan Al-fatihah dan minta angah mengucap..... Jam 3.00 pagi, doc kata angah dah meninggal dunia. Lagipun gerakan jantungnya di skrin juga sudah 0... ;(

3.10 - miss call
3.15 - miss call
3.20 - miss call

Lampu BBM menyala,
Lampu Whatapps menyala,
Lampu massge menyala,
Lampu miss call menyala,

Ya Allah!! telefon aku bawah bantal! Patutla tak dengar satu ape.. Berdebar2 hati ni!! bukak BBM acik...
" kaklong, abang mi da meninggal "

Bukak massage acik jam 2.55 pagi
"kaklong, abang mi kritikal"

bukak massage acik jam 3.00 pagi
" kaklong, abang mie dah meninggal, angkatla phone! "

Terus laju-laju aku call abah, suara abah ketar-ketar nak jawab panggilan..... lepas tu abah exlain satu-satu apa nak kena buat,, abah ajak aku pegi hospital.. NOW!
Terus siapkan ayiez, kejut apiez, kejut hubby... ( yang tengah tengok bola ).. turun tangga nangis-nangis.................... ;(

Siap-siap.. dalam jam 6.00 pagi, aku sampai spital. Jumpa mak dalam kete.. mak sungul sangat!.lepas tu mak nangis.. aku peluk mak......... Lepas tu jumpa acik dan usu.. dedua aku peluk dan nangis.................................... kami menangis sepuah-puasnya.! ;( Ya Allah........ Ya Allah.....

Aku jumpa abah, suamiku jumpa abah, suara abah ketar2 menahan tangis.! Aku faham........... ;(
Kami semua menunggu vam jenazah PDRM untuk membawa adik pulang ke rumah. Hospital Sungai Buluh tidak membuat perkhidmatan memandikan jenazah......
Jam 7.00 pagi, Van jenazah PDRM sampai. Semua urusan di Hospital, acik uruskan, aku dan suami follow kereta abah pulang ke Bangi. yelah, risau! sehari suntuk abah tak tidur...... nak kena drive pulak tu!

Aku tak boleh nak menceritakan detik seterusnya. Sesedih mana pun aku gambarkan disini, ianya tidak dapat membuktikan dan membayangkan kesedihan sebenar aku dan keluarga aku. Seperti yang daku selalu tegaskan......

"sebusuk-busuk anak.. itu adalah anak.. dan segarang-garang mak ayah, itu untuk mendidik anak-anak.. cuma penerimaan anak itu bagaimana? "

Alhamdullillah, urusan memandikan, mengkafankan, dan pengkebumian arwah azmee sangat senang dan dipermudahkan oleh Allah. :) Alhamdullillah Syukur...... Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi Selangor. Tenanglah dikau disana adikku.... Insya'Allah kita tetap akan disatukan disana nanti.,....................................

Umur angah 29 tahun. Tak tahu nak cakap sakit apa. Asalnya mula2 pengsan, lepas tu ICU 6 hari, after that ok, lepas seminggu, dia kata sakit perut, muntah2 n collapes, transfer ke Hospital sg buluh then terus buat major operation, buang usus besar, impact dri situ dr kata semua organ rosak. Tapi dr sendiri muskil kenapa usus dia rosak teruk dan hitam terbakar........ Ramai yang kata adekah kanser usus? Kanser perut? No....... dokter kata tiada sel kanser @ barah ditemui.........

Angah,
Ketahuilah dikau yang kaulah segalanya buat mak abah.. Bukan senang seorang ayah memandikan jenazah seorang anaknya yang muda belia.. itu akan kekal terpahat dalam ingatan abah dik......... semoga adik tenang disana.. Amin Ya Rabb...................................... ;(

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa adikku Wan Azmee, permudahkanlah urusannya diSANA, Sesungguhnya, daripada Kau dia datang, kepada Kau dia kembali...

Kun Fa Ya Kun....

Alhamdulillah.
Tahlil hari pertama - 16 Jun
Tahlil hari kedua - 17 Jun
Tahlill hari ketiga - 18 Jun
Tahlil hariu ketujuh, bakal menyusul pada 23 Jun...

I can't Explain my feelings rite now..
Akhirnya aku mempunyai kekuatan untuk mengingat kembali semua ini......
Terima kasih Allah!

7 comments:

♥ dak pink said...

Bertabahlah di atas pemergiaanya ye Zura. Sesungguhnya Allah s.w.t lagi menyayanginya.

Al-Fatihah untuk arwah Angah.

C i k P i p i T e m b a m said...

innalillah. takziah ye kak... sedih rasanya bila baca nie... yg pergi tetap pergi.. walaupun rasa pelik sbb tk tau arwah sakit apa.. apa2 pun kita sedekahkan saja al-fatihah.. moga arwah tenang di alam sana...

.:. Maa .:. said...

Hhmmm sedehnya baca kisah ni... moga angah tenang 'disana'... kuatkan smgt utk zura n keluarga... Al-fatihah utk arwah...

beeskul said...

Al-fatihah...Takziah buat familiy zura.

cweet pinky said...

CP baca dari entry latest , sis adew mention pasal arwah , CP macam taw jerr sape , so CP carik entry nih , innalillah ... ALLAH lebih sayangkan dye ... bersabarlarr :) selalu sedekahkan alFatihah buat adk sis ..

C'Jai said...

semoga rohnya tenang di sana..

Elin said...

kak sedihnyer baca..da sebak. Semoga arwah tenang di sana. Alfatihah.

 

. Template by Ipietoon Cute Blog Design