NUFFNANG

FOLLOW ME

Emergency Calls. - Sign Operation Document 2

Tuesday, June 12, 2012 2 Comments A+ a-

Bagaimana harus daku meluahkan rasa?
Dari manakah kekuatan ini?
Ye
Daku kena kuat demi ibuku, demi ayahku.
Tabahnya abah.
Setabah-tabah abah, bergenang juga air jernih di kelopak matanya. Aku tahu. abah menangis, menagis sekuat-kuatnya dalam hati..............

urmmm...........
Yer, abahku garang. Sangat garang... lagi-lagi dengan anak-anak. =) Tapi semuanya demi kebaikan anak-anak....... Kan,.......... untuk mendidik anak-anak, sebab sayangkan anak-anak. Anak-anak pulak, janganla cepat nak terasa hati dengan mak ayah. tegur sebab sayang tau.

Semalam, ada aku snap beberapa keping gambar semasa abah mencukur misai dan janggut angah. Angah diam je. Angguk tidak, geleng tidak. Seperti tiada perasaan pulak. Sayu betul along tengok rupa angah semalam............... Nape angah tak gerak langsung ngah! Along rindu nak gelak-gelak dengan angah. Rindu nak tengok angah makan banyak-banyak, rindu nak sembang-sembang dengan angah! Kaklong masih terbayang-bayang muka angah dengan mata yang bulat pandang kaklong semalam.. tak lama lepas tu, keluar air jernih dekat pipi angah. Kenapa angah nangis dik? :(

** Tak sanggup nak kongsikan gambar yang daku snap semalam.. kerana adikku tidak rupa seperti adikku lagi.. ** Biarla ia terpahat sebagai sejarah keluarga kecil kami. =)

Tadi dalam jam 12.30 tgh (12.06.12) Mak msg

Mak : Dokter call abah, suro datang spital. Dokter nak minta abah sign surat, nak buat operation
lagi.

Aku : Haaa! ? Ya Allah, operation ape lagi mak? Siannya adik along.

Aku sendiri tak dapat nak bayangkan kesakitan yang ditanggung adik aku. Baru menjalani MAJOR operation 2 minggu yang lalu. Luka yang lama masih belum sembuh, perlu lalui lagi kesakitan? Kali ini untuk apa???........................

Kesian angah. Dulunya angah seorang yang kuat makan.. Semua makan, makan sampai licin.! Sekarang, nak makan pun tak boleh, usus besar da kena buang. Angah diberi susu melalui mesin! Seperti bayi minum susu botol. Sedehnya kaklong!.........

Angah, mak kata mak redha. Tapi berilah mak sedikit kesempatan menjaga angah. Angah senyumlah, walaupun sekejap, angah cakapla apa yang angah nak cakap, kaklong dah maafkan semua salah silap angah pada kaklong dan abanglong. Angah takder salah dengan kaklong dan abanglong........ Sedehnya kaklong bila mak cakap macam tu dengan kaklong thru phone. Bergenang airmata kaklong dik...

Mohon kalian semua mendoakan,
Apa jua yang terbaik buatnya daku redha Ya Allah.
Kesedihan yang tak dapat ditanggung bila melihat angah sekarang.

T______________________________________________________T

Hanya Allah yang tahu.


2 comments

Write comments
SunnyFunny
AUTHOR
June 12, 2012 at 5:10 PM delete

semoga sembuh adek akak . faizah turut simpati atas dugaan yang akak hdpi .
semoga ada hikmah sebalik dugaan ini .

Reply
avatar
cweet pinky
AUTHOR
June 13, 2012 at 12:47 AM delete

ya ALLAH ... sedehnyerr , CP faham :(

baru2 nih pown CP pernah alami .. sis boleh hadapinya insyallah .. CP doakan semuanya akan baik ~

Reply
avatar